SOAL JAWAB AGAMA
Anda Bertanya Ulama Menjawab. Email: m_shiq@yahoo.com Tel Hp : 006 019 3801979
Search This Blog
Tuesday, December 18, 2012
Ahli Sunnah Wal Jamaah ?
Soalan: Apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah dan apa akidahnya?
Jawapan:
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah Tuhan sekalian alam, Dialah yang mencipta ‘arasy, langit dan bumi, Dialah jua Pencipta tempat, wujudNya tanpa memerlukan tempat. Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad, ahli keluarga dan para sahabat baginda.
ABSTRAK
Sejarah pemikiran dalam dunia Islam wujud pelbagai fahaman dan idealogi. Oleh kerana sebahagian umat Islam tidak mendalami ilmu akidah Islam berdasarkan sistem Aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah (Al-Asya’irah& Al-Maturidiyah) maka benteng tidak dapat dikukuhkan daripada menghalang fahaman songsang menyirap masuk dalam umum masyarakat Islam. Tidak cukup umat Islam mengahadapi dengan masaalah fahaman Wahabi yang dinilai secara kajian ia menganggu-gugat perpaduan umat Islam di Malaysia wujud satu lagi fahaman yang sesat juga menganggu kekuatan umat Islam iaitu fahaman Syiah yang tidak nampak bahayanya oleh
sebahagian pihak tetapi hakikatnya ia mampu merosakkan segala kesatuan umat Islam.Umat Islam perlu menguatkan diri dengan ilmu akidah sebenar dan menjauhi segala unsur Syiah & Wahabi. Maka kita wajib mengenal akidah, memahami serta mengikut fahaman sebenar Ahli Sunnah Wal Jamaah.
SINOPSIS NOTA ILMIAH
Nota ilmu ini selalu diedarkan dalam seminar-seminar berkaitan akidah Islam dan ia insyaAllah akan mengupas penjelasan perihal aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar berdasarkan penyelidikan dan kajian ilmiah yang tidak cenderung kepada mana-mana fahaman atau idealogi yang batil selain hanya berpaksikan dalil al-Quran, al-Hadith dan kesepakatan ulama Islam sejak kurun Salaf (300 hijrah) sehingga ke hari ini (Khalaf) yang mana mereka adalah golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar. Dalam kertas kerja ini dimuatkan pegangan jumhur kebanyakan ulama dan umat Islam yang menerima akal sebagai saksi kebenaran wahyu. Dinyatakan juga beberapa golongan yang perlu di awasi dan dijauhi kerana mereka mempergunakan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau istilah-istilah yang sepadan dengannya seperti Salaf, Sufi dan sebagainya secara dusta mengaburi mata masyarakat dan penuntut yang dahagakan kebenaran dan ilmu sedangkan golongan Salaf dan Sufi yang sebenar tidak berpegang dengan ajaran menyeleweng.
Kemungkinan dalam laman utama helaian nota ini ketika membawa sesuatu fakta atau kenyataan ianya tidak disertai dengan teks ayat al-Quran, al-Hadith, nama ulama, nama kitab, teks asal atau terjemahan tetapi dimuatkan panduan rujukan pada nota kaki bagi memudahkan penerangan dan pembacaan. Sekiranya ada pihak ingin melihat secara detail dan terperinci maka bolehlah merujuk kepada nota kaki yang disediakan dibawahnya sebagai rujukan asal. Semoga Allah membuka hati setiap pencinta kebenaran agar ditunjukkan yang al-Haq (benar) dijadikan ikutan dan dipaparkan yang al-Batil (sesat) untuk dijauhi.
PENGERTIAN AQIDAH
Perkataan aqidah/akidah[1] berasal dari bahasa arab iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan dan kepercayaan[2]. Maka apa yang dipegang dan dipercaya dalam hati seseorang itu secara teguh (jazam) ia dinamakan Aqidah.
Aqidah dari segi istilah syaraknya adalah beriman dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah, ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak bagiNya, kesucian dari penyerupaan makhlukNya dan beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya, para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman dengan (qadr) ketentuan pada makhluk samaada baik ataupun buruk[3].
Selain nama al-I’tiqad dan al-‘Aqaid[4] bagi ilmu berkaitan ilmu aqidah ini terdapat 5 nama yang seerti dengan ilmu aqidah iaitu: 1- Tauhid[5], 2- Iman[6], 3- Usuluddin[7], 4- Sunnah[8] dan 5- Fiqhul Akbar[9].
Dalam perkembangan ilmu sejak berzaman ilmu aqidah juga dinamakan sebagai Ilmu Kalam[10] (mamduh) yang dipuji oleh ulama Islam kerana membawa kepada kebenaran islam dengan hujjah ‘aqli dan naqli. Ya, sememangnya disana terdapat ilmu yang hampir sama namanya iaitu Ilmu Kalam (mazmum) tetapi ia adalah ilmu yang dicela oleh para ulama kerana tidak menggunakan dalil yang betul serta tidak membawa kepada kebenaran. Begitu juga ilmu aqidah ini kekadang dinamakan dengan Ilmu al-Ilahiyyaat dan sebagainya yang penting segala ilmu yang menggunakan naqli (teks wahyu) dan ‘aqli (akal yang sempurna) membawa kepada ketauhidan, keesaan dan kebenaran Allah subhanahu wata’ala dan tidak bercanggah dengan istilah agama yang diizinkan maka ia boleh dilabelkan sebagai ilmu yang selari dengan ilmu aqidah.
Aqidah juga dalam beberapa kenyataan diertikan dengan makna kefahaman agama sama-ada salah atau benar (Islam). Seperti kita mengatakan tentang sesuatu fahaman itu sebagai aqidah Yahudi, aqidah Kristian, aqidah Hindu dan sebagainya. Manakala apabila disebut aqidah Islam bermaksud aqidah dan pegangan yang dipersetujuan oleh Islam berdasarkan dalil dan hujjah.
[1] Lebih tepat dieja dengan aqidah tetapi betul juga dan tidak menjadi kesalahan jika dieja dengan akidah.
[2] Rujuk Lisan al-‘Arab oleh Abu al-Fadl Jamaluddin Ibnu Manzur wafat 711H pada perkataan (‘aqoda) juzuk 3 m/s 295-300 cetakan Dar Sodir, Beirut Lubnan, al-Qamus al-Muhit’ juzuk 1 m/s 327-328 dan al-Mu’jam al-Wasit’ J 2 m/s 620-621
[3] Berdasarkan al-Hadith Jibril apabila ditanya tentang iman. Riwayat Muslim.
[4] Seperti kitab Al-‘Itiqad karangan Imam al-Baihaqi.
[5] Kitab berjudl Al-Mukhtasar Fi Tauhid Wal Qadr karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary seperti yang disenaraikan oleh beliau dalam kitabnya berjudul Al-‘Amdu.
[6] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai kitab berjudul Al-Iman. Rujuk Al-‘Amdu.
[7] Seperti kitab Usuluddin karangan Imam al-Baghdadi.
[8] Hadith nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang menghidupkan sunnahku (aqidah&syariat) setelah rosaknya umatku maka kepadanya pahala syahid”. Riwayat Ibu ‘Asakir dan perkataan sunnah pada hadith tersebut bererti aqidah.
[9] Kitab aqidah karangan Imam Abu Hanifah berjudul Fiqhul Akbar.
[10] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai buku ketika beliau berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah berjudul Istihsan Khaudh Fi ‘Ilmi Kalam.
PENGERTIAN AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH[1]
Sunnah dari segi bahasa arab bererti: jalan dan cara[2]. Manakala perkataan Jamaah dipetik dari bahasa arab iaitu Al-Ijtima’ bererti perkumpulan dan penyatuan lawan kepada perkatan Al-Tafarruq iaitu perpecahan dan Al-Jamaah bererti satu kumpulan atau jemaah yang telah bersepakat pada sesuatu perkara[3].
Dari segi istilah pula Ahlus Sunnah Wal Jamaah adalah jumhur majority umat Nabi Muhammad iaitu sahabat Nabi dan sesiapa yang mengikut mereka dalam asas –asas aqidah (rukun iman)[4].
KITAB DAN BUKU AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH
Sangat ramai ulama yang menulis kitab-kitab khusus mengenai penjelasan aqidah Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah ini. Antara kita-kitab tersebut ialah seperti:
1- Risalah al-^Aqidah al-Tahawiyyah karya al-Imam al-Salafi Abu Ja^far al-Tahawi (w. 321 H),
2- Kitab al-^Aqidah al-Nasafiyyah karangan al-Imam ^Umar al-Nasafi (w. 537 H),
3- Al-^Aqidah al-Murshidah karangan Ibnu Tumart dan kemudian dipopularkan oleh al-Imam Fakhrud-Din ibn ^Asakir (w. 630 H),
4- Al-^Aqidah al-Salahiyyah yang ditulis oleh al-Imam Muhammad ibn HibatiLlah al-Makki (w. 599 H); beliau menamakannya Hada’iqul-Fusul wa-Jawahirul-^Uqul, kemudian menghadiahkan karyanya ini kepada al-Sultan Salahud-Din al-Ayyubi (w. 589 H).
Al-Sultan Salahud-Din sangat tertarik dengan kitab ini hingga beliau memerintahkan agar kitab ini diajarkan sampai kepada anak-anak kecil di madrasah-madrasah, yang akhirnya risalah aqidah tersebut dikenal dengan nama al-^Aqidah al-Salahiyyah. Al-Sultan Salahud-Din adalah seorang alim yang bermazhab Shafi^i, mempunyai perhatian khusus dalam menyebarkan al-^Aqidah al-Sunniyyah (aqidah Ahlus-Sunnah). Beliau memerintahkan para muazin untuk mengumandangkan al-^Aqidah a-Sunniyyah ini pada waktu tasbih (sebelum azan Subuh) pada setiap malam di Mesir, seluruh daratan Sham (Syiria, Jordan, Palestin dan Lubnan), Mekah, Madinah, dan Yaman sebagaimana dikemukakan oleh al-Hafiz al-Suyuti (w. 911 H) dalam al-Wasa’il ila Musamaratil- Awa’il dan lainnya.
