Search This Blog

Monday, April 26, 2010

Akidah 'Allah Bertempat' Akidah Kufur Terkeluar Dari Islam- JAKIM



Soalan:

Slm Ustaz. Saya ingin bertanya. Apakah hukum jika seseorang itu mempercayai Allah itu bertempat mempunyai ruang dan arah? Setahu saya sejak kecil umat Islam tidak pernah kata Allah itu bertempat atau dilingkungi ruang arah samaada tempat atas ataupun bawah. Tetapi sejak akhir-akhir ini ada sebahagian ajaran (seperti Wahhabi) yang mendakwa ALLAH BERTEMPAT. apa hukumnya orang iktikad macam tu Ustaz?

Jawapan:

Wa'alaikumussalam. Barangsiapa yang beriktikad Allah ta'ala itu bertempat maka dia sesat kerana itu bukan akidah Islam dan dia perlu kembali bertaubat memeluk Islam kerana dia telah menyamakan Allah dengan makhluk.

Pada kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM yang diterbitkan oleh JAKIM Bahagian Penyelidikan (1426H/2005M) pada Tajuk PENJELASAN TERHADAP 58 CIRI AJARAN SESAT DI MALAYSIA pada Nom (5) M/S 7 dinyatakan oleh JAKIM:

" Ajaran yang bertentangan dengan ajaran Islam dari beberapa sudut. Antaranya meletakkan Allah bertempat, Allah mengambil ruang dan berpindah-pindah dan Tuhan boleh bersatu
dengan makhluk".


JAKIM menyatakan lagi dalam ruang yang sama pada M/S 8:

" Ayat ini menjelaskan bahawa Allah tidak menempat, tidak mengambil ruang dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk.
Sebaliknya orang yang mendakwa begini sebenarnya tidak mengenal Allah
dengan pengenalan yang betul, kerana mengiktikadkan bahawa Allah
S.W.T itu boleh menjelma sebagai makhluk atau manusia, atau
menyifatkan Allah dengan sifat yang tidak layak dengan keagungan-
Nya. Orang yang menganggap Allah memasuki tubuh manusia atau
Dia terlipat pada suatu tempat dan keadaan maka orang itu adalah
kafir terkeluar dari agama Islam. Kerana dianggap ingkar apa yang
disepakati daripada Islam
". Tamat nukilan dari JAKIM

Maka, sesiapa yang berakidah Allah itu bertempat dan mengambil mana-mana ruang maka dia telah tersasar dari akidah sebenar kerana menyamakan Allah dengan makhluk dan wajib memeluk Islam kembali dengan mengucap 2 kalimah syahadah.


Dibawah ini adalah teks kenyataan JAKIM yang dinukilkan:






Seorang pegawai Akidah JAKIM pula mengatakan bahawa antara ciri pertama ajaran sesat adalah mendakwa Allah bertempat dan mengambil ruang. Rujuk:


________________

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Alhamdulillah Tuhan Sekalian alam. Alhamdulillah telah memberi hidayah kepada kita semua, jika bukan dengan pemberian hidayah Allah kepada kita, kita semua tidak akan mendapat hidayah kecuali Allah menetapkan hidayah kepada kita.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Muhammad Rasulullah,ahli keluarga baginda, para sahabat dan pengikut baginda.

Maka disini Kami katakan:

Wahai seluruh umat Islam!
Ketahuilah sesungguhnya kepercayaan bahawa "Allah ta'ala wujud tanpa bertempat" merupakan akidah junjungan besar kita Nabi Muhammad, para sahabat, ahlil bait baginda dan semua yang mengikut mereka dengan kebaikan.

ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT.

Ini kerana Allah ta'ala tidak memerlukan kepada makhluk-makhlukNya,azali dan abadinya Allah Tidak memerlukan kepada selainNya.
Maka Allah tidak memerlukan kepada tempat untuk diduduki dan tidak merlukan kepada benda untuk diliputiNya dan Dia tidak memerlukan kepada arah. Cukup sebagai dalil pada mensucikan Allah dari bertempat atau berarah itu dengan firman Allah ta'ala yang bermaksud:

" Tiada sesuatupun yang menyerupai Allah".

Sekiranya Allah bertempat maka sudah pasti bagiNya persamaan dan berukuran tinggi lebar, dalam, dan sesuatu yang sedimikian pastinya adalah makhluk dan memerlukan kepada yang lain menetapkan ukuran panjangnya, lebarnya, dalamnya. Demikian tadi dalil 'Allah Wujud Tanpa Bertempat' dari Al-Quran.

Manakala dalil dari hadith Nabi pula adalah apa yang telah diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan selainya dengan sanad yang sohih bahawa Rasulullah (selawat dan salam keatasnya) bersabda yang bermaksud:

"Allah telah sedia wujud (azali) dan selain Allah tiada sesuatupun yang sedia wujud (azali)".

Makna hadith Nabi tadi adalah Allah telah sedia ada pada azal lagi, tidak ada bersama Allah selainNya, air belum ada lagi, udara belum ada lagi, bumi belum wujud lagi, langit belum wujud lagi, kursi belum ada lagi, arasy belum ada lagi, manusia belum wujud lagi, jin belum wujud lagi, malaikat belum ada lagi, masa belum ada lagi, tempat belum wujud lagi dan arah juga belum wujud lagi.

Manakala Allah telah sedia wujud tanpa tempat sebelum tempat dicipta dan Allah tidak sama sekali memerlukan kepada tempat. Inilah yang dinyatakan dari Hadith Nabi tadi. Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) berkata:

" Allah telah sedia ada tidak bertempat dan Allah sekarang juga atas sediakalaNya tanpa bertempat".
Diriwayatkan oleh Imam Abu Mansour Al-Baghdady dalam kitabnya Al-farqu Bainal Firaq.

Dari segi akal, sebagaimana diterima akan kewujudan Allah ta'ala itu tanpa tempat dan tanpa arah sebelum adanya tempat dan arah maka benarlah kewujudan Allah itu setelah mencipta tempat Dia tidak bertempat dan tidak memerlukan arah.
Dalil ini semua, bukanlah menafikan kewujudanNya sepertimana yang dituduh oleh ajaran yang menjisimkan dan menyamakan Allah dengan makhluk pada zaman ini iaitu ajaran Wahhabiyah.

Kita mengangkat tangan ke langit ketika berdoa bukanlah kerana Allah berada dilangit akan tetapi kita mengangkat tangan ke langit kerana langit merupakan kiblat bagi doa, tempat terkumpulnya banyak rahmat dan berkat. Sepertimana kita menghadap ke arah ka'bah ketika solat tidaklah bererti Allah itu berada di ka'bah akan tetapi kerana ka'bah itu kiblat bagi solat. Inilah yang telah dinyatakan oleh para ulama Islam.

Saidina Ali (semoga Allah meredhoinya) turut menjelaskan:
" Akan kembali satu kaum dari umat ini ketika hampir hari kiamat kelak mereka menjadi kafir, lantas sesorang lelaki bertanya: ' Wahai amirul mu'minin! Kekufuran mereka itu disebabkan apa? kerana mengada-adakan sesuatu dalam urusan agama atau mengingkari sesuatu dalam agama?' Saidina Ali menjawab: Kekufuran mereka kerana mengingkari sesuatu dalam agama iaitu mereka mengingkari Pencipta mereka dengan menyifatkan Pencipta itu berjisim dan beranggota". Diriwakan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya berjudul Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tady.
Berkata Imam Zainul Abidin (semoga Allah meredhoinya): " Engkaulah Allah yang tidak diliputi tempat". Diriwayat oleh Al-Hafiz Az-Zabidy.

Imam Abu Hanifah menyatakan dalam kitabnya Fiqhul Absat: " Allah ta'ala telah sedia ada tanpa tempat, Allah telah sedia wujud sebelum mencipta makhluk, dimana sesuatu tempat itu pun belum wujud lagi, makhluk belum ada lagi sesuatu benda pun belum ada lagi, dan Allah lah yang mencipta setiap sesuatu.

Dinyatakan dengan sanad yang sohih oleh Imam Baihaqi dari Abdullah bin Wahb berkata:
" Ketika kami bersama dengan Imam Malik, datang seseorang lelaki lantas bertanya: 'Wahai Abu Abdillah Imam Malik! 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' bagaimana bentuk istiwa Allah? maka Imam Malik kelihatan merah mukanya kemudian beliau mengangkat wajahnya lantas berkata: 'Ar-Rahman 'Alal Arasyi Istawa' ianya sepertimana yang telah disifatkanNya dan tidak boleh ditanya bentukNya kerana bentuk itu bagi Allah adalah tertolak dan aku tidak dapati engkau melainkan seorang pembuat bid'ah! maka keluarkan dia dari sini".
Manakala riwayat yang berbunyi 'dan bentuk bagi Allah itu adalah dijahili' ianya riwayat yang tidak sohih.

Imam kita Imam Syafie (semoga Allah meredhoinya) telah berkata: " Barangsiapa mempercayai Allah itu duduk di atas Arasy maka dia telah kafir". Diriwayatkan oleh Ibnu Al-Mu'allim Al-Qurasyi dalam kitabnya Najmul Muhtady Wa Rojmul Mu'tadi.

Berkata juga Imam Ahmad bin Hambal (semoga Allah meredhoinya) : " Barangsipa yang mengatakan Allah itu jisim tidak seperti jisim-jisim maka dia juga jatuh kafir".Diriwayat oleh Al-Hafiz Badruddin Az-Zarkasyi dalam kitabnya Tasynif Al-Masami'.

Berkata Imam Ahli Sunnah Wal jamaah Imam Abu Hasan Al-Asy'ary dalam kitabnya berjudul An-Nawadir: " Barangsiapa yang mempercayai Allah itu jisim maka dia tidak mengenali Tuhannya dan sesungguhnya dia mengkufuri Allah".
Maka jelaslah dari kenyataan Imam Al-Asy'ary tadi bahawa kitabnya yang berjudul Al-Ibanah pada hari ini telah ditokok tambah.


Berkata Imam Abu Ja'far At-Tohawi yang mana beliau ini merupakan ulama As-Salaf As-Soleh: " Maha suci Allah dari mempunyai ukuran, penghujung, sendi, anggota dan benda-benda kecil dan Allah tidak diliputi dengan mana-amana arah enam sepertimana makhlukNya".
Beliau berkata lagi: " Barangsiapa yang menyifatkan Allah dengan sifat-sifat makhluk maka dia jatuh kafir".
Antara sifat makhluk adalah bergerak,duduk diam, turun, naik, bersemayam, duduk, berukuran, bercantum,berpisah,berubah, berada di tempat,berarah, berkata-kata dengan huruf, suara, bahasa dan lain-lain.

Telah dinukilkan oleh Imam Al-Qorofy dan Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dan selainya menukilkan kenyataan bahawa: " Imam Syafie, Imam Malik Imam Ahmad dan Imam Abu Hanifah (semoga Allah meredhoi mereka) berkata bahawa jatuh hukum kufur bagi sesiapa yang berkata Allah itu ber-arah dan berjisim dan benarlah penghukuman Imam-imam tadi".

