Search This Blog

Friday, March 12, 2010

MENJAWAB FITNAH KE ATAS SYEIKH AL-HARARI




MENJAWAB TUDUHAN PALSU&KHIANAT YANG DILEMPARKAN KE ATAS SYEIKH AL-MUHADDITH IMAM ABDULLAH AL-HARARI

Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ Ala Rasulillah.

Awwalan, saya mengharapkan sesiapa yang membaca tulisan ini agar menghadirkan keikhlasan dalam diri bertujuan menegakkan kebenaran dan bukan mencari pertelingkahan buruk juga fitnah yang tidak henti-henti. Diharap agar para pembaca mengfokuskan pada setiap tulisan dan jawapan serta mengkaji dan menilai ianya dengan penuh amanah dan jujur.

Keduanya, untuk makluman pembaca, saya akan nukilkan tuduhan-tuduhan terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari dari tulisan si penuduh sendiri pada beberapa helaian kertas yang kini ianya ada pada tangan saya ( bukan website atau majalah ) tanpa mengubahnya, kemudian saya akan menjawab tuduhan-tuduhan palsu tersebut secara ilmiah bersumber dari rujukan kitab Syeikh Abdullah Al-Harari sendiri.

Disini juga saya menasihatkan diri saya dan para pembaca bahawa wajib ke atas kita mempelajari ilmu agama dari para ilmuan yang thiqah dan amanah lagi adil agar ilmu yang kita sampaikan jua diberkati Ilahi.
Sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad:
” يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين و تأويل الجاهلين”.

Jawapan Ilmiah Ke Atas Tuduhan Palsu Terhadap Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.

Kenyataan Penuduh ( 1 ):

“ Al-Habasyi mendakwa bahawa Jibril yang mengungkapkan lafaz-lafaz al-Quran dan bukan Allah. Maka al-Quran menurut dakwaan mereka adalah bukan kalam Allah tetapi merupakan ibarat daripada kalam Jibril sebagaimana termaktub dalam kitab al-Habasyi
Izhar al-Aqidah al-Sunniyah hal. 591”.

Mari kita rungkaikan ayat penuduh di atas dan menjawabnya secara ilmiah ;-

1- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi mendakwa al-Quran bukan kalam Allah.

2- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril.

3- Penuduh mendakwa kesemua kenyataan tersebut di atas termaktub dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halama 591.

Jawapan ilmiah ( 1 ) :

Setelah mengkaji kitab-kitab Syeikh Al-Habasyi termasuk kitab Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada setiap halaman didapati tiada satupun kenyataan seperti yang dituduh dalam mana-mana karangan Syeikh Al-Habasyi sama ada secara lafaz ataupun makna.
Tetapi yang wujud amat berbeza dengan apa yang dituduh, yang pastinya kenyataan Syeikh Al-Habasyi bahawa al-Quran adalah Kalam Allah banyak terdapat dalam kitab karangan beliau dan ini teks-teksnya:-

1-
” فقول المؤلف ( الامام الطحاوي ) و ان القرءان كلام الله منه بدا بلا كيفة قولا معناه أن القرءان من الله بدا أي
ظهرأي انزالا على نبيه “.
Erti: “ Kenyataan Imam At-Tohawi : ‘ al-Quran itu merupakan Kalam Allah daripadaNya bada kata-kata tanpa berbentuk’ maknanya al-Quran itu daripada Allah bada iaitu terbit bererti diturunkan ke atas nabiNya ”.

2-
” فقولنا القرءان كلام الله “
Erti: “ Maka kenyataan kita al-Quran adalah Kalam Allah ”.

Kedua-dua kenyataan Syeikh Al-Habasyi di atas tadi tertera dalam kitab beliau Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah cetakan ketiga Da Al-Masyari’ tahun 1417H-1997M pada halaman 83.

Ini membuktikan bahawa dakwaan si penuduh adalah dusta.