5- Kitab Mukhtasar Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari dalam bab Aqidah juga memuatkan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah yang sebenar dengan ringkasan yang mudah bagi seluruh umum umat Islam yang dahagakan ilmu aqidah Islam juga dimuatkan beberapa perkara yang menyebabkan pembatalan iman dan islam seseorang itu.
“ TUNTUTAN BERPEGANG KEPADA AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH ”
Dibawah ini merupakan ringkasan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebenar yang boleh dijadikan panduan utama bagi seluruh peringkat masyarakat Islam dan diminta kepada semua pencinta ilmu menghayatinya dan mengajarnya kepada umum setelah mendalaminya. Ringkasan aqidah ini disusun berdasarkan dalil yang sahih (naqli dan aqli) dengan teks yang padat maknanya bagi memudahkan masyarakat Islam mendalaminya:
Wajib bagi semua mukalaf untuk memeluk agama Islam dan kekal di dalamnya untuk selamanya dan melaksanakan segala hukum-hakam yang diwajibkan ke atasnya. Maka di antara perkara yang wajib diketahui dan diyakini secara mutlak, dan wajib diucapkan sekali jika sekiranya dia baru memeluk Islam, atau jika tidak [dia bukan seorang yang baru memeluk Islam] maka wajib diucapkannya di dalam sembahyang, adalah dua kalimah syahadat:
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ الله وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله
Makna أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلَهَ إِلاَّ الله : aku mengetahui dan aku mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa tidak ada yang disembah dengan hak (sebenar) kecuali Allah, yang Esa iaitu tiada sekutu bagi-Nya "الواحد", Tidak Terbahagi-bahagi[5] "الأحد", Tidak Bermula "الأول", Tidak Mendahului Dengan Ketiadaan "القديم", Maha Hidup "الحيُّ", Tidak Berkehendak Kepada Yang Lain "القيوم", Tidak Berakhir "الدائم", Maha Pencipta "الخالق", Pemberi Rezeki "الرازق", Maha Mengetahui "العالم", Maha Kuasa "القدير", Berkuasa Melakukan Sesuatu Dengan Kehendak-Nya "الفعّال لما يريد". Segala apa yang Dia kehendaki terjadi dan segala apa yang tidak Dia kehendaki tidak akan terjadi "ما شاء الله كان وما لم يشأ لم يكن". Tidak ada daya upaya untuk menjauhi perbuatan dosa kecuali dengan pemeliharaan-Nya, dan tidak ada kekuatan untuk melakukan ketaatan kepada-Nya kecuali dengan pertolongan-Nya. Allah memiliki segala sifat kesempurnaan yang layak bagi-Nya dan Maha Suci dari segala kekurangan pada hak-Nya.
Allah tidak menyerupai sesuatu pun dari makhluk-Nya dan tidak ada sesuatu pun dari makhluk-Nya yang menyerupai-Nya, Dia Maha Mendengar dan Maha Melihat.[6] Hanya Allah yang tidak memiliki permulaan (Qadim) "قديم", segala sesuatu selain-Nya memiliki permulaan [baharu] "حادث". Dialah Pencipta "الخالق", segala sesuatu selain-Nya adalah ciptaan-Nya [makhluk] "مخلوق". Segala yang ada [masuk ke dalam wujud], benda[7] dan perbuatannya, mulai dari [benda terkecil] zarrah hingga [benda terbesar] Arasy, segala gerakan manusia dan diamnya, niat dan lintasan fikirannya, semuanya itu adalah dengan ciptaan Allah, tidak ada yang menciptanya selain Allah, bukan thabiiah "طبيعة" yang menciptanya dan bukan pula illah[8] "عِلة". Akan tetapi segala sesuatu tersebut masuk pada kewujudan dengan kehendak Allah dan kekuasaan-Nya, dengan ketentuan dan ilmu-Nya yang azali [tidak bermula], sebagaimana maksud firman Allah: “dan Allah menciptakan segala sesuatu” [Furqan:2]. Ertinya Allah menciptakan sesuatu daripada tidak ada menjadi ada. Makna (خلق) pada ayat ini tidak layak bagi sesiapa pun kecuali hanya bagi Allah. Allah berfirman: “Tidak ada pencipta selain Allah”. [Faatir:3]
An-Nasafi berkata: “apabila seseorang melempar kaca dengan batu hingga pecah, maka lemparan, hentaman batu dan pecahnya kaca semuanya adalah ciptaan Allah. Jadi seorang hamba hanyalah melakukan kasb[9] "كسب". Sesungguhnya penciptaan itu hanya milik Allah, Allah berfirman: “Bagi setiap jiwa dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya”. [al-Baqarah:286]
Kalam "كلام" Allah adalah Qadim "قديم" [tidak bermula][10] seperti seluruh sifat-sifat-Nya. Kerana Allah tidak menyerupai semua makhluk-Nya, baik pada zat-Nya, sifat-sifat-Nya dan perbuatan-Nya. Maha Suci Allah dari apa yang dikatakan orang-orang zalim [orang kafir] dengan kesucian yang agung.
Kesimpulan dari makna syahadat pertama ini adalah ketetapan adanya tiga belas sifat bagi Allah, yang sering berulang penyebutannya dalam al-Quran, baik pada lafaz mahupun maknanya sahaja, iaitu :
1. al-Wujud "الوجود" [Allah ada],
2. al-Qidam "القدم" [tidak bermula],
3. al-Baqa’ "البقاء" [tidak berakhir],
4. Tanazzuhuhu 'an al-Musyabahah li al-haadis "تنزهه عن المشابهة للحادث" [maha suci dari menyerupai segala sesuatu yang baharu].
5. Qiyamuhu bi nafsihi "قيامه بنفسه" [tidak memerlukan kepada yang lain dan segala sesuatu memerlukan kepada-Nya],
6. al-Wahdaniyah "الوحدانية" [tidak ada sekutu bagi-Nya pada zat, sifat dan perbuatan-Nya],
7. al-Qudrah "القدرة" [maha kuasa],
8. al-Iradah "الإرادة" [berkehendak],
9. al-Ilmu "العلم" [mengetahui segala sesuatu],
10. al-Hayat "الحياة" [maha hidup],
11. as-Sam'u "السمع" [mendengar segala sesuatu],
12. al-Basor "البصر" [melihat segala sesuatu],
13. al-Kalam "الكلام" [berkata-kata dengan kalam yang bukan huruf, suara dan bahasa][11],
Oleh kerana sifat-sifat ini banyak disebut dalam nas-nas syariah, para ulama mengatakan: Wajib atas setiap mukalaf [wajib aini] untuk mengetahuinya. Dan kerana zat Allah adalah azali [tidak bermula], maka demikian jugalah sifat-sifat-Nya pasti [wajib] azali, kerana jika baharunya sifat suatu zat mengharuskan baharunya zat tersebut. Terlalu banyak lagi sifat Allah yang dinyatakan oleh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah akan tetapi yang dinyatakan di atas merupakan yang wajib dipelajari dan diketahui oleh umat Islam.
Makna وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله : aku mengetahui dan aku mempercayai dan aku mengakui (dengan ucapan) bahawa Muhammad ibn Abdullah ibn Abdul Muththalib ibn Hasyim ibn Abd Manaf al-Qurasyi [dari Khabilah Quraisy] adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada segenap makhluk. Diikuti dengan syahadat ini mempercayai bahawasanya Muhammad lahir dan diutus [menjadi Nabi dan Rasul] di Mekah, berhijrah ke Madinah dan dimakamkan di sana.
Termasuk dalam makna syahadat kedua ini, meyakini bahawa Nabi Muhammad j jujur dalam segala berita yang dia bawa dan sampaikan dari Allah.
Di antaranya: adanya siksa kubur, pertanyaan dua malaikat, Munkar dan Nakir, al-Ba'ts "البعث" [dibangkitkannya semua orang mati], al-Hasyr "الحشر" [saat dikumpulkannya makhluk di suatu tempat], al-Qiyamah "القيامة" [hari kiamat], al-Hisab "الحساب" [perhitungan atas segala perbuatan], ats-Tsawab "الثواب" [balasan bagi seorang mukmin yang melakukan kebaikan], al-Azab "العذاب" [balasan bagi seseorang yang melakukan kejahatan], al-Mizan"الميزان" [timbangan yang memiliki dua neraca, satu untuk kebaikan dan lainnya untuk keburukan], an-Naar "النار" [neraka Jahannam], as-Sirat "الصراط" [jambatan terbentang di atas neraka, satu hujungnya pada bumi yang telah diganti “al Ardl al Mubaddalah” dan hujung lainnya di satu tempat menuju ke arah syurga], al-Haudh "الحوض" [telaga], as-Syafaah "الشفاعة" [Syafaat], al-Jannah "الجنة" [syurga], ar-Rukyah "الرؤية" [melihat zat Allah di akhirat kelak dengan mata kepala dengan tanpa disifatkan dengan sifat-sifat makhluk, tanpa bentuk, tanpa tempat dan tanpa arah, tidak seperti penglihatan makhluk], dan kekal syurga dan neraka. Juga beriman dengan malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya, ketentuan “al-maqdur”-Nya yang baik dan buruk, dan bahawasanya Nabi Muhammad j adalah penutup para nabi dan penghulu seluruh manusia [keturunan Adam].