Wahai seluruh orang-orang muslim.
Kami mengakhiri penjelasan ini dengan ungkapan kaedah yang dinyatakan oleh Imam Ahmad Bin Hambal (semoga Allah meredhoinya): " Segala yang terbayang dibenak fikiranmu maka ketahuilah bahawa Allah tidak sedemikian" . Dan ini merupaka kaedah yang telah disepakati disisi seluruh ulama Islam.

Berkata Imam kita Abu Bakar (semoga Allah meredhoinya): "Merasai diri itu lemah dari membayangi zat Tuhan maka itulah tauhid mengenal Tuhan dan memcari-cari serta membayangkan zat Tuhan itu pula adalah kufur dan syirik".

Alhamdulillah kita berada dalam akidah yang benar ini, memohon kepada Allah ta'ala agar mematikan kita diatas pegangan ini. Amin ya Arhamar Rohimin Wa akhiru da'wana 'anil hamdulillahi robbil 'alamin.


______________________


SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHONY MENILAI (MENOLAK) AKIDAH ALLAH DI LANGIT DAN BERTEMPAT.



Berkata Al-Alim Al-Allamah Al-‘Arif Al-Rabbany Maulana Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;

“ Dan ketiga Mukhalafatuhu Lil Hawaditsi :
Dan maknanya : Bahawasanya Allah Taala tiada bersama ia dengan segala yang baharu, tiada pada zatNya, dan tiada pada sifatNya dan tiada pada af’alNya (perbuatanNya). Maka zat Allah tiada menyerupa akan dia segala zat yang baharu, dan sifatNya tiada menyerupa akan dia akan segala sifat-sifat yang baharu, dan perbuatanNya tiada meyerupa akan dia akan segala perbuatan yang baharu, dan setiap barang yang terlintas dengan hati seorang kita akan sesuatu maka bahawasanya Allah Taala itu bersalahan baginya kerana sekalian itu baharu[1]. Maka Allah itu bersalahan dengan segala yang baharu seperti firman Allah Taala :
Yang bermaksud :
“Tiada seperti seumpamanya Allah Yang Maha Suci suatu dan Dialah jua Tuhan Yang Amat Mendengar dan Yang Lagi Amat Melihat”.[2]
Dan tiada Allah Taala itu bertempat[3], dan tiada Ia di atas[4], dan tiada Ia di bawah, dan tiada ia di kanan, dan tiada di kiri, dan tiada pada hadapan, dan tiada di belakang,[5] kerana adalah sekalian itu melazimkan jirim, dan Allah Yang Maha Suci tiada berjirim, dan tiada Aradh. Kerana adalah segala yang baharu itu terhingga atas dua perkara iaitu jirim dan aradh maka tempat dan berubah itu sifat jirim dan sifat aradh. Demikian lagi besar dan kecil itu sifat jirim yang banyak dan sedikit kerana jikalau banyak jirim dinamakan besar dan yang sedikit dinamakan kecil. Dan berubah itu sifat aradh seperti gerak dan diam maka kedua-duanya itu daripada kelakuan yang baharu dan Allah Yang Maha Suci itu Qadim[6] tidak boleh disifatkan dengan segala sifat yang baharu. Dan barangsiapa menghinggakan zat Allah Taala pada tempat maka tiada syak ia pada kufurnya seperti katanya allah taala itu terhingga di atas langit atau pada bumi.

Seterusnya berkata lagi Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony ;
” Kata Imam Syafie ; Barangsiapa yang meninggalkan empat perkara ini sempurna imannya, dan iaitu (kam ),dan (kaif), dan (mata), dan (aina), maka adapun (kam) maka dinyatakan dengan dia menuntut kenyataan bilangan maka jika dikata orang ; Kamillah ? Yakni “ berapa Allah?” maka jawab olehmu : iaitu wahid yakni Esa pada zatNya dan pada sifat-sifatNya dan pada perbuatanNya. Dan (kaif) iaitu ditanya dengan dia daripada kaifiat maka jika ditanya orang : kaifallah? Yakni “ betapa Allah (bagaimana rupa Allah?)” maka jawab olehmu ; tiada mengetahui seseorang akan hakikat zat Allah melainkan Ia jua. Dan (mata) itu tiada dengan dia daripada zaman (masa) maka jika dikata orang : Matallah? Artinya ; manakala didapati Allah? (bilakan Allah Taala wujud?) maka jawab oleh mu : Allah Taala itu awalnya tiada permulaan dan akhir tiada kesudahan. Dan (aina) dan tiada dengan dia daripada makan (tempat), maka jika dikata orang : Ainallah?[7] (di mana Allah?) maka jawab oleh mu : Allah itu tiada bertempat dan tiada dilalu atasnya masa kerana zaman (masa) dan makan (tempat) baharu keduanya.
Bermula Allah taala itu Qadim dan yang Qadim tiada berdiri dengan yang baharu dan barangsiapa yang menyerupakan Allah , Tuhan yang bersifat dengan Rahman dengan suatu maka tiada syak pada kufurnya. Maka takut olehmu akan diri kamu dan pelihara akan dia daripada menyerupa ia akan Allah dengan suatu bahagi daripada bahagi yang baharu ini maka demikian itu kufur. Dan sungguhnya wajib bagi Allah itu mukhalafah (bersalahan) bagi segala yang baharu kerana bahawasanya jikalau menyama ia akan dia nescaya adalah baharu seumpamanya. Dan telah terdahulu pada burhan wajib qidamnya dan baqa’nya dan wajiblah ia bersifat Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi, dan apabila sabitlah baginya Mukhalafatuhu Lil Hawwaditsi nescaya nafilah daripadanya Mumatsilah Lil Hawaditsi ( bersamaan Allah pada segala yang baharu). Selesai nukilan penulis (abu lahyah) daripada Kitab Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah”[8]

…………………………………………………….
FOOTNOTE ;
[1]Berkata Imam As-Suffi Zunnun Al-Mishry (nama asalnya ialah Tsauban Bin Ibrahim, pernah mempelajari ilmu secara bertallaqqi dengan Imam Malik pada qurun ke 12 Hijrah) dan Imam Ahmad Bin Hanbal : “ walaubagaimana engkau membayangkan Allah Taala, maka Allah bersalahan dengan apa yang engkau bayangkan atau gambarkan ”.
[2] Allah Taala berfirman ; “Tiada sesuatu pun sama dengan Allah dan Dialah yang Maha Mendengar dan Maha Melihat.” Surah Syura Ayat ;11.
[3] Sayyidina Ali Radiallahu Anhu (40 H) yang merupakan seorang khalifah al_Rasyidin yang keempat dan seorang sahabat yang agung telah berkata:“ Adalah (Allah azali) tanpa bertempat, dan Dia sekarang seperti mana keadaanNya yang lalu ( wujudnya azali tanpa bertempat)”. Lihat Abu Mansur al-Baghdady, Al-Farqu Bainal al-Firaq, ( Kaherah, Percetakan Darul Al-Turats), m/s :356. Imam Ali berkata lagi : “Akan kembali suatu kaum daripada umat ini ketika dekat berlaku hari kiamat menjadi kafir mereka itu, lalu berkata seorang lelaki bertanya : wahai Amir al-Mukminin kekafiran mereka dengan apa, dengan sebab mereka melakukan perkara bida’ah ke dengan sebab keingkaran mereka? Maka berkata (Imam Ali) : Bahkan dengan keingkaran. Mereka mengingkari percipta mereka dan mensifatkanNya dengan jisim dan anggota.” Rujuk Ibn Al-Mu’allim Al-Qurasyi, Kitab Najmul Muhtady, m/s 588.
[4] Berkata Imam Abu Hanifah di dalam kitab Al-Fqh Al-Absath m/s 12 : “ barangsiapa mengatakan aku tidak mengetahui tuhanku sama ada berada dilangit atau dibumi maka kufurlah ia, begitu juga sesiapa yang mengatakan bahawa Allah berada di atas Arash dan aku tak pasti tahu sama ada Arash itu di langit ataupun dibumi. Perkara ini dipersetujui oleh Syeikh al-Izz Ibn Abd As-Salam di dalam kitab ((Hal Al-Rumuz)) lalu berkata : “ini adalah kerana perkataan itu mengelirukan atau menisbahkan bagi Allah tempat, barangsiapa menisbahkan bagi Allah tempat maka dia adalah Mushabbihah”. Manakala Syiekh Mulla ‘Ali Qari Al-Hanafi berkata di dalam kitab syarh kitab Fiqh Al-Akbar ; dan tidak syak lagi bahawa Ibn Izz Abd Salam merupakan ulamak yang paling mulia dan amat dipercayai, ,maka wajiblah dipegang dan bergantung pada nukilannya’. Selain Itu Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy berkata : “ Dan sesiapa yang mengatakan : aku tidak mengetahui sama ada Allah itu berada di langit atau dibumi maka kufurlah ia, ini adalah kerana dengan mengatakan salah satu dari dua pernyataan tadi menjadikan tempat bagi zat Allah Taala.” Rujuk Imam Al-Allamah Abu Al-Mahasin Muhammad Al-Qauqaji Al-Thorabulusi Al-Hanafiy , Kitab Al-I’timad fil I’tikoq ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, Cetakan Pertama, Tahun : 2004 Bersamaan 1425 H) m/s 13.
[5] Berkata Imam At-Thahawiy As-Salafiy : ” Maha Suci (Allah) Taala daripada batasan, tinggi kemuncak, beranggota kecil (spt jari-jemari), anggota besar, memerlukan alat perantaraan, tidak juga sekali-kali meliputi arah-arah yang enam (atas bawah, depan belakang, kiri dan juga kanan) seperti sekalian makhluk. Seterusnya beliau menambah “ barangsiapa mengsifatkan Allah sengan satu makna atau sifat makhluk daripada sifat-sifat makhluk, maka telah jatuh kafir ia” Rujuk Muhaddits Syeikh Abdullah Al-Harary, Idzhar As-Sunniyyah ( Beirut, Percetakan Darul Masyari’, tahun ).
[6] Tiada permulaan bagi kewujudan-Nya.
[7] Terdapat satu hadits yang diguna oleh golongan wahhabi untuk mengatakan Allah berada di langit iaitu Hadits Al-Jariyah. Hadis Al-Jariyah sebuah hadis yang mengandungi peristiwa pertanyaan Rasulullah kepada seorang jariyah (hamba perempuan) yang telah diriwayatkan dalam pelbagai lafaz oleh beberapa ulama hadis seperti al-Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim, Bab Tahrim al-Kalam fi al-Salah, al-Imam Abu Dawud dalam kitabnya Sunan Abi Dawud, Bab Tashmit al-^Atish dan Bab fi al-Raqabati`l-Mu’minah, al-Imam Malik dalam kitabnya al-Muwatta’, Bab Ma Yajuz Mina`l-^Itq fi al-Riqab al-Wajibah, al-Imam al-Bayhaqi, al-Imam Ahmad, al-Imam Ibn Hibban dan lain-lain lagi. Hadits Jariyah ini bukan Bermakna Allah berada di atas langit.