Begitu juga di dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Bughyah Tolib cetakan ketiga Dar Al-Masyari’ tahun 1416H-1996M pada halam 18 tertera kenyataan Syeikh yang amat bercanggah dengan apa yang difitnah oleh si penuduh dan ini dia teks Syeikh Al-Habasyi:-

Teks Syeikh Al-Habasyi (1) : -
“القرءان والتوراة والإنجيل والزبور وسائر كتب الله إن قصد بها الكلام الذاتي فهي أزلية ليس بحرف ولا صوت وإن قصد بها اللفظ المنزل الذي بعضه بلغة العرب وبعضه بالعبرانية وبعضه بالسُّريانية فهو حادث مخلوق لله لكنها ليست من تصنيف ملَك ولا بشر”.

Erti: “ al-Quran, Taurat, Injil Zabur dan seluruh kitab-kitab Allah, sekiranya semua itu dimaksudkan dengan Kalam Allah Yang Zatiy (sifat Kalam Allah) maka ianya adalah azali tiada permulaan dan bukan berhuruf dan tidak juga dengan suara, dan sekiranya di maksudkan semua itu dengan Lafaz al-Munazzal (lafaz yang diturunkan) yang mana sebahagiannya berbahasa Arab,Ibraniyah dan Suryaniyah maka ianya adalah ciptaan Allah tetapi perlu diingatkan bahawa (al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab Allah) bukanlah dari karangan mana-mana malaikat dan bukan juga karangan manusia”.

2-Teks Syeikh Al-Habasyi (2) : -

فهي عبارات عن الكلام الذاتي الذي لا يوصف بأنه عربي ولا بأنه عبراني ولا بأنه سرياني وكلٌّ يطلق عليه كلام الله”
Erti: Lafaz al-Munazzal itu adalah menunjukkan kalam Allah Yang Zatiy ( sifat Kalam Allah ) yang mana sifat Kalam bagi Allah itu tidak harus dikatakan sebagai bahasa Arab atau bahasa Ibrani atau bahasa Suryani dan ketahuilah bahawa kedua-duanya adalah kalam Allah.

Kenyataan Syeikh Al-Harari tersebut amat jelas beliau beraqidah bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah, tidak kiralah apa yang hendak dimaksudkan samaada sifat kalam Allah ataupun Lafaz al-Munazzal, al-Quran tetap kalam Allah.

Berkata Syeikh Al-Muhadditn Al-Harari Al-Habasyi lagi pada hal ini seperti termaktub dalam kitab beliau berjudul Syarhul Qawim Fi Halli Alfaz Sirotul Mustaqim cetakan pertama Dar Masyari’ tahun 1419H-1999M halaman 128 teksnya:

“صفة الكلام القائمة بذات الله تعالى يقال لها كلام الله واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله والإطلاقان من باب الحقيقة”
Erti: “ Sesungguhnya sifat kalam bagi zat Allah ta’ala dinamakan sebagai Kalam Allah dan begitu juga Lafaz al-Munazzal yang menunjukkan kepada sifat kalam Allah dinamakan sebagai Kalam Allah, sandaran kedua-dua itu sebagai Kalam Allah adalah
dari segi hakikat kebenaran”.

Kenyataan di atas merupakan pembuktian bahwa dakwaan penuduh kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril (rujuk tuduhan nom 2) merupakan tuduhan yang palsu kerana amat jelas Syeikh Al-Habasyi mengatakan al-Quran itu juga adalah ibarat yang menunjukkan kepada Kalam Allah dan bukan kalam Jibril.

Pada kehematan para pengkaji pastinya amat jelas pendirian dan pegangan Syeikh Al-Habasyi mengenai al-Quran dan bukanlah seperti yang dituduh.
Sekali lagi saya memohon kepada sesiapa yang menuduh dan memfitnah Syeikh Al-Habasyi agar membawa teks asal dari kitab Syeikh sendiri dan bukan dari orang ketiga yang tiada amanah.

* Perkara yang amat memalukan si penuduh adalah apabila penuduh mendakwa kononnya kenyataan Syeikh Al-Habasyi termaktub dalam kitabnya berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halaman 591. Apabila di lihat kesemua cetakan pada buku tersebut tidak adapun sampai halaman 500, bagaimana pula boleh wujud halaman 591?!.
Siapa yang mewahyukan kepada si penuduh?! Ruh Muhammad Bin Abdullah Wahhab ke yang bangkit dari kubur datang memwahyukan kepada si penuduh?! atau kasyaf automatical dari si penuduh sendiri?!.