Wajib berkeyakinan juga bahawa setiap nabi Allah wajib memiliki sifat benar "الصدق", amanah "الأمانة" dan bijaksana "الفطانة". Mustahil bagi mereka bersifat bohong "الكذب", khianat "الخيانة", ar-Radzalah "الرذالة" [terjatuh dalam perbuatan hina], bodoh "السفاهة" dan dungu "البلادة".
Mereka wajib terpelihara dari kekufuran, dosa-dosa besar dan dosa-dosa kecil yang menunjukkan rendah jiwa pelakunya, baik sebelum mereka menjadi nabi mahupun sesudahnya. Mereka mungkin [jaiz] (جائز) sahaja melakukan dosa-dosa kecil yang tidak menunjukkan rendah jiwa pelakunya, namun mereka diingatkan terus untuk bertaubat sebelum dosa-dosa tersebut diikuti oleh orang lain.
Dari sini diketahui bahawa kenabian tidak sah [berlaku] bagi saudara-saudara nabi Yusuf yang telah melakukan perbuatan-perbuatan keji itu, mereka itu adalah selain Binyamin. Sedangkan al-Asbath (الأسباط) kisah mereka disebutkan dalam al-Quran yang mendapat wahyu [diangkat menjadi Nabi] dari Allah, mereka adalah dari keturunan saudara-saudara nabi Yusuf bukannya saudara-saudara nabi Yusuf tersebut.
MURTAD BATAL AQIDAH
Wajib atas setiap muslim memelihara Islamnya dan menjaganya dari perkara-perkara yang merosak dan memutuskan darinya, iaitu riddah [kufur, keluar dari Islam]. Imam An-Nawawi dan lainnya berkata: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji"[12]. Riddah [kufur] ada tiga jenis sebagaimana pembahagian oleh an-Nawawi dan lainnya dari kalangan ulama mazhab Syafii, Hanafi dan mazhab lain dari mazhab Feqh yang beraliran Ahli Sunnah Wal Jama’ah adalah : 1- Kepercayaan, 2- Perbuatan dan 3- Ucapan. Setiap dari tiga jenis ini memiliki cabang yang sangat banyak. Maka umat Islam hendaklah menjauhi dari segala itu.
PEMIKIRAN GOLONGAN YANG BUKAN AHLI SUNNAH WAL JAMA’AH
Berdasarkan penilaian penulis, kajian rapi lapangan dan kajian ilmiah didapati setelah nama mulia Ahli Sunnah Wal Jama’ah itu tersergah indah maka peluang ini digunakan oleh ramai para ilmuan untuk menjelaskan dan menerangkan kebaikan demi kesejahteraan ummat Islam, tetapi tidak lupa juga terdapat beberapa ajaran yang tidak sepadan dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah turut mempergunakan nama mulia ini demi merialisasikan penyebaran ajaran mereka yang songsang seperti fahaman Syiah yang jelas bercanggah dengan aqidah sebenar dan juga fahaman Wahabi yang kelihatan gemar mengamalkan konsep tiga “T” iaitu 1- Takfir (mengkafirkan ulama Islam dan umat Islam yang tidak sependapat dengan mereka), 2- Tahsbih/Tajsim (menyamakan Allah dengan makhluk manusia berjisim,bertempat,duduk lemah atas arasy dan sebagainya) 3- Tabdi’ (sering menghukum dan terlalu cepat menjatuhkan hukum ke atas amalan umat Islam sekalipun mempunyai dalil jelas dihukum mereka sebagai ahli bid’ah masuk neraka). Di luar sana juga terdapat banyak lagi golongan yang menyandarkan diri mereka kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sedangkan fahaman mereka mengangu gugat perpaduan umat Islam dan boleh memecah belahkan semangat murni kesatuan ummat dalam satu agama iaitu Islam yang tercinta. Maka berawas dan berja-jaga dari terpengaruh dengan golongan-golongan ini yang bertopengkan kemulian tetapi menyembunyikan kemunafikan.
PENTING !
FATWA KE ATAS FAHAMAN WAHABI
KEPUTUSAN ADALAH MENOLAK PENYEBARAN FAHAMAN WAHABI KERANA MENGANGU GUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM
1- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985,
2- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
3- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
4- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
5- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
6- MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
SUMBER DARI:JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM) &
JAWATANKUASA PENYELARASAN PENYELIDIKAN ISLAM KEBANGSAAN (JAPPIS).
PENUTUP/NASIHAT
Tambahkan ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar dengan mempelajarinya dari alim ulama dan ustaz-ustaz yang thiqah dipercayai amanah ilmu yang disampaikan. Tetapkan dirimu dalam cahaya ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-Asya’irah.
Semoga Allah menetapkan aqidah sebenar dalam dari kita sehingga dicabut nyawa.
Sekian. Wassalam.
Disediakan dan disusun oleh hamba Allah yang mengharap keredhoan Ilahi:
Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi.
Tel (hp): 019-3801979.
Email: m_shiq@yahoo.com.
Boleh merujuk maklumat di: Website: www.abu-syafiq.blogspot.com /
Facebook: www.facebook.com/AbuSyafiq1
[1] Boleh juga ditulis sebagai Ahluss Sunnah Wal Jama’ah, Ahli Sunnah Wal Jamaah, Ahli Sunnah Wal Jama’ah, Ahl Sunnah Wal Jama’ah dan apa sahaja yang sememangnya membawa erti yang sama iaitu golongan yang mengikut jalan Nabi Muhammad dan bersama dengan jemaah Islam yang berpegang dengan aqidah yang benar. Asalkan bukan ahli punah dan ranah.
[2] Rujuk Muktar Al-Sihah pada perkataan (sunana) m/s 317 dan Lisan Al-‘Arab 220-228.
[3] Rujuk Lisan Al-‘Arab pada perkataan (jama’a) 8 m/s 53-60.
[4] Penyelididkan dan Kajian Darul Fatwa pada tajuk Al-Asy’irah Aimmah Ahl Sunnah.
[5]Kerana Dia bukan jisim, benda. Ini adalah makna “Ahad” menurut sebahagian ulama.
[6]Pendengaran Allah tidak seperti pendengaran makhluk, penglihatan Allah tidak seperti penglihatan makhluk.
[7]Benda yang dimaksud di sini bukan sahaja benda padat, tetapi A'yan atau Ajsam ialah segala sesuatu yang memiliki bentuk dan ukuran, termasuk manusia.
[8]Thabi'ah adalah 'adah; kebiasaan. Kebiasaan api adalah membakar. Illah adalah sebab. Api adalah sebab terjadinya pembakaran.
[9]Kasb adalah apabila seorang hamba mengarahkan niat dan kehendaknya untuk melakukan suatu perbuatan dan pada saat itulah Allah menciptakan dan menampakkan perbuatan itu.
[10]Kalam Allah yang dimaksudkan di sini adalah Kalam Allah yang merupakan sifat zat-Nya. Kerana sifat kalam ini qadim bererti ianya bukan huruf, suara dan bahasa kerana semua itu baharu, makhluk.
[11] Terdapat banyak lagi sifat Allah bukan 13 sahaja. 13 ini yang wajib dipelajari.
[12]Makna pernyataannya: "Riddah adalah kekufuran yang paling keji" adalah dari sisi keburukannya, bukan bererti bahawa segala jenis riddah lebih parah dari kufur yang asli, kerana kufur yang paling parah adalah ‘at-ta'thil’ iaitu menafikan adanya Allah, akidah hulul iaitu mereka meyakini bahawa Allah menempati atau menyatu dengan alam, ertinya bahawa Allah adalah kesatuan alam dan alam sebahagian dari-Nya.
Monday, September 10, 2012
AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH

Friday, January 13, 2012
Pengajian/ Kelas Ilmu Agama Buat Artis
PENGAJIAN ILMU ISLAM KHAS BUAT ARTIS-ARTIS SAHAJA
PENGAJIAN : SEMUA JENIS CABANGAN ILMU AGAMA DARI BAWAH HINGGA SETINGGINYA
(Baca Quran, Cara Ibadah, Bersih Jiwa Dan Lain-lain).
TEMPAT: DI TEMPAT KAMI DI PUSAT PENGAJIAN ISLAM SEKSYEN 7 SHAH ALAM, SELANGOR ATAU DIMANA-MANA TEMPAT PILIHAN SENDIRI (Pejabat, Rumah, Kedai, Dewan dan dimana-mana sahaja)
MASA : FLEKSIBEL BILA-BILA MASA SAHAJA (BERDASARKAN PERBINCANGAN DAN PERSETUJUAN)
HUBUNGI : USTAZ MOHD RASYIQ BIN HJ. MOHD ALWI DI TALIAN 019 3801979.
BAYARAN : PERCUMA FREE OFF CASH KHAS BUAT ARTIS MALAYSIA. (Walaupun ia free tidak berbayar tetapi pengajian adalah dijaga dan diambil berat serta tenaga pengajar akan memberi tumpuan utama KHAS buat kesemua artis tanah air. Jangan sangka ia free maka kami akan mengajar cincai-cincai aje! Tidak!.
"Ilmu agama untuk artis adalah keutamaan kami").
Kepada sesiapa sahaja yang bergelar artis di tanah air kita Malaysia ini yang agak sibuk atau tidak yang inginkan pengajian ilmu agama samaada bacaan alquran atau hadith, tauhid, fekah, tasawwuf atau apa-apa sahaja jenis ilmu agama secara bersistematik dan menarik mengikut masa-masa yang dipilih sendiri oleh artis (berdasarkan perbincangan) maka bolehlah menghubungi kami dan datang ke tempat kami untuk menuntut ilmu sama ada bermula dari bawah (basic) atau selainnya.
PENGAJIAN YANG DITAWARKAN UNTUK PARA ARTIS DAN SAUDARA MARA ARTIS INI BERBENTUK "FACE TO FACE" ATAU KUMPULAN ARTIS YANG KECIL.