MAKNA HADIS AL-JARIYAH
Hadis tersebut mudtarib (suatu hadis yang diriwayatkan dengan lafaz matannya yang berbeza-beza dan saling bertentangan sehingga menjadikannya dihukumkan sebagai hadis da^if ). Meskipun ada ulama yang menganggap hadis tersebut sebagai sahih, namun mereka tidak mengertikan bahawa Allah mendiami atau berada di langit. Al-Imam al-Nawawi telah berkata dalam huraiannya terhadap hadis tersebut bahawa perkataan ” أَيْنَ الله” (Di mana Allah?) adalah suatu soalan tentang darjat atau kedudukan, bukannya tentang tempat. Oleh itu, makna perkataan Baginda di atas ialah: “Apakah peganganmu dari segi pengagunganmu terhadap Allah?”. Selanjutnya, perkataan hamba perempuan في السماء (di langit) itu pula bermakna: “Sangat tinggi tahap pengagunganku terhadap-Nya”. Oleh itu, tidak boleh berpegang bahawa Rasulullah telah bertanya kepada hamba perempuan tersebut tentang tempat (bagi Allah) dan tidak boleh berpegang bahawa hamba perempuan itu telah bermaksud Allah bertempat di langit.
Sayyidina Ali Radiallahu anhu berkata:
لا يُقَالُ أَيْنَ لِمَنْ أَيَّنَ الأَيْنَ(ذكره أبو القاسم القشيري في الرسالة القشيرية)
Maknanya:”Tidak boleh dikatakan (disoalkan tentang) di mana (tempat) bagi Allah yang telah menempatkan di mana (tempat). (Disebutkan oleh Abu`l-Qasim al-Qushayri dalam al-Risalah al-Qushayriyyah).Al-Imam Abu Hanifah berkata dalam kitabnya al-Fiqhu`l-Absat:
كَانَ قَبْلَ الْمَكَانِ, كَانَ وَلَمْ يَكُنْ أَيْنٌ وَلا خَلْقٌ وَهُوَ خَالِقُ كُلِّ شَيْءٍ
Maknanya: “Dia (Allah) ada (azali) sebelum (kewujudan) tempat. Dia ada (azali) dengan keadaan belum ada suatu (penciptaan) tempat dan suatu (penciptaan) makhluk yang lain, dan Dia adalah pencipta segala sesuatu”.
Allah taala berfirman:
ليس كمثله شيء ( 11) – سورة الشورى
Maknanya: “Tiada suatu pun yang sama seperti-Nya (Allah)”. (Surah al-Shura: 11)
Rasulullah bersabda:
كَانَ اللهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ(رواه البخاري وغيره)
Maknanya: “Allah ada (azali yakni ada tanpa permulaan) dan tiada sesuatu pun selain-Nya”. (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya).
[8]Lihat Syeikh Daud Bin Abdullah Al-Fathony , Al-Jauhar As-Saniyyah Fi Syarhi Al-‘Aqoid Al-Diniyyah Wa Ahkam Al-Fiqhi Al-Mardhiyyah Wa Thoriqi Al-Suluki Al-Muhammadiyyah ( Thailand , Percetakan Maktabah Wa Mathba’ah Muhammad Al-Nahdi Wa Aulad, tahun : tiada ) m/s 6,7.

Friday, March 26, 2010

BERSAMA ULAMA KETURUNAN NABI






SEMUA DIJEMPUT KE SYARAHAN PERDANA BERSAMA ULAMA BERKETURUNAN RASULULLAH.

BERTAJUK: "ISLAM ANTI TERRORIST" .

PENCERAMAH: DR. SYEIKH SALIM ALWAN AL-HASANIY.

JAWATAN: PENGERUSI MAJLIS TERTINGGI ISLAM AUSTRALIA.

KETURUNAN: BERKETURUNAN NABI MUHAMMAD DARI SILSILAH CUCU BAGINDA SAIDINA HASAN.

KEPAKARAN: ILMU AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH & ILMU HADITH NABAWI.

KITAB TERBARU BELIAU: TAFSIR ULIN NUHA FI SYARHI AYAT ARRAHMAN 'ALAL 'ARSYI ISTAWA.

SUMBANGAN DALAM DIDIKAN DAKWAH: MEMPUNYAI ANAK MURID DI SELURUH DUNIA TERUTAMA DI ASIA.

JADUAL CERAMAH-CERAMAH BELIAU DI MALAYSIA PADA TAHUN 2010M ADALAH SEPERTI BERIKUT;


1-

29/03/2010M ISNIN SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI SELANGOR: MASJID SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH, SHAH ALAM, SELANGOR (MASJID NEGERI SELANGOR).
_______________________________________


2-

30/03/2010M SELASA SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI KUALA LUMPUR: MASJID AMANIAH KEPONG, KUALA LUMPUR.
____________________________________


3-

31/03/2010M RABU SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI PAHANG: MASJID BESAR ASY-SYAKIRIN, MARAN PAHANG.
_________________________


4-

1/4/2010M KHAMIS SELEPAS MAGHRIB, BERTEMPAT DI PAHANG: MASJID TOK SIRA, KUANTAN PAHANG.
_______________________________________


5-

2/4/2010M (JUMAAT) PAGI HINGGA MALAM, BERTEMPAT DI KELANTAN.
________________________________________


* PENCERAMAH ADALAH MEMPUNYAI TAULIAH & TERJEMAHAN KE BAHASA MELAYU DISEDIAKAN.

Jika ada apa-apa kemusykilan dan mahu info terbaru sila hubungi 019-3801979


(Ini ruang iklan untuk kebaikan bersama)

Friday, March 12, 2010

MENJAWAB FITNAH KE ATAS SYEIKH AL-HARARI




MENJAWAB TUDUHAN PALSU&KHIANAT YANG DILEMPARKAN KE ATAS SYEIKH AL-MUHADDITH IMAM ABDULLAH AL-HARARI

Alhamdulillah, Wassolatu Wassalam ‘ Ala Rasulillah.

Awwalan, saya mengharapkan sesiapa yang membaca tulisan ini agar menghadirkan keikhlasan dalam diri bertujuan menegakkan kebenaran dan bukan mencari pertelingkahan buruk juga fitnah yang tidak henti-henti. Diharap agar para pembaca mengfokuskan pada setiap tulisan dan jawapan serta mengkaji dan menilai ianya dengan penuh amanah dan jujur.

Keduanya, untuk makluman pembaca, saya akan nukilkan tuduhan-tuduhan terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari dari tulisan si penuduh sendiri pada beberapa helaian kertas yang kini ianya ada pada tangan saya ( bukan website atau majalah ) tanpa mengubahnya, kemudian saya akan menjawab tuduhan-tuduhan palsu tersebut secara ilmiah bersumber dari rujukan kitab Syeikh Abdullah Al-Harari sendiri.

Disini juga saya menasihatkan diri saya dan para pembaca bahawa wajib ke atas kita mempelajari ilmu agama dari para ilmuan yang thiqah dan amanah lagi adil agar ilmu yang kita sampaikan jua diberkati Ilahi.
Sabda junjungan besar kita Nabi Muhammad:
” يحمل هذا العلم من كل خلف عدوله ينفون عنه تحريف الغالين وانتحال المبطلين و تأويل الجاهلين”.

Jawapan Ilmiah Ke Atas Tuduhan Palsu Terhadap Syeikh Al-Muhaddith Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.

Kenyataan Penuduh ( 1 ):

“ Al-Habasyi mendakwa bahawa Jibril yang mengungkapkan lafaz-lafaz al-Quran dan bukan Allah. Maka al-Quran menurut dakwaan mereka adalah bukan kalam Allah tetapi merupakan ibarat daripada kalam Jibril sebagaimana termaktub dalam kitab al-Habasyi
Izhar al-Aqidah al-Sunniyah hal. 591”.

Mari kita rungkaikan ayat penuduh di atas dan menjawabnya secara ilmiah ;-

1- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi mendakwa al-Quran bukan kalam Allah.

2- Penuduh memfitnah kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril.

3- Penuduh mendakwa kesemua kenyataan tersebut di atas termaktub dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halama 591.

Jawapan ilmiah ( 1 ) :

Setelah mengkaji kitab-kitab Syeikh Al-Habasyi termasuk kitab Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada setiap halaman didapati tiada satupun kenyataan seperti yang dituduh dalam mana-mana karangan Syeikh Al-Habasyi sama ada secara lafaz ataupun makna.
Tetapi yang wujud amat berbeza dengan apa yang dituduh, yang pastinya kenyataan Syeikh Al-Habasyi bahawa al-Quran adalah Kalam Allah banyak terdapat dalam kitab karangan beliau dan ini teks-teksnya:-

1-
” فقول المؤلف ( الامام الطحاوي ) و ان القرءان كلام الله منه بدا بلا كيفة قولا معناه أن القرءان من الله بدا أي
ظهرأي انزالا على نبيه “.
Erti: “ Kenyataan Imam At-Tohawi : ‘ al-Quran itu merupakan Kalam Allah daripadaNya bada kata-kata tanpa berbentuk’ maknanya al-Quran itu daripada Allah bada iaitu terbit bererti diturunkan ke atas nabiNya ”.

2-
” فقولنا القرءان كلام الله “
Erti: “ Maka kenyataan kita al-Quran adalah Kalam Allah ”.

Kedua-dua kenyataan Syeikh Al-Habasyi di atas tadi tertera dalam kitab beliau Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah cetakan ketiga Da Al-Masyari’ tahun 1417H-1997M pada halaman 83.

Ini membuktikan bahawa dakwaan si penuduh adalah dusta.

Begitu juga di dalam kitab Syeikh Al-Habasyi berjudul Bughyah Tolib cetakan ketiga Dar Al-Masyari’ tahun 1416H-1996M pada halam 18 tertera kenyataan Syeikh yang amat bercanggah dengan apa yang difitnah oleh si penuduh dan ini dia teks Syeikh Al-Habasyi:-

Teks Syeikh Al-Habasyi (1) : -
“القرءان والتوراة والإنجيل والزبور وسائر كتب الله إن قصد بها الكلام الذاتي فهي أزلية ليس بحرف ولا صوت وإن قصد بها اللفظ المنزل الذي بعضه بلغة العرب وبعضه بالعبرانية وبعضه بالسُّريانية فهو حادث مخلوق لله لكنها ليست من تصنيف ملَك ولا بشر”.

Erti: “ al-Quran, Taurat, Injil Zabur dan seluruh kitab-kitab Allah, sekiranya semua itu dimaksudkan dengan Kalam Allah Yang Zatiy (sifat Kalam Allah) maka ianya adalah azali tiada permulaan dan bukan berhuruf dan tidak juga dengan suara, dan sekiranya di maksudkan semua itu dengan Lafaz al-Munazzal (lafaz yang diturunkan) yang mana sebahagiannya berbahasa Arab,Ibraniyah dan Suryaniyah maka ianya adalah ciptaan Allah tetapi perlu diingatkan bahawa (al-Quran, Taurat, Injil, Zabur dan seluruh kitab Allah) bukanlah dari karangan mana-mana malaikat dan bukan juga karangan manusia”.