Sebenarnya halaman kesemua kitab tersebut hanya sampai kepada 371 atau 380 halaman mengikut cetakan-cetakan yang berbeza dan tidak wujud halaman 591!.

Pembaca sekalian, tuduhan palsu itu sebenarnya satu fitnah berbodyguardkan hasad dan dengki terhadap ulama Islam Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.

Busuk sungguh hati si penuduh terhadap ulama Islam. Lagilah tuduhan tanpa bukti itu pada perkara aqidah.
Ini berbeza dengan tindakan ulama Islam apabila menolak fahaman sesat seperti Syiah & Wahhabi, mereka akan menyatakan secara jelas dan terang dinukilkan secara fakta dan dinilai secara ilmiah tanpa tuduhan dan fitnah walaupun terhadap musuh Islam sendiri.

Amat jelas akibat buruk apabila seseorang itu tidak memahami ilmu aqidah khususnya permasalahan sifat Kalam bagi Allah.
Mereka akan semborono menuduh ulama tanpa memahami perbincangan ulama secara displin ilmu dan jujur.

Ketahuilah antara aqidah Islam adalah Allah ta’ala bersifat Kalam ( berkata-kata ) tanpa huruf dan tanpa suara, manakala kita manusia berbicara dan bercakap mengunakan huruf dan suara. Inilah yang dinyatakan oleh seluruh ulama Islam antaranya Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya berjudul Fiqhul Absot :
“ويتكلم لا ككلامنا نحن نتكلم بالآلات من المخارج والحروف والله متكلم بلا ءالة ولا حرف”
Bermaksud: : “ Dan (Allah) berkata-kata tidak seperti kita (manusia) berkata-kata, kita bercakap mengunakan alat-alat dari tempat keluar huruf dan dengan huruf, Allah pula berkata-kata tanpa mengunakan apa-apa alat dan tanpa huruf ”.

Alhamdulillah kerana aqidah kami, Syeikh Abdullah Al-Harari, Imam Abu Hanifah dan seluruh ulama Islam yang lain adalah sama.

* Wa akhiran,
dalam menjawab tuduhan ( 1 ) perlu direnung beberapa perkara.
Yang sepatutnya dilakukan oleh si penuduh dalam hal ini adalah mengawasi orang awam daripada berpegang dengan aqidah Wahhabi
kerana Wahhabi beraqidah salah:
(Allah bersifat kalam dan sifat kalam Allah adalah dengan berhuruf dan suara yang berbeza-beza berlaku pada zat Allah sesuatu yang baharu dan ada kalanya Kalam Allah itu terputus-putus kemudian ada semula kemudian terputus-putus).
Lihat kitab Wahhabi berjudul Kawasyhiful Jaliyah ‘Ala Ma’ani Al-Wasitiyah mukasurat 220 dan kitab Wahhabi Najatul Khalf halaman 25.

Begitu juga Wahhabi memalsukan kitab As-Sunnah dan menyatakan aqidah mereka pada kitab tersebut m/s 77 (terjemahan teks Wahhabi): “ Allah berkata-kata dengan nabi Musa, dan sifat kalam Allah menggunakan mulut Allah, dan peristiwa penyerahan kitab Taurat berlaku dengan tanganNya ke tangan Musa ”.

Adakah Wahhabi hendak samakan Allah dengan bos yang memberi watikah kepada anak buahnya seperti Wahhabi mendakwa Allah lendik duduk atas arasy?!!
Maha suci Allah daripada kata-kata pelampau agama.

Mentahzir dan berjaga-jaga dengan aqidah sesat Wahhabi…inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kita dan si penuduh jua. Bukannya memfitnah dengan menuduhkan tuduhan-tuduhan palsu tanpa bukti lagi khianat.

Akan bersambung pada menjawab tuduhan seterusnya…

Allahu Subhanahu Wata’ala A’la Wa A’lam.

No comments:

Laman Utama