Maksud pengajian secara "face to face" adalah seperti seorang artis lelaki belajar ilmu agama seperti quran dan selainnya dengan seorang ustaz atau seorang artis wanita belajar dengan seorang ustazah.
Maksud pengajian secara kumpulan kecil pula adalah pengajian para artis yg bilangannya sedikit yang 'sekepala' atau satu geng belajar dengan seorang ustaz atau seorang ustazah.
Tempat pengajian kami selesa ekslusif
TIDAK PERLU MALU LAGI UNTUK BELAJAR AGAMA.
Wednesday, November 17, 2010
Hukum Takbir Raya Berjemaah
Soalan:
Assalamualaikum Ustaz...soalan saya ringkas. Apa hukum kita bertakbir raya secara berjemaah beramai-ramai? Wahabi kata itu bid'ah sesat masuk neraka dan akan kekal dalam neraka jika halalkannya. Apa hukum sebenarnya? - Asrizal
_________________________________
Jawapan:
Wa'alaikumsalam. Syukran dengan soalan. Pertamanya jangan percaya apapun yang datang dari Wahabi kerana mereka adalah golongan yang telah diisyaratkan oleh Nabi kita Nabi Muhammad bahawa di Najd terbitnya tanduk syaitan dan Wahabi bermula ajaran mereka disana. Wahabi juga gemar mengebom mati umat Islam dan membunuh ulama Islam.
Manakala hukum bertakbir raya pabila waktu menjelang masanya pada raya puasa dan raya haji adalah disyariatkan, digalakkan dan juga disunatkan. Antara dalilnya adalah ;
- Imam Bukhary meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Jum'ah bahawa Saidina Umar bertakbir dikubahnya ketika di Mina kemudian umat islam ahli Masjid turut bertakbir begitu juga mereka yang di pasar sehingga kawasan Mina dipenuhi laungan bersama dengan bunyi takbir.
- Imam Bukhary juga meriwayatkan dalam sahihnya pada Kitab Al-'Idain bahawa Abdullah bin Umar dan Abu Hurairah mereka berdua keluar ke pasar pada hari ke sepuluh zulhijjah (raya korban)lantas mereka berdua bertakbir dan kemudian masyarakat bertakbir bersama takbir keduannya (iaitu takbir berjemaah).
- Dalam kitab dan bab yang sama juga Imam Bukhary meriwayatkan lagi bahawa Maimunah bertakbir pada hari raya korban dan wanita-wanita bertakbir bersama belakang Aban bin Uthman dan Umar bin Abdul Aziz pada malam-malam tashriq bersama para jemaah lelaki dan masjid.
- Ummu 'Athiyyah (sahabiah Nabi)berkata: Kami diperintah untuk keluar pada hari raya sehingga anak dara juga keluar dan juga wanita haid kemudian berada di belakang orang ramai dan wanita bertakbir beramai-ramai bersama takbir mereka (lelaki2). Dalam riwayat Muslim (hadith nom 890) menyebut mereka bertakbir beramai-ramai bersama-sama para jemaah lelaki.
Kesemua di atas merupakan dalil bahawa harus dan digalakkan bertakbir secara berjemaah bahkan disunatkan seperti mana ia zahir dari dalil2 tersebut.
Kemudian pandangan dalam mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafie&Hambali) membuktikan bahawa hukum bertakbir raya beramai-ramai berjemaah merupakan sesuatu yang diharuskan bahkan digalakkan.
1- Mazhab Hanafi: "Bertakbir pada hari Tasyriq merupakan satu kewajipan keatas lelaki dan wanita sekali dan jika melebihi sekali ia lebih afdhal dan takbir raya itu dilakukan secara BERJEMAAH atau berseorangan" Rujuk Hasyiah Ibnu 'Abidin 'Ala Ad-Durri Mukhtar 2 m/s 177-179.
2- Mazhab Maliki: Bertakbir raya disisi kami (mazhab malikiyyah) adalah dilakukan oleh semua orang secara berseorangan atau BERJEMAAH. Rujuk Majmu' Syuruh Muwattho' j 11 m/s 405.
3- Mazhab Hambali: Bertakbir secara jahr (nyaring) merupakan sunnah. Rujuk Matolib Ulil Nuha 1/802.
4- Mazhab kita Mazhab Syafie' : Syeikh Islam Zakaria Al-Ansari, Imam Nawawi bahkan Imam Mujtahid Mutlaq Imam Asy-Syafie sendiri menyatakan bahawa bertakbir raya beramai-ramai secara berjemaah di masjid atau selainnya merupakan sesuatu yang digalakkan, di haruskan disunatkan juga pada selepas setiap kali solat 5 waktu pada hari2 raya tersebut. Rujuk Al-Um jilid 1 ms 264,275, 276, Asna Al-Matalib j 1ms 284 & Syarh An-Nawawi ' Ala Muslim j 6 ms 179.
Maka selepas ini Wahabi perlu menahan lidah mereka dengan mengigitnya agar tidak cepat menghukum umat Islam sebagai pelaku bid'ah sedangkan Wahabi lah ahli bid'ah yang suka mengkafirkan umat Islam dan mmbawa akidah tashbih kononnya Allah itu lemah serupa dengan makhluk. Awas! jgn ikut Wahabi!.
wassalam.
Friday, October 15, 2010
HUKUM BUAT KORBAN UNTUK SI MATI
HUKUM BUAT KORBAN UNTUK ORANG MUSLIM YANG TELAH MATI
SOALAN: Slm. Ustaz. Apa hukum buat ibadah korbah untuk arwah ayah saya? boleh?
JAWAPAN:
Wa'alaikumsalam.
Sebenarnya masaalah kita yang hidup ini buatkan ibadah korban untuk si mati merupakan masaalah diperbincangakn dalam mazhab 4 (Hanafi,Maliki,Syafie&Hambali) mengikut keadaan yang pelbagai dan penjelasan yang terdapat perbezaan pendapat. Maka ia masaalah khilafiah.
Tetapi saya lebih cenderung kepada menggunakan pendapat yang mengharuskannya walaupun ia tidak pernah diwasiatkan oleh si mati ini kerana Rasulullah pernah membeli dua ekor kibash yang besar dan terbaik kemudian baginda menyembelih/korbankan seekornya dengan niat untuk umat baginda yang bertauhid (merangkumi yang mati dan hidup) kemudian seekor lagi disembelih/dikorbankan untuk baginda sendiri dan ahli keluarga baginda (juga merangkumi yang hidup&yang mati)-Riwayat Ahmad.
Begitu juga terdapat dalam Sohih Muslim bahawa Nabi Muhammad buat korban dengan niat untuk diri baginda dan ahli keluarga baginda. Maka ia merangkumi yang telah mati dan masih hidup ketika itu. Bahkan disana terdapat banyak riwayat yang menunjukkan keharusan melakukan korban untuk orang lain samaada masih hidup atau telah mati seperti dalam riwayat Abu Daud seorang lelaki bertanya adakah boleh saya lakukan korban untuk ayah saya maka nabi mengakui dan mengharuskannya.
Dalam kes ini disisi Mazhab Empat pula terdapat pandangan yang terkenal (masyhur) dalam Mazhab Syafi'e adalah tidak harus kecuali si mati pernah wasiatkan sedemikian. Saya katakan jika ia diwasiatkan maka menjadi wajib untuk dilaksankan dan bukan lagi harus sahaja hukumnya. Bahkan terdapat pandangan (qaul) disisi sebahagian Syafi'iyyah bahawa harus lakukan korban untuk yang telah mati walaupun tidak pernah diwasiatkan sedemikian kerana ia seperti sedekah dan ia sampai kepada si mati disisi IJMAK (rujuk At-Tuhfah, Al-Majmuk & Mughni Muhtaj).
Manakala dalam Mazhab Hanbali dan Hanafi mengharuskan amalan tersebut (rujuk Matolob Ulil Nuha dalam fiqh Hambali dan Durru Mukhtar serta Hasyiah oleh Ibnu 'Abidin dalam Mazhab Hanafi)
Dan juga banyak pandangan disini Mazhab Maliki yang mengharuskannya (rujuk Al-Ahwazi oleh Qodhi Ibnu Al-Arabi Al-Maliky).
Maka saya menyatakan bahawa harus kita melakukan ibadah korban untuk si mati beragama islam walaupun simati tidak pernah mewasiatkannya tetapi terbaik adalah lakukan untuk diri sendiri kemudian baru dilakukan untuk si mati atau disekalikan niatnya.
Rujukan semasa saya dalam hal ini adalah dua tokoh ulama berketurunan Rasulullah iaitu Dr Syeikh Toriq Najib Lahham Al-Husaini & Dr Syeikh Salim Alwan Al-Husaini.
Monday, September 20, 2010
Mengapa Ke-Empat Mufti Saudi Buta Berturut-turut?
SAYA MEMOHON PENJELASAN DARI MEREKA YANG ARIF BERKAITAN PEMILIHAN MUFTI SAUDI ARABIA. MENGAPA MUFTI NEGARA SAUDI KE EMPAT-EMPATNYA BUTA BELAKA MATA MEREKA. DEMI ALLAH! KAMI AHLI SUNNAH WAL JAMAAH TIDAK MENGHINA KECACATAN YANG DITENTUKAN ALLAH.