2-Teks Syeikh Al-Habasyi (2) : -

فهي عبارات عن الكلام الذاتي الذي لا يوصف بأنه عربي ولا بأنه عبراني ولا بأنه سرياني وكلٌّ يطلق عليه كلام الله”
Erti: Lafaz al-Munazzal itu adalah menunjukkan kalam Allah Yang Zatiy ( sifat Kalam Allah ) yang mana sifat Kalam bagi Allah itu tidak harus dikatakan sebagai bahasa Arab atau bahasa Ibrani atau bahasa Suryani dan ketahuilah bahawa kedua-duanya adalah kalam Allah.

Kenyataan Syeikh Al-Harari tersebut amat jelas beliau beraqidah bahawa al-Quran itu adalah kalam Allah, tidak kiralah apa yang hendak dimaksudkan samaada sifat kalam Allah ataupun Lafaz al-Munazzal, al-Quran tetap kalam Allah.

Berkata Syeikh Al-Muhadditn Al-Harari Al-Habasyi lagi pada hal ini seperti termaktub dalam kitab beliau berjudul Syarhul Qawim Fi Halli Alfaz Sirotul Mustaqim cetakan pertama Dar Masyari’ tahun 1419H-1999M halaman 128 teksnya:

“صفة الكلام القائمة بذات الله تعالى يقال لها كلام الله واللفظ المنزل الذي هو عبارة عنه يقال له كلام الله والإطلاقان من باب الحقيقة”
Erti: “ Sesungguhnya sifat kalam bagi zat Allah ta’ala dinamakan sebagai Kalam Allah dan begitu juga Lafaz al-Munazzal yang menunjukkan kepada sifat kalam Allah dinamakan sebagai Kalam Allah, sandaran kedua-dua itu sebagai Kalam Allah adalah
dari segi hakikat kebenaran”.

Kenyataan di atas merupakan pembuktian bahwa dakwaan penuduh kononnya Syeikh Al-Habasyi dan anak-anak murid beliau mendakwa al-Quran adalah ibarat daripada kalam Jibril (rujuk tuduhan nom 2) merupakan tuduhan yang palsu kerana amat jelas Syeikh Al-Habasyi mengatakan al-Quran itu juga adalah ibarat yang menunjukkan kepada Kalam Allah dan bukan kalam Jibril.

Pada kehematan para pengkaji pastinya amat jelas pendirian dan pegangan Syeikh Al-Habasyi mengenai al-Quran dan bukanlah seperti yang dituduh.
Sekali lagi saya memohon kepada sesiapa yang menuduh dan memfitnah Syeikh Al-Habasyi agar membawa teks asal dari kitab Syeikh sendiri dan bukan dari orang ketiga yang tiada amanah.

* Perkara yang amat memalukan si penuduh adalah apabila penuduh mendakwa kononnya kenyataan Syeikh Al-Habasyi termaktub dalam kitabnya berjudul Izhar al-Aqidah al-Sunniyyah pada halaman 591. Apabila di lihat kesemua cetakan pada buku tersebut tidak adapun sampai halaman 500, bagaimana pula boleh wujud halaman 591?!.
Siapa yang mewahyukan kepada si penuduh?! Ruh Muhammad Bin Abdullah Wahhab ke yang bangkit dari kubur datang memwahyukan kepada si penuduh?! atau kasyaf automatical dari si penuduh sendiri?!.

Sebenarnya halaman kesemua kitab tersebut hanya sampai kepada 371 atau 380 halaman mengikut cetakan-cetakan yang berbeza dan tidak wujud halaman 591!.

Pembaca sekalian, tuduhan palsu itu sebenarnya satu fitnah berbodyguardkan hasad dan dengki terhadap ulama Islam Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi.

Busuk sungguh hati si penuduh terhadap ulama Islam. Lagilah tuduhan tanpa bukti itu pada perkara aqidah.
Ini berbeza dengan tindakan ulama Islam apabila menolak fahaman sesat seperti Syiah & Wahhabi, mereka akan menyatakan secara jelas dan terang dinukilkan secara fakta dan dinilai secara ilmiah tanpa tuduhan dan fitnah walaupun terhadap musuh Islam sendiri.

Amat jelas akibat buruk apabila seseorang itu tidak memahami ilmu aqidah khususnya permasalahan sifat Kalam bagi Allah.
Mereka akan semborono menuduh ulama tanpa memahami perbincangan ulama secara displin ilmu dan jujur.

Ketahuilah antara aqidah Islam adalah Allah ta’ala bersifat Kalam ( berkata-kata ) tanpa huruf dan tanpa suara, manakala kita manusia berbicara dan bercakap mengunakan huruf dan suara. Inilah yang dinyatakan oleh seluruh ulama Islam antaranya Imam Abu Hanifah di dalam kitabnya berjudul Fiqhul Absot :
“ويتكلم لا ككلامنا نحن نتكلم بالآلات من المخارج والحروف والله متكلم بلا ءالة ولا حرف”
Bermaksud: : “ Dan (Allah) berkata-kata tidak seperti kita (manusia) berkata-kata, kita bercakap mengunakan alat-alat dari tempat keluar huruf dan dengan huruf, Allah pula berkata-kata tanpa mengunakan apa-apa alat dan tanpa huruf ”.

Alhamdulillah kerana aqidah kami, Syeikh Abdullah Al-Harari, Imam Abu Hanifah dan seluruh ulama Islam yang lain adalah sama.

* Wa akhiran,
dalam menjawab tuduhan ( 1 ) perlu direnung beberapa perkara.
Yang sepatutnya dilakukan oleh si penuduh dalam hal ini adalah mengawasi orang awam daripada berpegang dengan aqidah Wahhabi
kerana Wahhabi beraqidah salah:
(Allah bersifat kalam dan sifat kalam Allah adalah dengan berhuruf dan suara yang berbeza-beza berlaku pada zat Allah sesuatu yang baharu dan ada kalanya Kalam Allah itu terputus-putus kemudian ada semula kemudian terputus-putus).
Lihat kitab Wahhabi berjudul Kawasyhiful Jaliyah ‘Ala Ma’ani Al-Wasitiyah mukasurat 220 dan kitab Wahhabi Najatul Khalf halaman 25.

Begitu juga Wahhabi memalsukan kitab As-Sunnah dan menyatakan aqidah mereka pada kitab tersebut m/s 77 (terjemahan teks Wahhabi): “ Allah berkata-kata dengan nabi Musa, dan sifat kalam Allah menggunakan mulut Allah, dan peristiwa penyerahan kitab Taurat berlaku dengan tanganNya ke tangan Musa ”.

Adakah Wahhabi hendak samakan Allah dengan bos yang memberi watikah kepada anak buahnya seperti Wahhabi mendakwa Allah lendik duduk atas arasy?!!
Maha suci Allah daripada kata-kata pelampau agama.

Mentahzir dan berjaga-jaga dengan aqidah sesat Wahhabi…inilah yang sepatutnya dilakukan oleh kita dan si penuduh jua. Bukannya memfitnah dengan menuduhkan tuduhan-tuduhan palsu tanpa bukti lagi khianat.

Akan bersambung pada menjawab tuduhan seterusnya…

Allahu Subhanahu Wata’ala A’la Wa A’lam.

Sunday, December 27, 2009

GAGASAN SATU MALAYSIA



GAGASAN SATU MALAYSIA

Soalan:

Slm Ustaz, saya tramat ingin tahu mengenai satu perjuangan berslogankan GAGASAN SATU MALAYSIA yg dilaungkn oleh Perdana Menteri Malaysia sekarang Dato’ Seri Najib Abd Razak. Apa pandangan Islam mengenainya? Dan adakah harus kita mengucap SALAM SATU MALAYSIA seperti yg amat kerap kita dengar sejak akhir-akhir ini?

Jawapan:

Wa’alaikumsalam. Saya sebenarnya sejak awal slogan tersebut dilaungankan (GAGASAN SATU MALAYSIA) tidak berminat untuk menjawab soalan-soalan mengenainya kerana walaupun sudah puluhan kali ditanya melalui email dan telefon saya tidak menjawabnya tetapi lebih minat menjawab soalan hukum-hakam yang lain kerana kebanyakan soalan mengenainya yang ditanya wujud unsur-unsur ketidakpuasan dalam politik masing-masing dari penyoal dan sifat sengaja atau sahaja mementingkan diri atau puak masing-masing dalam politik amatlah saya kurang berminat melayan soalan berbau politik ini. Walau macam mana pun saya akan cuba jelaskan pandangan yang dinilai perlu diterangkan dalam hal konsep Gagasan Satu Malaysia atau 1Malaysia waktu yang sama saya cuba jauhkan penyelebelahan kepada mana-mana parti politik.

1MALAYSIA
Dilihat teras Gagasan Satu Malaysia ini disusun kepada 8 perkara ;

1- Budaya Cemerlang

2- Ketabahan

3- Rendah Hati

4- Penerimaan

5- Kesetian

6- Meritokrasi

7- Pendidikan

8- Integriti.

Dan apabila slogan Gagasan Satu Malaysia itu dilihat meng-arah kepada perpaduan maka diletakkan pada teras perpaduan itu kepada 3 teras;

1- Penerimaan antara semua kaum dan rakyat Malaysia

2- Prinsip-prinsip kenegaraan berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara

3- Keadilan Sosial.

Turut dirangkumkan 6 aspirasi didalamnya iaitu;

1- Budaya kecemerlangan dalam melaksanakan semua tugas dan tanggungjawab.

2- Budaya ketepatan dari segi menghormati waktu dan meningkatkan kecekapan.

3- Keberanian untuk berinovasi dan meneroka peluang-peluang baru.

4- Meritokrasi dalam memberikan tugasan kepada yang paling layak melaksanakannya berlandaskan Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

5- Kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada negara.

6- Ketabahan mengharungi cabaran mendatang dan integriti dalam segala urusan dan transaksi.

Hakikatnya kebanyakan yang dinyatakan dalam Gagasan Satu Malaysia itu memang ada baiknya dan tersernah keazaman murni untuk dilaksanakannya yang disusun dalam bentuk yang dianggap bersistematik. Ini berlaku setelah mempelajari pengalaman lama dan inginkan kepada perubahan yang dilihat agar menjadi lebih baik dari sebelum-sebelum ini.

Ya, jika ditanya adakah pada semua perkara dalam konsep 1Malaysia itu mempunyai dalil dari al-Quran, al-Hadith serta al-Ijmak sudah pasti boleh sahaja mana-mana seorang ahli ilmu agama itu memetik mana-mana nas wahyu kemudian diolahnya sehingga kelihatan menyokong isi dalaman gagasan tersebut. Saya sendiri mempunyai teks dalil-dalil tersebut dari al-Quran, al-Hadith dan al-Ijmak yang jika diolah mampu kelihatan menyokong banyak konsep Gagasan 1Malaysia dari perspektif Islam (sekiranya diolah).