Mengapa Semua Mufti Saudi Buta Matanya? Mengapa berderet-deret semua buta? Demi Allah! Kita ASWJ tidak menghina orang yang cacat. Cuma Minta penjelasan sahabat. Bermula dari Mufti Saudi; Muhammad Bin Ibrahim, Ibnu Humaid, Bin Baz dan sekarang Abdul Aziz Aal Syeikh kesemuanya buta. Soalan yg sama juga pasti ditanya jika ASWJ memilih mufti2 yg buta secara berturut-turut. Mengapa tidak seorang mufti shj yg buta atau 2 org shj. Ini dah 3 kesemua buta dan yg skrg iaitu yg ke4 pun buta juga. Kalu 1 jek buta mybe blh kata itu dah nasib dia. Tapi ni dah keempat2 buta. Mcm jatuh dlm lubang yg same sekali oklah trjatuh..2 kali? 3kali? dan empat kali?! pelik..mesti ade something. kita tidak hina org buta tp mengapa berturut2 yg buta dipilih mufti?
PERMOHONAN BUAT KERAJAAN SAUDI
Melalui sumber yang diberi, Saya (Abu Syafiq Al-Asy'ary) pada Syawal 1431H telah mengutarakan kepada Kerajaan Saudi agar mufti Saudi akan datang (ke-5) dipilih seorang yang tidak buta boleh melihat untuk keadaan yang lebih baik. Bukan menghina sesiapa yang buta tetapi usahlah seperti larian marathon berturut-turut yang dipilih sebagai mufti itu buta belaka matanya. Ya, memang sesiapa sahaja boleh jadi buta termasuk wahabi-wahabi di Malaysia atau selain wahabi pun dikalangan ASWJ boleh jadi buta jika ditentukan Allah. Kita menerima segala ujian Allah. Mungkin dikalangan Wahabi atau sesiapa sahaja selepas membaca tulisan benar ini boleh jadi buta matanya tidak lama lagi. Kesemua itu ketentuan Allah kita terima sahaja bila ia berlaku.
Mohon pembaca memberi komen hal ini di facebook saya:
MENGAPA 4 MUFTI SAUDI BUTA BERTURUT-TURUT?
Friday, July 2, 2010
ESQ SESAT- Fatwa Rasmi
Sebelum ini saya pernah ditanya mengenai ESQ dan jawapan saya ada disini (klik)
FATWA ESQ SESAT
Terkini ESQ telah difatwakan dan diwartakan sebagai ajaran sesat bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Sila rujuk fatwa yang baru diwartakan mengenai ESQ oleh Jabatan Mufti Wilayah-wilayah Persekutuan (klik sini untuk lihak fatwa rasmi)
________________________________
Mufti Wilayah Malaysia: ESQ MURTAD (klik)
ESQ SESAT. INI BUKTINYA DAN MENGAPA?
Tidak dinafikan ramai dikalangan tokoh ilmuan cuba dikambing hitamkan oleh ajaran sesat seperti Musyabbihah Wahabi, Syiah dan selainnya. Tidak terlepas beberapa tokoh mufti diperbodohkan oleh beberapa ajaran yang menyeleweng seperti ajaran Dr Asri (bekas mufti) dan selainnya.
Kini pula ESQ Leadership Center yang dipelopori oleh pendakwa ikut sufi (tetapi bukan sufi sebenar pun) bahkan menyeleweng dari fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar (Al-Asyairah&Almaturidiyah) dia (pengasas ESQ) yang bernama Ary Ginanjar Agustian dinilai melalui ESQ terdapat beberapa penyelewengan. Terdapat juga akidah Ary ini mirip akidah Wahabi ang mendakwa Allah serupa dengan makhluk duduk atas arasy.
Bukti-bukti:
Bukti (1)- TAFSIRAN BID'AH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM & IHSAN.
SLOGAN THE ESQ WAY 165 IAITU MEMBANGUN KECERDASAN EMOSI DAN SPIRITUAL BERDASARKAN 1 HATI YANG IHSAN, 6 PRINSIP MORAL BERDASARKAN RUKUN IMAN, 5 LANGKAH KEJAYAAN BERDASARKAN RUKUN ISLAM •
RUKUN ISLAM: SEBAGAI SUMBER AKTIVITI FIZIK (IQ) BERFUNGSI MENJAWABWHAT I THINK DIBIMBING, DIARAH & DIKENDALI OLEH 5 RUKUN ISLAM SEBAGAI MEMBINA PERSONAL STRENGTH•
RUKUN IMAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN EMOSI (EQ) BERFUNGSI MENJAWAB WHAT I FEEL DIBENTUK DAN DIBANGUN OLEH 6 PRINSIP RUKUN IMAN UNTUK MEMBINA MENTAL BUILDING•
IHSAN: SEBAGAI SUMBER KECERDASAN SPIRITUAL (SQ) BERFUNGSI MENJAWABWHO I AM BERSUMBERKAN AL-ASMA’ AL-HUSNA YANG BERSIFAT UNIVERSAL DIRINGKASKAN DENGAN ESQ MODEL
LINGKARAN TERDALAM: GOD SPOT IAITU PADA DIMENSI SPIRITUAL (SQ). LINGKARAN LUAR PADA DIMENSI EMOSI (EQ). PADA LINGKARAN PALING LUAR TERDAPAT5 LINGKARAN KECIL PADA DIMENSI FIZIK (IQ) PADA ALAM SEDAR. LINGKARAN PADA DIMENSI EMOSI (EQ) DAN DIMENSI FIZIK (IQ) HARUS BERADA PADA GARIS EDARNYA DAN MENGORBIT PADA TITIK TUHAN (GOD SPOT)• IA SEPERTI GERAKAN GALAKSI BIMA SAKTI (MILKY WAY), GERAKAN ATOM ATAU GERAKAN JEMAAH HAJI YANG MENGELILINGI KA’BAH. SEMUANYA BERTAWAF DAN TUNDUK KEPADA SIFAT-SIFAT TUHAN. KONSEP INI DINAMAKAN OLEH ARY GINANJAR SEBAGAI GOD SENTRIS IAITU BERPUSAT KEPADA SQ.
SETELAH SELESAI MEMBERI PENJELASAN TENTANG SLOGAN THE ESQ WAY 165, PARA MODERATOR AKAN MENGEMUKAKAN SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3 BERMAKSUD:-
• “PADA HARI INI, AKU TELAH SEMPURNAKAN BAGI KAMU AGAMA KAMU, DAN AKU TELAH CUKUPKAN NIKMATKU KEPADA KAMU, DAN AKU TELAH REDAKAN ISLAM ITU MENJADI AGAMA UNTUK KAMU”.
• TAFSIRAN YANG DIKEMUKAKAN OLEH ESQ TERHADAP IMAN, ISLAM DAN IHSAN BERMOTIFKAN UNTUK MEMAKSAKAN KETIGA-TIGANYA BERSESUAIAN DENGAN MATLAMAT MEMBERI MOTIVASI KEPIMPINAN TERHADAP SUMBER MANUSIA
• TERDAPAT KERAGUAN APABILA SELESAI MENJELASKAN KESEMUA MAKSUD THE ESQ WAY 165, MODERATOR AKAN MEMBACA SURAH AL-MA’IDAH AYAT 3, SEOLAH-OLAH INGIN MENGATAKAN BAHAWA ISLAM SESEORANG TELAH SEMPURNA APABILA SELESAI SAHAJA MEMPELAJARI THE ESQ WAY 165.
____________________________________
Bukti (2)- ESQ MENDAKWA KEKUATAN LUAR BIASA SEPERTI MUKJIZAT, KARAMAH @ MAUNAH BOLEH BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP.
DALAM SATU SESI, ESQ MEMBAWA KISAH SEORANG KAPTEN KAPAL TERBANG YANG MENGALAMI KEROSAKAN ENJIN PESAWATNYA. KETIKA DI UDARA. KAPTEN TERSEBUT DENGAN TENANG TELAH MENYERAHKAN DIRI DAN PENUMPANGNYA KEPADA ALLAH SWT. AKHIRNYA DENGAN TENANG PESAWAT ITU BERJAYA MENDARAT DENGAN SELAMAT. KISAH INI JUGA DIKIASKAN DENGAN KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN DARIPADA KEZALIMAN FIR’AUN MELALUI LAUT YANG TERBELAH. PERKARA INI DIDAKWA BERLAKU MELALUI RUMUS ZMP BERIKUT:-
• RUMUS ZMP (ZERO MIND PROCESS):
• T = R ATAU 1 = ∞
A 0
• KETERANGAN:
T = TAUHID (PRINSIP TAUHID)
A = ABDI ALLAH
R = RAHMATAN LIL ‘ALAMIN
• ERTINYA: APABILA DIMASUKKAN NO. 1 PADA ‘T’, DAN NO. 0 (NOL) PADA ‘A’, MAKA NILAI ‘R’ “MENDEKATI TAK TERHINGGA”.
• NO. 1 APABILA DIBAHAGI NOL HASILNYA HAMPIR MENDEKATI TAK TERHINGGA.
• ERTINYA, APABILA KITA MENUHANKAN ALLAH YANG SATU (T) & MELETAKKAN DIRI SEBAGAI HAMBA, DENGAN MEN”ZERO”KAN DIRI KEPADA-NYA. ALLAH AKAN MENOLONG KITA DENGAN KEKUATAN-NYA YANG LUAR BIASA.
-PENJELASAN ARY GINANJAR (PENGASAS ESQ) TENTANG RUMUS ZMP
ARY MENJELASKAN RUMUS ZMP DAPAT DILIHAT PADA KISAH KAP. ABD. RAZAK & KISAH NABI MUSA DISELAMATKAN ALLAH DARI FIRAUN
Sanggahan:
• PERKARA LUAR BIASA YANG DIMAKSUDKAN OLEH ESQ INI BOLEH DITERJEMAHKAN SEBAGAI KARAMAH ATAU MA’UNAH.
• MENURUT AQIDAH ISLAM, KARAMAH DAN MA’UNAH ADALAH SESUATU YANG TIDAK BOLEH DITUNTUT DAN TIDAK MEMILIKI RUMUSAN KHUSUS SEPERTI MANA YANG CUBA DIPAPARKAN OLEH ESQ MELALUI RUMUS ZMP.
• RUMUSAN INI AKAN MEMBAWA FAHAMAN BAHAWA SEMUA PERKARA-PERKARA LUAR BIASA YANG BERLAKU SAMA ADA KEPADA PARA NABI ATAU WALI BOLEH DILAKUKAN OLEH SESIAPA SAHAJA MELALUI RUMUS ZMP.
Dalam Buku ESQ:
_______________________________________
Bukti (3)- TAFSIRAN SALAH TERHADAP AL-ASMA’ AL-HUSNA.
KENYATAAN ARY GINANJAR BERKENAAN SUARA HATI OLEH KERANA ESQ MENGANGGAP SUARA HATI MANUSIA ADALAH TERPANCAR DARI NAMA-NAMA ALLAH, ESQ CUBA MENAFSIRKAN NAMA-NAMA ALLAH SWT SESUAI DGN SIFAT-SIFAT MANUSIA
• DALAM SATU SIMULASI, SEORANG MODERATOR TAMPIL DENGAN MEMBAWA SEJAMBAK BUNGA KE HADAPAN PARA PESERTA LALU MEROSAKKAN BUNGA TERSEBUT SEDIKIT DEMI SEDIKIT.
LALU, MUNCUL SEORANG PESERTA WANITA LALU MERAMPAS BUNGA TERSEBUT DARIPADA TANGAN MODERATOR. KEMUDIAN MODERATOR ESQ MERUMUSKAN BAHAWA SUARA HATI MANUSIA AKAN BERTINDAK APABILA MELIHAT SIFAT-SIFAT ALLAH IAITU ’CANTIK’ YANG TERDAPAT PADA BUNGA TERSEBUT CUBA DIROSAKKAN. KEMUDIA MENDAKWA ITU TANDANYA SIFAT ALLAH ’CANTIK’ TERDAPAT DALAM DIRI MANUSIA.
RAKAMAN AUDIO MODERATOR ESQ:
“ APA SIFAT BUNGA TUAN-TUAN? INDAH. SIFAT SIAPAKAH ITU? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DILINDUNGI? ALLAH! SIFAT SIAPAKAH YANG DIROSAKKAN? ALLAH! SEBETULNYA SIAPA YG DINODAI TUAN-TUAN? ALLAH!”
UCAPAN ‘MUQARRABIN’ DI SISI ESQ ADALAH MEMAHAMI KETINGGIAN GUNUNG EVEREST SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA TINGGI & KELUASAN ALAM SEBAGAI SIFAT ALLAH YG MAHA LUAS.
“MATAHARI ITU TUNDUK DAN TAAT KEPADA ALLAH,TUAN PUAN,APA KESIMPULANNYA? SEMUA YANG ADA DI ALAM SEMESTA INI SESUNGGUHNYA MEWAKILI SIFAT ALLAH, ITU CARANYA MEREKA TUNDUK DAN SUJUD KEPADA ALLAH! ”
ESQ JUGA MENDAKWA MANUSIA-MANUSIA ITU WAKIL SECARA LANGSUNG ALLAH.
ESQ MENAFSIRKAN SEMUA NAMA-NAMA ALLAH PADA DIRI MANUSIA TERMASUK NAMA-NAMA ALLAH YANG BERSIFAT KHUSUS BAGI ZAT-NYA SPT: AL-JABBAR, AL-MUTAKABBIR, AL-KHALIQ, AL-MUSAWWIR & AL-QAHHAR.
SANGGAHAN:
• KAEDAH MEMAHAMI AL-ASMA’ AL-HUSNA YG DIBENTANG OLEH ESQ BOLEH MEMBAWA (MUHIM) KEPADA INTIQAL @ HULUL @ ITTIHAD SIFAT ALLAH KE DALAM DIRI MANUSIA. IA BERDASARKAN PEMERHATIAN BERIKUT:-
• ESQ MENAFSIRKAN TIUPAN ROH (CIPTAAN) KU (ALLAH) SEBAGAI TIUPAN 99 NAMA/SIFAT ALLAH DALAM DIRI MANUSIA.
• ESQ MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DENGAN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK SPT DLM SIMULASI SIFAT ‘CANTIK’ PADA BUNGA & SELURUH ALAM YG DIKATAKAN MEWAKILI SIFAT ALLAH
• KAEDAH ESQ INI MENYALAHI AQIDAH BERDASARKAN HUJAH BERIKUT:-
• PENYANDARAN ROH KEPADA KATA GANTI NAMA AKU IAITU ALLAH ADALAH SEBAGAI PENGHORMATAN KEPADA KEJADIAN MANUSIA SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-QURTUBI. OLEH ITU ROH-KU BUKAN BERMAKSUD 99 SIFAT ALLAH SEPERTI YG DITAFSIR OLEH ESQ.
• MENYAMAKAN SIFAT ALLAH DGN SIFAT MAKHLUK SECARA MUTLAK MENYALAHI KAEDAH MEMAHAMI ASMA’ DAN SIFAT ALLAH SEBAGAIMANA DIJELASKAN OLEH AL-GHAZALI DLM AL-MAQSAD AL-ASNA SEPERTI BERIKUT:-
• PERSOALAN YANG TIMBUL: APAKAH YANG ESQ MAKSUDKAN APABILA MENGATAKAN 99 SIFAT ALLAH DITIUPKAN KE DALAM DIRI MANUSIA SEBAGAI FITRAH? ADAKAH IA ADALAH ‘AIN SIFAT ALLAH SWT?
• KAJIAN MENUNJUKKAN ESQ INGIN MENGATAKAN BAHAWA MANUSIA & ALAM MEWAKILI SIFAT2 ALLAH SECARA MUTLAK.
• NAMUN BEGITU ESQ CUBA MENYESUAIKAN MAKSUD NAMA-NAMA ALLAH ITU DENGAN MATLAMAT KURSUS IAITU MOTIVASI DIRI & KEPIMPINAN.
Ini bukti2nya tadi:
_____________
Bukti (4)- MENCAPAI KESEDARAN ROHANI MELALUI SUARA HATI.
SUARA HATI TERDAPAT PADA KESELURUHAN MANUSIA TANPA MENGIRA AGAMA DAN IANYA BERSIFAT UNIVERSAL. MANAKALA SOFTWARE BAGI SUARA HATI ITU IALAH NAMA-NAMA DAN SIFAT-SIFAT ALLAH SWT. SUARA HATI INI WUJUD APABILA ALLAH SWT MENIUPKAN KE DALAM DIRI SETIAP MANUSIA RUH CIPTAAN-NYA. MAKA SUARA HATI IALAH KUNCI SPIRITUAL.
ESQ MENDAKWA NABI MUHAMMAD SAW ADALAH PEMIMPIN YANG PALING KUAT BERPEGANG KEPADA SUARA HATI DAN LOGIK AKAL.
ESQMENDAKWA SOLAT ADALAH TUNTUTAN SUARA HATI & BUKANLAH UNTUK ALLAH NAMUN UNTUK KEPENTINGAN MANUSIA ITU SENDIRI.
SANGGAHAN:
• TAFSIRAN MAKNA ‘FITRAH’ DENGAN ‘SUARA HATI’ ADALAH MENYALAHI PARA ULAMA YANG MENAFSIRKANNYA DENGAN MAKNA ‘AGAMA ISLAM’.
• IA BERSESUAIAN DGN SABDA RASULULLAH SAW: “SETIAP BAYI DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH (SUCI DAN BERSIH). MAKA, KEDUA IBU BAPANYA YANG MENJADIKAN ANAKNYA SEBAGAI YAHUDI, NASRANI ATAU MAJUSI.”
• MENJELASKAN HADITH INI, IMAM NAWAWI BERPENDAPAT PANDANGAN PALING SAHIH IALAH SETIAP BAYI YANG LAHIR DIBERI KECENDERUNGAN ATAU KESESUAIAN UNTUK MENERIMA ISLAM.
• PARA ULAMA SEPERTI ULAMA AL-AZHAR KETIKA MENJAWAB BERKENAAN DENGAN HADITH MEMOHON FATWA DARIPADA HATI TELAH MENJELASKAN BAHAWA IA TERBATAS KEPADA HATI YANG TERDIDIK DI ATAS DIDIKAN YANG BAIK, TETAPI SEKIRANYA TIDAK MAKA HATI TIDAK MAMPU MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK MENENTUKAN BAIK DAN BURUK SESUATU PERKARA.
• BERFATWA DENGAN HATI JUGA BERTENTANGAN DENGAN TUNTUTAN BERPEGANG KPD AL-QUR’AN DAN AL-HADITH. IMAM AL-QURTUBI MENJELASKAN PERKARA INI SEBAGAIMANA YANG BERLAKU KPD GOL. SUFÍ MELAMPAU YANG GEMAR MENGAMBIL HUKUM HANYA BERDASARKAN HATI. Rujuk:
______________________________
Bukti (5)- ESQ MENDAKWA MENCAPAI KEBENARAN MELALUI PENCARIAN (TERMASUK PARA NABI TANPA MENYEBUT PERANAN WAHYU).
MENDAKWA MANUSIA MAMPU MENEMUI KEBENARAN DENGAN PENCARIAN SEBAGAIMANA BERLAKU KEPADA NABI MUHAMMAD SAW, NABI IBRAHIM AS DAN NABI MUSA AS. NABI MUHAMMAD MENCARI DI GUA HIRA’, NABI IBRAHIM PULA MENCARI MAKNA DIRI DI SEBALIK BINTANG, BULAN DAN MATAHARI. MANAKALA NABI MUSA MENCARI SELAMA 40 HARI DI GUNUNG THUR SAINA.