Namun dalam hal Gagasan Satu Malaysia ini bukan tugas para ilmuan agama memperlihatkan dirinya seolah mengampu mana-mana pihak. Tetapi tugas para ilmuan agama Islam adalah merialisasikan mana-mana impian yang baik dari segi Islam untuk manusia sejagat DAN! menasihati apa yang dilihat perlu khususnya diera yang penuh fitnah dan akhir zaman ini.

Menjawab soalan apa pandangan Islam mengenai Gagasan Satu Malaysia itu adalah terletak didalam pengamatan firman Allah: “ Dan hendaklah kamu saling tolong menolong dalam perkara kebaikan dan taqwa, dan janganlah kamu saling tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan." (Al-Maidah: 2).

Maka apa yang baik daripada gagasan tersebut sama-samalah kita membangunkannya dan juga jika ternyata terdapat apa-apa perkara yang kurang tepat dari segi Islam dari gagasan tersebut dan perlaksanaannya maka berikanlah ‘kemenangan’ dan bantuan dengan menasihati dan melarang apa yang terdapat kezaliman dalamnya dan perlaksanaannya. Rasulullah bersabda: “Menangkanlah saudara kamu yang menzalimi dan yang dizalimi, sahabat bertanya: Wahai Rasulullah, memenangkan yang dizalimi telah diketahui bagaimana memenangkan yang menzalimi? Rasulullah menjawab: Menghalang dan melarang dia melakukan kezaliman adalah memenangkan dia”. Riwayat Bukhari.

NASIHAT
Dalam pada memperjuangkan kerialitian apa yang disusun dari konsep gagasan tersebut hendaklah dipelihara, dijaga, diutama dan dititik-beratkan 5 perkara yang amat penting iaitu;

1- Keimanan dengan iman yang sebenar (Rukun Iman&Islam menurut Ahli Sunnah Wal Jama'ah Bukan Syiah, Wahhabi atau ajaran sesat).

2- Menjaga dan menyalurkan harta dengan tepat.

3- Mendirikan solat (ibadah wajib).

4- Menunaikan janji.

5- Bersabar khususnya dalam hal menahan diri dari melakukan maksiat.

Allah berfirman: “Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu merupakan suatu kebaikan, akan tetapi, sesungguhnya kebaikan itu adalah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat,kitab-kitab, nabi-nabi, dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabat, anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan), orang yang meminta-minta; memerdekakan hamba sahaya, mendirikan shalat, dan menunaikan zakat; dan orang-orang yang menepati janji, dan orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar dan mereka itulah orang-orang yang bertakwa.” (QS. Al-Baqarah [2]:177).

Mengenai ucapan SALAM SATU MALAYSIA pula adalah sebaiknya umat Islam mengucap salam yang diajar dan dijanjikan kebaikan iaitu ucapan Assalamu’alaikum dan sekiranya selepas itu pula (iaitu selepas mengucap Assalamu’alaikum) seseorang itu mahu juga menyebut SALAM SATU MALAYSIA dengan niat yang baik maka ia tidak mengapa tetapi mulailah dengan tahiyyat islam (Assalamu’alaikum) dahulu. Rasulullah bersabda: “Ucapkanlah salam…”.

Wallahu ‘alam, akan bersambung…dan sekiranya ada perkara yang perlu saya perbaiki atau soalan tambahan sila emailkan ke m_syiq@yahoo.com atau m_shiq@yahoo.com.
Wassalam.

Friday, July 17, 2009

KISAH ASY-SYAHID SYEIKH NIZAR (ASWJ) DIBUNUH WAHHABI

ULAMA AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH BERNAMA SYEIKH NIZAR AL-HALABY MATI SYAHID DIBUNUH DENGAN KEJAM OLEH TOKOH WAHHABI

Dipetik dari laman: www.abu-syafiq.blogspot.com


SYEIKH NIZAR HALABI MATI SYAHID DIBUNUH OLEH WAHHABI DAN WAHHABI MENGHALALKAN SEGALA PERBUATAN ZALIM TERUTAMA KE ATAS UMAT ISLAM DENGAN CARA MEMBUNUH

Lihat darah Syeikh Nizar masih mengalir menandakan beliau mati Syahid suci.


Sejak kebangkitan agama jahat: agama Wahhabi memang terkenal dengan radikal mereka membunuh ulama Islam. Al-Qodhi Zawawi mufti di tanah hijaz ketika kebangkitan agama Wahhabi mati dibunuh oleh Wahhabi. Syeikh Sulaiman bin Abdul Wahhabi saudara kepada pengasas agama Wahhabi iaitu Muhammad bin Abdul Wahhab pernah dicuba bunuh oleh saudaranya sendiri (muhammad b abd wahhab) dengan cara mengupah orang lain untuk membunuh beliau. Ratusan ulama dibunuh oleh Wahhabi dan ratusan ribu umat Islam awam dibunuh oleh Wahhabi. Yang amat menyedihkan adalah pembunuhnya adalah dari tokoh-tokoh agama Wahhabi bukan hanya pengikut mereka yang jahil murakkab.

Syeikh Nizar Al-Halaby seorang tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama'ah dan merupakan ketua Persatuan Islam di Lubnan tidak terlepas mati dibunuh dengan kejam oleh tokoh-tokoh Wahhabi. Beliau (Syeikh Nizar) juga merupaka ulama yang bersikap baik terhadap orang-orang Islam dan berhikmah dalam berdakwah. Walaupun beliau tidak pernah menjentik ataupun memukul Wahhabi beliau tetap dibunuh dengan kejam oleh Wahhabi. Dan sesudah kematian beliau keluarga beliau dan pendokong dibawah Persatuan yang diketua oleh beliau ketik itu tidak pula membalas pembunuh kejam Wahhabi itu walaupun dengan ludahan benci. Mereka yang bersama beliau tidak bertindak radikal terhadap Wahhabi walaupun Wahhabi turut menembak anak kepada Syeikh Nizar Al-Halabi Rahimahullah. Demikian Persatuan tersebut iaitu Persatuan Perusahaan Kebajikan Islamiah Lubnan (JAM'IYYAH AL-MASYARI' KHOIRIYA AL-ISLAMIYYAH) terkenal dengan pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah Al-Maturidiyyah diiktiraf sebagai persatuan keadilan dan kemurnian dalam segelap tindakan.

Pada pagi Khamis itu 31.Ogos. 1995/ 6. Rabiul Akhir tahun 1416H Syeikh Nizar bersama anak beliau dan pemandu kereta beliau masuk ke dalam kereta untuk menghantar Syeikh Nizar ke Pejabat Persatuan Islam di Lubnan. Sebelum mereka menggerakkan kereta sebuah kereta lain jenis Marcedes warna putih tiba-tiba datang bersama sebuah motosikal lantas turun dari kereta putih mereka dan terus menembak ke atas Syeikh Nizar dengan jarak yang amat dekat berkali-kali. Lihat! Wahhabi menembak ulama Islam berkali-kali kerana benci dengan Islam.


TOKOH WAHHABI YANG MEMBUNUH SYEIKH NIZAR HALABI. PEMBUNUH DI BAWAH MENGAKUI MEREKA BERFAHAMAN WAHHABI DALAM RAKAMAN TV BEIRUT

Beberapa hari selepas Wahhabi-wahhabi itu membunuh ulama Islam Syeikh Nizar mereka telah ditangkap oleh polis dan pihak keselamatan negara dan ternyata mereka yang membunuh itu mengakui mereka memang berfahaman Wahhabi Ibnu Taimiah dan Mujassimah. Mereka yang melakukan pembunuhan terhadap Syeikh Nizar adalah pembesar Wahhabi yang dibayar oleh ketua atasan mereka untuk membeli senjata. Mereka yang membunuh adalah bernama:
1- Munir Solah 'Abboud,
2- Ahmad Qasam,
3- Wasim Muhammad Abdul Nasir,
4- Rabie' Muhammad Nab'ah,
5- Muhammad Hamid (Abou Ubaida).

TOKOH WAHHABI & PEMBUNUH SYEIKH NIZAR BERNAMA MUNIR

- Berkata Munir 'Abboud
(Tokoh Wahhabi&Pembunuh) : "
Startegi pembunuhan tersebut kami lakukan secara berpakat bersama sahabat kami untuk melakukan pembunuhan itu pada jam 8.30pagi dan kami menunggu (pembunuh memaki dengan kata yang termat kesat) Nizar Halabi, kami bertolak mengunakan kereta Marcedes putih dan apabila kami melihat (pembunuh memaki lagi seperti Wahhabi memaki Nabi) Nizar Halabi turun dari rumahnya menggunakan lif dan kemudian dia masuk dalam keretanya maka terus kami menembak dia (Syeikh Nizar) dan kami telah membunuhnya. Yang menembak kepada Syeikh Nizar adalah saya dan saudara saya bernama Umar. Saya bernama Abdullah. Saya bernama Munir Solah 'Abboud. Saudara saya Umar Asy-SYamiy juga membawa kereta dan kemudian turun dari kereta lantas menembak Nizar Halabi si B*b*.
Aku tidak akan kesal sama sekali dan aku mahu hidup".

Ulasan:
Lihat bagaimana pembunuh kejam ini memaki hamun dengan perkataan yang amat kesat seperti B*B* dan carutan yang lain ke atas ulama Islam yang telah dibunuhnya dengan bangga. Dia (pembunuh) menghalalkan hukum membunuh orang Islam tanpa sebarang syarat.
Betapa kejamnya seluruh pengikut dan tokoh Wahhabi ke atas ulama Islam.


TOKOH WAHHABI & PEMBUNUH SYEIKH NIZAR BERNAMA AHMAD QOSAM


- Berkata Ahmad Qasam (Tokoh WahhabiPembunuh):
" Kami berdua menembak Syiekh Nizar".

WAHHABI & PEMBUNUH BERNAMA RABIE'

- Berkata Rabie' Muhammad Nab'ah (Wahhabi&Pembunuh):
" Aku bersama saudaraku atas motor, tugas kami adalah menjaga dua orang sahabat kami yang menembak Nizar Halaby juga memastikan pembunuhan kami berjalan lancar. Bersama aku senjata api".

WAHHABI & PEMBUNUH BERNAMA WASIM

- Wasim (Wahhabi&Pembunuh):
" Aku juga ketika itu mempunyai senjata api. Tugas aku adalah menjaga pembunuh. Kami semua bangga sangat kerana dapat membunuh dan kami menghukum semua Ahli Sunnah Wal Jama'ah sebagai Murtad halal darah".


WAHHABI & PEMBUNUH BERNAMA ABOU UBAIDA


- Abou 'Ubaida (Wahhabi Pembunuh&Drebar):
" Saya tinggal di Beirut, Musaibe. Tugas aku adalah membawa kereta. Kami telah terlatih membunuh orang Islam sejak zaman perang dahulu lagi. Aku berharap sangat dapat menembak Nizar Halabi".

Ulasan:
Lihat bagaimana kekejaman Wahhabi terhadap ulama Islam dengan membunuh ulama Islam yang tidak bertindak ke atas mereka pun. Paling menyedihkan Wahhabi membiarkan orang Yahudi membunuh umat Islam waktu yang sama Wahhabi pula membunuh ulama Islam di negara lain. Wahhabi-wahhabi pembunuh tadi amat bergembira membunuh ulama Islam kerana inilah agama Wahhabi. Mereka tadi mengakui semua Wahhabi akan bertindak membunuh ulama Islam jika tidak menyokong Yahudi.Inilah kekejaman Wahhabi dan bukti keadilan ulama Islam Ahli Sunnah Wal Jamaa’ah seperti Syeikh Abdullah Al-Harari, Syeikh Nizar Halabi, Syeikh Abdullah Al-Ghumary dan selainnya.

KENANGAN SYEIKH NIZAR HALABI BERSAMA MUFTI DAGHISTAN YANG TURUT DIBUNUH OLEH WAHHABI


Nantikan paparan bagaiman Wahhabi dengan kejam membunuh Mufti Daghistan yang berfahaman Ahli Sunnah Wal Jama'ah.

Ku tinggalkan sementara kepada pembaca dengan video ini:

Syeikh Nizar Al-Halaby pernah berkata kepadaku dan semua:
"Aku tidak peduli sekiranya aku mati dibunuh kerana matiku dalam Islam dan jihad. Dibunuh akan seorang pejuang Islam itu adalah satu Sunnatullah bagi pendakwah kepada agama Ilah".


Disusun oleh: Abu Syafiq (012-2850578)

Dipetik dari laman: www.abu-syafiq.blogspot.com

Sunday, June 14, 2009

HUKUM WANITA MENUTUP WAJAH

Kilik Pada Video Di Bawah:


Ringkasan: Dituntut wanita menutup wajah tetapi ia TIDAK WAJIB dan jika wanita itu tidak menutup wajahnya ketika keluar walaupun dia seorang yang cantik sangat dia tidak berdosa kerana itu. Ijmak Ulama adalah tidak wajib wanita menutup wajah mereka tetapi digalakkan untuk melakukannya.

Tuesday, May 12, 2009

Pandangan Mengenai ESQ




Apa ada pada ESQ

SOALAN:
Salam. Ust... saya seorang petugas di salah sebuah syarikat. Kami pernah mengikut progranm yang di susun oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. Seorang yang bernama Ary Ginanjar Agustian dari Indon sebagai Pengasas, Pemegang Paten dan Penulis buku ”ESQ” dan ”ESQ Power”. Bukan masaalah syarikat atau kenegaraan yang merunsingkan kami tetapi cara-cara, kaedah dan isi kandungan kursus yang dibuat oleh ESQ itu banyak membimbangkan kami terutama aqidah kami. Bolehkah Ustaz menjelaskan sedikit mengenai isi kandungan dan dakyah yang di sebarkan oleh ESQ ini?

JAWAPAN:
Wa'alaikumsalam...syukran kerana bertanya. Setahu saya ESQ Leadership Center Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat latihan yang mahukan pembinaan Modal Insan berteraskan Kepimpinan. Saya tidak pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh ESQ tetapi saya lihat terdapat beberapa program yang mengunakan nama MOTIVASI mereka menggunakan sebahagian kaedah-kaedah yang dikatakan diambil dari ESQ.

Melalui beberapa pembacaan saya mengenai ESQ yang diketua oleh Dr Ary Ginanjar Agustian terdapat beberapa perkara pada mereka atau pengasasnya yang bertentangan dengan Aqidah dan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asy'irah itu sendiri bahkan bertentangan dengan Islam secara syumuli. Terutama pada permasaalah Agama dan Para Nabi.
Mereka (ESQ) kelihatan tidak atau kurang cermat dalam hal ini sehingga mereka mengambarkan seolah-olah para nabi terdahulu menyembah selain Allah dan para nabi dahulunya masih mencari-cari akan tuhan sebenar. Dalam Islam perkara ini tidak berlaku kerana para Nabi sepertimana yang diceritakan dalam banyak ayat al-Quran dan al-Hadith mereka tidak berkeadaan sebegitu rupa. Para nabi diberi kecerdikan dalam pemilihan agama dan kesemuanya memilih agama Islam sejak awal lagi dan tidak pernah tercari-cari dimana tuhan sebenar dan tidak pernah para nabi ragu-ragu akan ketuhanan Allah.

Kita perlu mengetahui bahawa banyak ayat al-Quran dan al-Hadith perlu difahami secara benar melalui para ahlinya yang muktabar bukan diterjemahkan atau ditafsirkan sendiri oleh kita sehingga membuatkan kita mengada-adakan sesuatu fakta yang tidak benar.

Ya, terlalu banyak 'ahli motivasi' tidak cermat dalam hal ilmu dan fakta islam sebenar. Ianya berlaku dek mentafsirkan nas secara otak sendiri tanpa merujuk kepada ahlinya yang muktabar. Maka kita perlu berjaga-jaga dengan mereka yang seperti ini agar tidak terbatal Islam kita hanya kerana menghadiri majlis beberapa jam yang bertopengkan nama Islam dengan pelbagai gaya dan bahasa.

Nasihat saya agar kita semua mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan cepat terpengaruh dengan orang jahil bertopengkan agama.

Wassalam.

Tuesday, May 5, 2009

FATWA MUFTI MESIR TERBARU MENGENAI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI





KENYATAAN MUFTI MESIR MENGENAI SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI


Soalan:
Assalamualaikum Ustaz, Saya difahamkan Ustaz pernah berguru dengan Syeikh Dr. Ali Jum’ah Mufti Mesir sekarang. Soalan saya, Apakah pandangan Mufti Mesir tersebut mengenai seorang ulama bernama Syeikh Abdullah Al-Harari dan adakah benar kenyataan negative beliau terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari yang disiarkan dalam laman web dan buku Wahhabi?

Jawapan:
Wa’alaikumsalam. Terima kasih kerana menghantar soalan. Pertamanya Ya semasa saya di bumi Mesir dahulu sememangnya saya pernah berguru dengan Syeikh Ali Jum’ah Mufti Mesir sejak sebelum beliau dilantik sebagai Mufti Mesir lagi dan sesudah lantikan. Ketika itu beliau mengajar kitab Al-Hikam karangan Ibnu ‘Atoillah As-Sakandary di Masjid Jami’ Al-Azhar di Bandar Hussein Kaherah , Mesir.

Manakala mengenai pandangan Syeikh Dr. Ali Jum’ah Mufti Mesir mengenai Syeikh Abdullah Al-Harari secara jujur dan amanahnya saya katakana seperti berikut:

Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di PNB Darby Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah setelah perjumpaan di Majlis Maulid bersar-besaran di Masjid Negara Kuala Lumpur pada malam sebelumnya 11hb April 2009M.

Pada pagi 12hb tersebut Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengatakan dalam Majlis itu:

“ Saya sebenarnya telah mengenali Syeikh Abdullah Al-Harari sebelum kamu semua dilahirkan lagi, pada 50an Syeikh Abdullah Al-Harari telah datang ke bumi Mesir dan ulama dan kami menghormati beliau. Ketika Syeikh Abdullah Al-Harari di bumi Mesir beliau sering bersama Syeikh Abdullah Al-Ghumary dalam majlis muzakarah kitab Al-Jam’ul Jawami’. Demikian juga dijelaskan kepada kami oleh Syeikh Soleh Al-Ja’fary. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang yang alim dan hebat dalam menolak hujjah golongan kotor seperti Wahhabi dan selainnya. Ramai ulama yang memuji kehebatan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam ilmunya. Antara yang menukilkan dan memuji perjuangan Syeikh Abdullah Al-Harari adalah Syeikh Sa’id Mamduh setelah mentelaah buku karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam penolak hujjah terhadap Al-Albani. Saya sendiri melihat pujian Syeikh Sa’id Mamduh terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah. Zaman kini penyelewengan ajaran Wahhabi mendahului ajaran-ajaran yang lain kerana mereka mempunyai kewangan untuk meroksakkan masyarakat Islam yang telah terbina sekian lama dengan mulianya oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-‘Asya’irah. Kami berpegang bahawa Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang hebat dan amat mendalami ilmu hadith dan sanadnya. Amatlah berbesar hati dapat bersama dengan anak-anak murid beliau khususnya dalam memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar di era globaliosasi ini.”


Tamat petikan dan rakaman kenyataan Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengenai Syeikhul Islam Syeikh Abdullah Al-Harari Al-Habasyi. Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H dihadiri secara rasmi antaranya saya (Ustaz Mohd Rasyiq Bin Mohd Alwi) pada jam 9.00pagi bertempat di PNB Darby Kuala Lumpur. Perjumpaan beberapa tokoh ulama pada hari tersebut turut membincangkan perihal masaalah ummat yang lain.

Saya katakan secara ikhlas dan jujur bahawa disini membuktikan bahawa Syeikh Abdullah merupakan tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang diperakui oleh badan-badan berautoriti dan para ulama Islam.

Manakala nukilan palsu jahat dalam laman website Wahhabi yang menipu daya ulama Islam kononnya Dr. Ali Gumah mengkritik Syeikh Harari adalah tipu daya yang jahat lagi palsu. Manakan tidak. Semasa di bumi Mesir Syeikh Dr. Ali Jum’ah telah mengatakan bahawa: “Saya sebelum ini diberi maklumat tidak sahih mengenai Syeikh Abdullah Al-Harari dan anak-anak murid beliau oleh golongan yang bijak menipu”.
Ketahuilah bahawa nukilan tersebut bukan ditulis oleh Syeikh Dr. Ali Jum’ah tetapi ditulis oleh orang lain dengan memutar-belit beberapa ucapan beliau yang hakikatnya tidak langsung mengutuk Syeikh Abdullah AL-Harari bahkan memuji beliau dan anak-anak murid beliau.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Tuesday, April 14, 2009

Allah Tidak Berkaki & Bertangan- JAKIM



FAHAMAN WAHHABI MENYAMAKAN ALLAH DENGAN MAKHLUK DAN MENDAKWA ALLAH DUDUK DI ATAS ARASY, BERKAKI DAN BERTANGAN SEDANGKAN ITU BUKAN AQIDAH ISLAM BAHKAN SESAT TERKELUAR DARI ISLAM SEPERTIMANA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA DAN KEMENTERIAN MALAYSIA

Terdapat dalam masyarakat fahaman yang menyeleweng menyamakan Allah dengan makhluk. Fahaman ini mendakwa Allah berkaki iaitu mempunyai kaki dan bertangan iaitu mempunyai tangan. Aqidah yang mendakwa Allah bersifat kaki dan bertangan adalah aqidah songsang.