PENGASAS ESQ, ARY GINANJAR TURUT MERASAI PENCARIAN YANG SAMA SEPERTI NABI-NABI ITU, OLEH ITU DIA INGIN BERKONGSI BERSAMA ORANG LAIN LALU MEMAPARKANNYA DALAM BENTUK DRAMA SINGKAT IAITU KURSUS INI:-
• KENYATAAN BAHAWA NABI MUHAMMAD, NABI IBRAHIM DAN NABI MUSA MENEMUI KEBENARAN ATAU KESEDARAN ROHANI MELALUI PENCARIAN/USAHA SENDIRI ADALAH BATIL.
• INI KERANA NABI-NABI TERSEBUT MENERIMA KEBENARAN DENGAN WAHYU ALLAH SWT DAN BUKAN DENGAN PENCARIAN DAN PENGALAMAN.
• إِنَّ اللَّهَ اصْطَفَى آَدَمَ وَنُوحًا وَآَلَ إِبْرَاهِيمَ وَآَلَ عِمْرَانَ عَلَى الْعَالَمِين
SANGGAHAN:
NABI MUHAMMAD PERGI KE GUA HIRA MELALUI WAHYU DARIPADA ALLAH SWT. IA JELAS DALAM HADITH YANG DIRIWAYATKAN DARIPADA ‘AISYAH R.A. : “MULA-MULA WAHYU ALLAH SWT DITURUNKAN KEPADA RASULULLAH SAW IALAH DALAM BENTUK MIMPI-MIMPI YANG KEBENARANNYA SETERANG CAHAYA SIANG HARI, LALU KECINTAAN BER-KHALWAT (MENGASINGKAN DIRI) DILIMPAHKAN ALLAH SWT KEPADANYA…
NABI IBRAHIM PULA BUKAN MENCARI DAN MENEMUI KEBENARAN DI SEBALIK BULAN & BINTANG. SEBALIKNYA PERISTIWA ITU BERLAKU SETELAH NABI IBRAHIM TELAH PUN DIUTUS MENJADI NABI DAN MENYAMPAIKAN RISALAH ALLAH. PERISTIWA ITU HANYA SEBAGAI HUJJAH UNTUK MENUNJUKKAN KEBENARAN ALLAH SWT KEPADA KAUMNYA SEBAGAIMANA YANG DIJAWAB OLEH IMAM FAKHRUDDIN AL-RAZI.
• MANAKALA PEMERGIAN NABI MUSA KE THUR SAINA’ BUKANLAH UNTUK PENCARIAN ATAS DIRI SENDIRI TETAPI IA MERUPAKAN JANJI ALLAH SWT KEPADA NABI MUSA UNTUK MENERIMA RISALAH ALLAH (TAURAT). SEDANGKAN KETIKA ITU NABI MUSA TELAH PUN MENJADI RASUL.
• PERBUATAN PENGASAS ESQ MENGIASKAN DIRINYA DENGAN PARA NABI DALAM PENCARIAN SPIRITUAL ADALAH SESUATU YANG SALAH KERANA PARA NABI ADALAH GOLONGAN YANG DIPILIH OLEH ALLAH SWT SECARA KHUSUS SEBAGAI UTUSANNYA.
Buktinya:
_____________________
Penjelasan2 Penyelewengan & Kesesatan ESQ:
a) Perkara-perkara aqidah yang eksklusif di dalam Islam cuba difahami secara inklusif melangkaui agama-agama lain memandangkan para perserta kursus terdiri daripada pelbagai latar belakang agama dengan memutar-belit banyak perkara.
b) Menafsir secara salah terhadap kisah Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS yang dikatakan mencapai kesedaran rohani melalui pencarian dan pengalaman.
c) Membimbing supaya para peserta menuruti suara hati kerana ia adalah punca kebenaran dan Ihsan memandangkan nama-nama dan sifat-sifat Tuhan terletak di dalam God Spot.
d) Mentafsirkan al-Asma al-Husna tanpa berteraskan disiplin ilmu aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar, sebaliknya ESQ cuba memaksa dalam menterjemah nama-nama Allah bersesuaian dengan matlamat kursus iaitu untuk motivasi kepimpinan.
e) Mengemukakan tafsiran baru terhadap Iman, Islam dan Ihsan.
f) Mengadakan rumus ZMP yang didakwa punca manusia mendapat kekuatan atau perkara luar biasa.
g) Menganjurkan perbuatan-perbuatan ibadah Islam dengan disertai bersama oleh peserta bukan Islam.
Berdasarkan penghayatan dapatlah dinyatakan aspek penyelewengan ESQ ini:
1- Penyelewengan ESQ dari segi Akidah;
a) Mendakwa para Nabi mencapai kebenaran (kesedaran rohani) menerusi pengalaman dan pencarian (tanpa menyatakan peranan wahyu). Pengasasnya mengiaskan dirinya dengan para Nabi dalam pencarian mencari kebenaran sedangkan para Nabi dikurniakan wahyu oleh Allah SWT.
b) Menafikan eksklusivisme aqidah Islam dengan mengatakan bahawa rukun Iman, rukun Islam dan Ihsan bukan hanya eksklusif untuk umat Islam.
c) Mendakwa suara hati ialah punca kesedaran rohani (spiritual quotient/martabat ihsan) termasuk mendakwa Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin yang paling kuat berpegang kepada logika dan suara hati.
d) Tafsiran salah terhadap al-Asma’ al-Husna iaitu dengan mengatakan bahawa manusia dan seluruh alam adalah wakil 99 nama/sifat Allah SWT. ESQ mendakwa ‘fitrah’ bermaksud Allah SWT meniupkan 99 sifat-Nya ke dalam diri manusia. Di samping itu ESQ cuba menafsirkan semua nama-nama Allah SWT bersesuaian dengan matlamat kursus.
e) Mendakwa kekuatan luar biasa seperti mukjizat dan karamah boleh berlaku melalui rumus Zero Mind Process (ZMP). Dengan rumus ZMP ini, ESQ mengiaskan bahawa mukjizat Nabi Musa a.s. diselamatkan oleh Allah SWT daripada tentera Fir’aun boleh jua berlaku kepada orang lain iaitu seperti yang berlaku kepada juru terbang Kapten Abdul Razak.
2- Penyelewengan ESQ dari segi Syariah;
a) Mengadakan tafsiran baru terhadap Islam, Iman dan Ihsan dalam penjelasan berkenaan The ESQ Way 165 dengan diakhiri perbuatan memutar-belitkan ayat al-Qur’an “Pada hari ini aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu...”.
b) Sujud dengan tidak menurut hukum syara’ serta diikuti bersama peserta bukan Islam.
c) Simulasi dengan melakukan perbuatan-perbuatan haji dengan disertai bersama peserta bukan Islam.
d) Mengambil pedoman daripada golongan yang tertolak seperti menerima teori Kod 19 yang dibawa oleh Rashad Khalifah dan pandangan-pandangan ahli falsafah Barat tentang makna kebenaran.
Berdasarkan kenyataan umat Islam yang mengikuti dan prihatin dengan isu kesesatan ESQ ini dapat dikumpulkan pandangan umat Islam berkaitan ESQ adalah seperti berikut:
a) Pendekatan menggunakan penemuan sains bagi membuktikan kebenaran al-Qur’an tidak sesuai kepada umat Islam tetapi hanya sesuai buat bukan Islam dan golongan tidak mendapat pendedahan agama.
b) Pendekatan meluahkan rasa hati secara histerikal, khususnya ketika memohon ampun kepada Allah di khalayak ramai dengan menceritakan dosa masing-masing kepada umum.
c) ESQ sebagai satu kursus penyucian diri dengan kenyataan moderator ESQ, ”Pada hari ini, kamu telah dimuliakan sama seperti para Nabi dan orang-orang yang mulia”. Ia mirip dengan konsep agama Kristian.
d) Muzik latar yang sentiasa digunakan walaupun ketika berdoa, bersujud dan membaca al-Fatihah.
e) Terdapat percampuran antara aktiviti keagamaan dan hiburan.
f) Terdapat ciri-ciri ketaksuban alumni ESQ terhadap Ary Ginanjar, ia dibimbangi melahirkan kumpulan seperti al-Arqam.
g) Terdapat ciri-ciri Batiniah dalam takwilan yang dibuat ke atas rukun Iman, Islam dan Ihsan demi menyesuaikannya dengan kehendak Barat.
h) Terjemahan ke atas Nama-nama dan Sifat-sifat Allah diterjemahkan dengan terjemahan yang longgar dan tidak tepat serta tidak mengambil manfaat daripada tafsiran Nama-nama dan Sifat-sifat Allah daripada para ulama mu’tabar.
i) Ayat-ayat al-Qur’an dan al-Hadith digunakan menurut faham dan kehendak moderator ESQ secara semberono ketika mereka cuba mengupas teori-teori yang dikemukakan oleh para sarjana Barat.
KURSUS ESQ YANG MENYELEWENG
Pada permulaan kursus, para moderator akan meminta kepada semua peserta supaya mengosongkan minda termasuk segala pengetahuan, pangkat dan kekayaan bagi memastikan hati mereka benar-benar dapat memahami apa yang akan dilalui. Perkara ini dinamakan sebagai zero mind process.
1. Menurut mereka, kursus ini tidak memerlukan sebarang catatan nota atau buku rujukan sebaliknya hanya mendengar, melihat dan memerhati melalui gambaran perjalanan yang akan dipaparkan. Bagi mereka, melalui pengalaman perjalanan hidup, manusia mampu untuk menemui kebenaran sebagaimana yang berlaku kepada tiga nabi besar iaitu Nabi Muhammad SAW, Nabi Ibrahim AS dan Nabi Musa AS. Menurut ESQ, proses pencarian makna diri itu telah dilakukan oleh Nabi Muhammad melalui lima tahun di Gua Hira’. Nabi Ibrahim pula selama bertahun-tahun mencari makna diri di sebalik bintang, bulan dan matahari. Manakala Nabi Musa pula mencari selama 40 hari di Gunung Thur Saina’. Di dalam bukunya, pengasas ESQ turut menjelaskan bagaimana beliau telah menemui makna dirinya melalui pengalaman hidupnya yang penuh berliku.