JAKIM:

‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,”

____________________


Jakim pertahan perkataan Allah hanya untuk Islam

PUTRAJAYA 2 Mac – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tetap berpendirian bahawa perkataan Allah tidak boleh digunakan untuk agama lain selain Islam, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Beliau menegaskan, langkah itu selaras dengan keputusan jemaah menteri sejak sekian lama dan larangan penggunaan nama Allah serta beberapa istilah Islam lain turut diwartakan oleh 10 buah negeri.

‘‘Kita perlu menghormati keputusan jemaah menteri dan undang-undang sedia ada yang telah diperkenankan oleh Sultan dan Raja-Raja Melayu.

‘‘Jadi, keputusan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menarik balik perintah membenarkan penggunaan nama Allah dalam penerbitan agama lain adalah satu langkah profesional yang menghormati undang-undang sedia ada,” katanya.

Wan Mohamad berkata demikian pada sidang akhbar mengenai sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1430 Hijrah di sini hari ini.

Beliau mengulas pandangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat semalam yang menganggap tidak salah bagi orang bukan Islam menggunakan perkataan Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Menteri Besar Kelantan itu menyerahkan kepada pihak berkenaan untuk menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama Kristian.

Setakat ini hanya Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak tidak mempunyai undang-undang yang memaktubkan tentang pengharaman penggunaan perkataan Allah kepada agama lain.

Wan Mohamad berkata, sekiranya penganut agama lain mengiktiraf dan berikrar bahawa tuhan mereka adalah Allah yang Maha Esa seperti yang diakui oleh orang Islam, maka beliau orang pertama yang paling gembira.

‘‘Allah adalah Tuhan yang tidak mempunyai anak atau diperanakkan, jika ini yang diterima, maka ia adalah satu kejayaan dalam dakwah kita.

‘‘Tetapi kalau dimaksudkan Allah itu adalah Tuhan yang mempunyai anak dan diperanakkan, yang mempunyai tangan dan kaki dengan sifat-sifat tertentu, maka itu bukan Allah, inilah jawapan Jakim,” jelas beliau.


Beliau menyatakan, pada peringkat awal jika perkataan Allah dibenarkan untuk digunakan oleh agama lain, ia akan mengelirukan banyak pihak.

‘‘Lazimnya kekeliruan akan membawa kepada ketegangan dan ini patut dielakkan kerana Malaysia kaya dengan sejarah ketegangan agama dan kaum.

‘‘Jadi, bagi pihak pemerintah, kita bertanggungjawab memastikan keamanan dan persefahaman antara agama dan adalah lebih baik kita ambil langkah awal untuk mengelakkan ketegangan,” katanya.

Justeru Wan Mohamad berkata, Jakim bersedia mengadakan dialog antara agama bagi mencari persefahaman mengenai pelbagai isu yang berbangkit.

‘‘Jakim dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) sentiasa menganjurkan dialog antara agama tetapi kebiasaannya ia tidak menjadi satu forum bersifat ilmiah sebaliknya lebih kepada perbincangan mengenai isu perkauman.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0303&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_19.htm

Tuesday, January 27, 2009

PENJELASAN PENTING ISU MURTAD

Soalan:
Assalamualaikum. Ustaz…kawan saya pernah menyebut satu perkataan: “Aku bukan muslim”. Adakah dia jatuh murtad sebab sebut perkataan macam tu?

Jawapan
:
Wa'alaykumsalam.

MUQADDIMAH


Ketahuilah bahawa dalam agama Islam, seseorang muslim itu boleh terbatal islam dan imannya (murtad) disebabkan antara tiga perkara. Pertama ‘Riddah I’tiqad’: Akidah yang murtad, kedua ‘Riddatul Fi’ly’ : Perbuatan yang murtad, ketiga ‘Riddatul Qauly’: Bicara lidah yang murtad. Ini adalah hukum Islam dan Ijmak Ulama yang tidak harus dipertikaikan lagi dan ia bukan masaalah khilafiyyah. Murtad bererti seseorang yang asalnya Bergama Islam telah dihukum terkeluar dari agama Islam dan bukan muslim lagi dan dinamakan sebagai si murtad atau kafir.


SENARAI ULAMA ISLAM YANG MENJELASKAN PEMBAHAGIAN MURTAD DAN KUFUR ITU TERBAHAGI KEPADA TIGA: KUFUR AQIDAH, KUFUR PERBUATAN DAN KUFUR LISAN.


Bagi memudahkan para pengkaji, dibawah ini disenaraikan sebahagian (sebenarnya banyak lagi) ulama Islam yang telah menjelaskan hukum murtad dan kufur itu mungkin berlaku dengan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur dan tutur bicara lidah yang kufur.
Kesemua syirik besar itu adalah kufur dan kesemua murtad juga adalah kufur terkeluar dari Islam.
Senarai sebahagian ulama yang membahagikan kufur kepada tiga:

- Syeikh Ibnu Hajar Al-Haitamy dalam kitab Fathul Jawad Bi Syarhil Irsyad jilid 2 m/s 298 cetakan Mustofa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Nawawi Asy-Syafi’e dalam Raudahtul Tolibin pada Kitab Ar-Riddah juzuk 10 m/s91 Cetakan Zuhair Syawisy Beirut.
- Syeikh Al-Hatthob Al-Maliky dalam kitab Mawahibul Jalil Bi Syarh Mukhtasor Kholil cetakan Darul Fikr Beirut.
- Syeikh Muhammad ‘Illaisy Al-Maliky dalam kitab Manhul Jalil Syarh Muktasor Kholil juzuk 9 m/s 205 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Al-Faqif Ibnu ‘Abidin Al-Hanafy dalam kitab Raddul Muhtar ‘Ala Ad-Durril Mukhtar pada Bab Riddah jilid 3 m/s 283 cetakan Dar Ihyaul Turath Al-‘Araby Beirut.
- Syeikh Tajuddin As-Subki dalam kitab Tobaqoot Asy-Syafi’eyyah jilid 1 m/s 91 cetakan ‘Isa Al-Baabiy Al-Halaby Kaherah.
- Imam Al-Buhuty Al-Hambaly dalam kitab Syarh Muhtaha Al-Iradaat pada Bab Hukmul Murtad jilid 3 m/s 386 cetakan Darul Fikr Beirut.
- Gabungan Ulama Yaman melalui Maktab At-Tauhid Wal Irsyad Yaman dan diiktiraf oleh ulama-ulama Al-Azhar dan seluruh dunia.
- Dan selain mereka.

Seluruh ulama di atas dan selainnya menjelaskan murtad itu berlaku disebabkan antara tiga perkara iaitu akidah yang kufur, perbuatan yang kufur, dan bicara lidah yang kufur.
Maka sesiapa yag mengatakan: "Aku bukan muslim" maka dalam islam dia dianggap melakukan Riddatul Qauly iaitu dia telah murtad disebabkan tutur bicara lidahnya menyebut perkataan yang menyebabkan dia murtad. Wajib ke atasnya kembali kepada Islam dengan mengucap dua kalimah Syahadah dengan niat memeluk Islam semula.


PENJELASAN

Dalam kesempatan kali ini saya ingin menegur, menasihat dan menolak secara ilmiah beberapa fahaman yang silap pada perkara yang amat bahaya ini. Tujuannya bukan kerana menolak para pengkaji ilmu secara semborono tetapi menilai secara benar dan jujur sesuatu pandangan yang mengunakan nama Islam agar umat tidak bercelaru.
Difokuskan untuk lebih ringkas bagi kali ini pada kes yang ketiga iaitu ‘Riddatul Qauly’: murtad dan kufur yang disebabkan dari perkataan atau lidah.

Dalam islam sekiranya seseorang muslim itu menutur perkataan yang bahaya seperti perkataan yang mempunyai unsur menghina Allah, para Nabi dan para Rasul, menghina Al-Quran, memperlekeh dan mempersenda perkara yang berkaitan dengan tanda-tanda Islam, maka dia telah pun murtad. Sebagai contoh seseorang itu berkata: “Aku musuh Allah”, “Aku tidak takut kepada Allah”, “Al-Quran itu tidak berfaedah”, “Aku bukan orang Islam”, “Allah itu sama dan serupa dengan makhluk” dan selainnya dari perkataan-perkataan kufur maka orang yang menuturkan perkataan tersebut terkeluar dari Islam serta merta dan dihukum sebagai murtad walaupun dia sedang marah atau bergurau atau bermain-main ketika-mana dia menyebut perkataan seumpama tadi. Inilah yang telah dinaskan oleh ulama Islam.

Begitu juga dalam keadaan biasa (tidak mukrah bil qotl) sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya. Samalah hukumnya jika ketika dia menuturkan perkataan kufur tadi dia berkeadaan marah, bergurau-senda, bermain-main atau sengaja dan bukan tersalah cakap.


PENCERAHAN PENJELASAN


Hukum berbeza jika orang itu berkeadaan (mukrah bil qotl) iaitu dipaksa bunuh. Ini dikira dia berada dalam keadaan yang khusus berbeda dengan keadaan biasa.Mukrah Bil Qotl adalah seperti: jika seseorang muslim itu ditangkap oleh orang kafir dalam peperangan kemudian dia dipaksa oleh orang kafir tadi untuk menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan jika tidak menyebutnya orang kafir itu memberitahu akan membunuh orang islam tadi. Dalam keadaan ini jika orang islam tadi menyebut perkataan “Aku bukan orang Islam” dan hatinya tidak meredhoi dan tidak setuju dengan perkataan itu maka dia tidak jatuh hukum murtad. Ia berbeza dengan seseorang menyebut perkataan tadi dalam keadaan tidak dipaksa bunuh atau dalam keadaan biasa seperti dalam keadaan bergurau, marah dan selainnya. Ini kerana jika dia menutur perkataan tersebut dalam keadaan selain (mukrah bil qotl) dipaksa bunuh maka dia jatuh murtad.


KENYATAAN YANG SILAP


Terdapat beberapa kenyataan yang silap pada menerangkan isu murtad ini. Antara kenyataan yang salah dan bercanggah dengan syarak adalah:
“Seorang muslim itu tidak dikira murtad terkeluar dari Islam dan tidak boleh dihukum ke atasnya sebagai murtad kecuali dia rela untuk menjadi kafir dan diikuti dengan perbuatan yang kufur”.

Penting!
Kenyataan di atas adalah salah dan bercanggah dengan hukum Islam kerana seolah-olah tidak menghukum murtad kepada seorang yang telah menghina Allah melalui ucapan lidahnya kecuali dia rela hati untuk keluar Islam sedangkan dalam Islam seorang yang menghina Allah dengan lidahnya walaupun dia tidak berniat dan tidak rela untuk keluar dari Islam (murtad) dia tetap dihukum sebagai murtad.

Penting!