2. Kaedah yang digunakan, para peserta akan dipaparkan dengan dua bentuk perjalanan iaitu outer journey dan inner journey. Outer journey iaitu sebuah perjalanan mengembara ke angkasa lepas sehingga menembusi alam cakerawala setakat yang dapat dilihat oleh teleskop hubble. Melalui perjalanan ini moderator akan menjelaskan bagaimana kebenaran al-Qur’an tentang permulaan penciptaan alam semesta. Manakala inner journey pula merupakan perjalanan menyingkap jauh ke dalam diri manusia. Ia melihat bagaimana kejadian tubuh badan fizikal manusia sehingga sampai kepada satu titik yang dipanggil sebagai God Spot. Pada titik tersebut terdapatnya nilai-nilai spiritual pada seluruh manusia tanpa disedari oleh diri manusia itu sendiri.
Sanggahan:
Kenyataan bahawa kesedaran rohani (spiritual quotient) mampu dicapai melalui pengalaman adalah sesuatu yang agak meragukan. Ini kerana pengajaran seumpama ini boleh mengubah persepsi Islam terhadap ilmu. Bagi Islam pengalaman hidup hanyalah merupakan satu panduan agar manusia lebih berhati-hati tetapi ia tidak boleh dijadikan sumber mencapai tahap kesedaran rohani. Islam meletakkan ilmu sebagai punca untuk mencapai kesedaran rohani, oleh kerana itu golongan yang paling berilmu dianggap sebagai golongan yang amat bertaqwa kepada Allah, firman Allah di dalam surah Fathir ayat 28:
”Yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah di kalangan hamba-hambaNya ialah orang-orang yang berilmu”.
Kenyataan bahawa ketiga-tiga nabi iaitu Nabi Muhammad, Nabi Ibrahim dan Nabi Musa menemui kebenaran atau kesedaran rohani melalui pencarian juga adalah tidak tepat. Ini kerana nabi-nabi tersebut menerima kebenaran dengan wahyu Allah SWT dan bukan dengan pencarian dan pengalaman. Di sini dikemukakan kebatilan hujah-hujah yang mengatakan para Nabi mencari sebelum menerima wahyu atau hidayah:-
a) Pencarian Nabi Muhammad SAW di Gua Hira’ : Kita tidak boleh mengatakan Nabi Muhammad menemui kebenaran dengan pencarian melalui usahanya sendiri sebaliknya ia merupakan wahyu daripada Allah SWT. Ia jelas dalam hadith yang diriwayatkan daripada ‘Aisyah r.a. : “Mula-mula wahyu Allah SWT diturunkan kepada Rasulullah SAW ialah dalam bentuk mimpi-mimpi yang kebenarannya seterang cahaya siang hari, lalu kecintaan ber-khalwat (mengasingkan diri) dilimpahkan Allah SWT kepadanya. Ia pergi berkhalwat di gua Hira tempat ia beribadah kepada Allah SWT terus menerus selama beberapa malam sebelum kembali (atau ia ingin berjumpa dengan) keluarganya. Ia membawa bekal makanan untuk persediaan dan pulang menemui Khadijah (istrinya) untuk mengambil lagi bekal makanan hingga wahyu secara tiba-tiba diturunkan kepadanya pada saat ia masih berada di gua itu”.
b) Pencarian Nabi Ibrahim di sebalik bulan dan bintang : Nabi Ibrahim juga tidak boleh dikatakan menemui kebenaran melalui pencarian dan pengalaman. Ini kerana peristiwa yang digambarkan di dalam surah al-An’am ayat 76-78 bukan menunjukkan Nabi Ibrahim mencari dan menemui kebenaran hasil daripada usaha diri sendiri. Sebaliknya peristiwa itu berlaku setelah Nabi Ibrahim telah pun diutus menjadi nabi dan menyampaikan risalah Allah. Peristiwa itu hanya sebagai hujjah untuk menunjukkan kebenaran Allah SWT kepada kaumnya. Imam Fakhruddin al-Razi membentangkan hujah-hujah untuk mengatakan peristiwa tersebut berlaku setelah Nabi Ibrahim menjadi Rasul. Antara hujah beliau ialah seperti berikut:-
الحجة الأولى : أن القول بربوبية النجم كفر بالإجماع والكفر غير جائز بالإجماع على الأنبياء.
“Hujah pertama: Bahawa pendapat tentang ketuhanan bintang adalah kufur dengan ijma’, sedangkan kekufuran adalah sesuatu yang tidak harus secara ijma’ ke atas para Nabi”.
الحجة الثانية : أن إبراهيم عليه السلام كان قد عرف ربه قبل هذه الواقعة بالدليل . والدليل على صحة ما ذكرناه أنه تعالى أخبر عنه أنه قال قبل هذه الواقعة لأبيه آزر : { أَتَتَّخِذُ أَصْنَاماً ءالِهَةً إِنّى أراك وقومك في ظلال مبين } [الأنعام : 74].
“Hujah kedua: Bahawa Nabi Ibrahim a.s. sebenarnya telah mengenal tuhannya sebelum peristiwa ini dengan dalil (al-Qur’an). Dalil tentang kebenaran apa yang kami sebutkan ialah Allah SWT memberitahu tentangnya, bahawasanya beliau (Nabi Ibrahim) telah berkata sebelum peristiwa ini kepada bapanya, Azar: Adakah kamu mengambil berhala-berhala sebagai tuhan, sesungguhnya aku melihat kamu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata”. (Surah al-An’am)
الحجة الثامنة : أن هذه الواقعة إنما حصلت بسبب مناظرة إبراهيم عليه السلام مع قومه ، والدليل عليه أنه تعالى لما ذكر هذه القصة قال : { وَتِلْكَ حُجَّتُنَا ءاتيناها إبراهيم على قَوْمِهِ } ولم يقل على نفسه ، فعلم أن هذه المباحثة إنما جرت مع قومه لأجل أن يرشدهم إلى الإيمان والتوحيد . لا لأجل أن إبراهيم كان يطلب الدين والمعرفة لنفسه.
“Hujah kelapan: Bahawa peristiwa ini terjadi dengan sebab perdebatan antara Nabi Ibrahim a.s. dengan kaumnya. Dalil tentangnya bahawa Allah SWT ketika menyebut kisah ini berfirman: Dan demikian hujah kami, kami datangkannya kepada Ibrahim buat kaumnya. Ayat ini tidak menyebut buat dirinya sendiri, maka dimaklumi bahawa perbahasan ini berlaku dengan kaumnya untuk memberikan mereka petunjuk kepada iman dan tauhid. Bukan dengan kerana Ibrahim mencari agama dan pengetahuan bagi dirinya sendiri” [2].
c) Pencarian Nabi Musa di Thur Saina’ : Berkenaan Nabi Musa pula, pemergian Musa ke Thur Saina’ bukanlah untuk pencarian atas diri sendiri tetapi ia merupakan janji Allah SWT kepada Nabi Musa untuk menerima risalah Allah (taurat). Ia disebut dengan jelas di dalam surah al-A‘raf ayat 142-144:
“Dan Kami telah janjikan masa kepada Nabi Musa (untuk memberikan Taurat) selama tiga puluh malam, serta Kami genapkan jumlahnya Dengan sepuluh malam lagi, lalu sempurnalah waktu Yang telah ditentukan oleh Tuhannya empat puluh malam. dan berkatalah Nabi Musa kepada saudaranya Nabi Harun (semasa keluar menerima Taurat): "Gantikanlah Aku Dalam (urusan memimpin) kaumku dan perbaikilah (Keadaan mereka sepeninggalanku), dan janganlah Engkau menurut jalan orang-orang Yang melakukan kerosakan”.
WALLAHU 'ALAM
www.abu-syafiq.blogspot.com kini www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Monday, May 31, 2010
SYIAH
Soalan: Assalamualaikum. Ustaz saya bertanya pasal Syiah. dah banyak kali saya email. Tolong jawab pasal Syiah. Saya di Selangor ada sahabat yang ikut Syiah. Mcm mana Syiah n ustaz. Blh ikut ke Ahlisunnah ke? sila jwb.
Jawapan:
Wa'alaikumussalam. Tidak harus mengikut ajaran Syiah samaada di Selangor atau dimana sahaja. Mereka bukan Ahli Sunnah. Sila baca penjelasan di bawah pasal SYIAH;
1. LATAR BELAKANG
Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.
2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :
a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.
b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.
c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.
2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :
a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)
Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.
b) Syiah Ismailiah
Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.
c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah
Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.
2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR
Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :
3.1 Pusat Pengajian Tinggi
Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.
3.2 Orang Awam
Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.
3.3 Menubuhkan Persatuan
Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.
4 PENYELEWENGAN SYIAH
Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:
4.1 Imam Adalah Maksum
Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.
4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati
Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.
Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83
4.3 Berpura-Pura
Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal
4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan
Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197
4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah
Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358
4.6 Menambah Syahadah
Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441
4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.
Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149
4.8 Menolak Ijmak Ulama’
Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51
4.9 Menolak Qias
Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:
4.10 Mengubah ayat al-Quran
Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.
4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam
Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:
4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.
Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330
4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan
Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:
Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab
4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.
Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :
Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah
5 Terakhir
KEPUTUSAN
"Keputusan berdasarkan kajian termasuk kajian luar dapat disimpulkan bahawa fahaman Syiah didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar”
Subscribe to:
Posts (Atom)