Hukum Islam sebenar seperti mana yang telah dijelaskan oleh ulama Islam adalah:
Sekiranya seseorang muslim itu menyebut atau menutur dengan lidahnya perkataan yang kufur maka dia tetap jatuh ke dalam hukum murtad sudah tidak muslim lagi walaupun dia tidak mahu keluar dari agama Islam, walaupun dia tidak rela dirinya menjadi kafir maka dia tetap murtad dan kafir. Sebagai contoh jika itu menyebut perkataan: “Aku bukan orang Islam” maka dia telah jatuh kafir terkeluar dari Islam walaupun dirinya sendiri tidak memilih selain dari Islam itu sebagai agamanya.

Rujuk penjelasan seperti di atas oleh ulama Islam:
- Muhammad Al-‘Abbas Al-Hanafy dalam kitab Al-Fatawa Al-Mahdiyyah Fil Waqoi’il Masyriyyah pada Bab At-Ta’zir War Riddah dan pada Bab Hadul Qozaf Wal Bughot jilid 2 m/s 27.
- Syeikh Mulla ‘Aly AL-Qory dalam kitab Syarh Fiqhul Akbar m/s 165
- Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam Fathul Bary Syarh Sohih Al-Bukhary jilid 12 m/s 300, 301 dan 302.
- Imam An-Nawawi dalam kitab Raudhatul Tolibin jilid 10 m/s 68.
- Syeikh Abu Al-Muzhoffar ‘Aalamakir dalam kitab Al-Fatawa Al-Hindiyyah jilid 2 m/s 261.
- Dan selain mereka.

Awasi murtad yang disebabkan dari lidah dek ucapan yang terkeluar dari Islam.
Semoga Allah merahmati dan memelihara akidah kita.

P/S: Masaalah berkaitan Murtad ini perlulah ditanya kepada yang mahir dalam permasaalahan murtad dan gejalanya. Jangan tanya sebarangan ustaz bimbang jawapan yang kurang tepat menghambat jiwa.

Disediakan oleh: www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Thursday, January 22, 2009

Siapa Syeikh Abdullah Al-Harari?

Soalan:
Saya kerap mendengar nama seorang tokoh ulama Islam bernama Syeikh Abdullah Al-Harari yang mempunyai anak murid seluruh dunia. Boleh tak Ustaz menceritakan siapakah Syeikh Abdullah Al-Harari ini atau lebih dikenali sebagai Al-Habasyi?

_______________

Jawapan:
Saya juga selalu mendengar nama tokoh ulama Islam ini dipersada media dan pernah berjumpa dengan beliau seperti mana ulama-ulama lain juga berjumpa dan menuntut ilmu daripada beliau.
Setelah dikaji secara detail didapati Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang bersikap lembut terhadap perkara keimanan dan bersikap tegas terhadap perkara yang kufur. Beliau merupakan ulama yang bersikap tawadhu' dan baik hati. Tidaklah melampau sekirannya digelarkan beliau sebagai Syekhul Islam zaman ini iaitu ulama yang mempertahankan akidah Islam dan menyerang musuh-musuh Islam seperti Musyabbihah dan selainnya dengan hujjah dan dalil.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ramadhan 1429 yang lalu. Al-Fatihah buat beliau.


Demikian biodata ringkas beliau yang sebenar diambil dari sumber yang asal:-

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI


Nama dan Tempat Lahirnya:
Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].


Dilahirkan di bandar Harar pada tahun 1910 bersamaan 1328 Hijrah (beliau lahir lebih awal dari pada tahun yang tercatat, yang tercatat hanyalah yang tertera pada pendaftaran lama).


Pembesaran dan perjalanan hidup beliau:
Beliau telah dibesarkan di rumah yang penuh dengan kasih sayang pada ilmu agama. Beliau telah menghafal al Quran ketika berumur 7 tahun. Ayah beliau telah membacakan ke atasnya kitab al Muqaddimah al-Hadhramiah dan kitab al-Mukhtasar as-Saghir dalam ilmu fekah yang mana kitab tersebut amat mashyur di kawasannya.

Kemudian beliau mula menghafaz dari pelbagai matan-matan ilmu agama yang lain, kecenderungannya untuk mendalami ilmu hadis telah membuatkan beliau menghafal kitab-kitab hadis yang enam [سنن ستة] dan selainnya berserta dengan sanad-sanadnya sekali sehinggakan beliau telah diijazahkan meriwayat hadis-hadis nabi j ketika beliau kurang dari umur 18 tahun.

Tidak cukup dengan ulama di negaranya bahkan dia telah merantau keseluruh pelusuk Habsyah dan Somalia untuk menuntut ilmu dan mendengarnya daripada ulama setempat, oleh itu Syeikh Abdullah sanggup merintangi kesusahan dan kepayahan bahkan sekiranya dia mendengar ada orang alim disesuatu tempat maka dia akan bersegera pergi kepadanya seperti mana yang dilakukan ulama salafussolih yang terdahulu. Kehebatan, ketajaman fikiran dan kekuatan hafazannya yang hebat selain kemampuannya mendalami ilmu fekah Syafii dan usulnya dan mengetahui sudut khilaf dalam mazhab beliau juga sangat arif pendapat yang terdapat dalam mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali hinggakan beliau akan menjadi tempat rujukan ke mana sahaja beliau pergi, beliau juga diminta untuk mengeluarkan fatwa di bandarnya Harar dan sekitarnya.

Beliau telah mempelajari ilmu fekah Syafii dan ilmu usulnya dan juga ilmu nahu dan kitab-kitab yang lain antaranya seperti Alfiah Zubad, Kitab Tanbih, Minhaj, Alfiah bin Malik, al-Luma’ as-Syirazi dan banyak lagi dari Syeikh Muhammad Abdul Salam al-Harary, Syeikh Muhammad Omar Jamei’ al-Harary, Syeikh Muhammad Rasyad al-Habasyi, Syeikh Ibrahim Abil Gaish al-Harary, Syeikh Yunus al-Habasyi dan Syeikh Muhammad Siraj al-Jabruty.

Manakala dalam ilmu bahasa arab beliau telah mengambilnya daripada Syeikh as-Soleh Ahmad al-Basir, Syeikh Ahmad bin Muhammad al-Habasyi dan ulama-ulama lain. Lagi tiga mazhab fekah yang lain dan usulnya beliau telah ambil daripada Syeikh Muhammad al-Araby al-Fasy dan Syeikh Abdur Rahman al-Habasyi.

Dalam ilmu tafsir beliau telah mengambil dari Syeikh Syarif al-Habasyi di bandarnya iaitu Jimmah.

Beliau telah mempelajari ilmu hadis dari as-Syeikh Abu Bakar Muhammad Siraj al-Jabruty Mufti Habsyah dan Syeikh Abdul Rahman bin Abdillah al-Habasyi.

Beliau mempelajari ilmu Qiraat 14 dari dan ilmu Hadis dari gurunya yang alim iaitu Syeikh al-Muhaddis Ahmad Abdul al-Muttalib al-Jabaruty al-Habasyi , beliau adalah ketua guru kepada ahli-ahli ilmu Qiraat di Masjidil Haram di Mekah dan dari Syeikh Daud al-Jabruty al-Qori, Syeikh al-Muqri Mahmud Faiz ad-Dair Atony ilmu qiraat yang tujuh.

Ketika beliau berada di Mekah beliau sempat berkenalan dan bersahabat dengan ulama-ulama Mekah diantaranya ialah Syeikh al-Alim as-Said Alawi al-Maliki, Syeikh Amin al-Kitbi, Syeikh al-Muhaddis Muhammad Yasin al-Padani [berasal dari Padang, Indonesia], Syeikh Muhammad al-Araby at-Tabban, beliau juga pernah mengambil ijazah amalan zikir Tariqat an Naqsyabadiah dari Syeikh Abdul Ghafur al-Afghani An-Naqsyabandi.
Kemudian beliau telah pergi ke Madinah al-Munawwarah di sana beliau sempat belajar ilmu-ilmu hadis dan membaca hadis-hadis nabi dari Syeikh al-Muhaddis Muhammad bin Ali al-Siddiq al-Bakry al-Hindi al-Hanafi dan syeikh tersebut mengijazahkan ilmu hadis kepada beliau. Di sana juga beliau sempat pergi ke Maktabah Arif Hikmat dan Maktabah al-Mahmudiah dan mengkaji ilmu-ilmu di sana, dan di katakan beliau telah menghafaz hampir kesemua kitab di dalam maktabah-maktabah tersebut. Di Madinah juga beliau sempat bertemu dengan seorang ulama hadis iaitu Syeikh al-Muhaddis Ibrahim al-Khattani anak murid kepada seorang ulama yang masyhur iaitu Syeikh al-Muhaddis Abdul Qadir Syalbi. Adapun ijazah-ijazah ilmu agama yang beliau perolehi dari ulama-ulama memang sangat banyak tetapi tidak disebutkan di sini.

Selepas itu beliau menuju ke Baitul Muqaddis dan seterusnya ke dataran Syam yang dulu terkenal dengan seorang ulama yang sangat alim iaitu al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani tetapi beliau sudah lama meninggal dunia sebelum kedatangan Syeikh Abdullah al-Harary ke sana. Di sana Syeikh Abdullah al-Harary menjadi rujukan dalam masalah-masalah agama bahkan beliau mengembara ke desa-desa dan ke bandar-bandar di antara Dimashq, Beirut, Himsh, Hamah, Halab dan bandar-bandar yang lain di seluruh pelusuk bumi Syam, kemudian dia menetap di Jamik al-Khuthat di satu tempat yang bernama Khaimuriah di Dimashq dan menyampaikan ilmu-ilmu Islam yang berguna dan bermanfaat dan mengajarkannya berteraskan Manhaj atau metodologi Ahlus Sunnah Wal Jamaah, para masyaikh, alim ulama Syam merujuk kepada Syeikh Abdullah tentang bermacam-macam masalah sehingga mereka mengatakan bahawa Syeikh Abdullah ini adalah pengganti kepada al Muhaddis Syeikh Badruddin al-Hasani dari segi ilmu. Kemudian beliau digelar sebagai "Al-Muhaddis Ad-Diyar Asy-Syamiyyah".
Syeikh Abdullah telah menerima ijazah tariqat al-Rifaeyyah dari Syeikh Abdul Rahman al-Sabsabi al Hamawy dan dari Syeikh Tohir al-Kayaly al-Humsi. Beliau sempat menerima ijazah tariqat al-Qadiriyah dari Syeikh Ahmad al-Arbiny dan dari Syeikh at-Toyyib ad-Dimasyqi.

Pada tahun 1950 bersamaan dengan 1370 hijrah beliau telah pergi ke Beirut dan di sambut oleh ulama-ulama di sana seperti Syeikh Taufiq al-Hibry. Dan pada tahun 1969 bersamaan 1389 beliau diminta oleh Rector al-Azhar cawangan di Lubnan untuk mengajar ilmu akidah di sana.

Sifatnya:
Syeikh Abdullah adalah seorang yang warak, tawadhuk, kuat mengerjakan ibadat, banyak berzikir, sentiasa menggunakan masanya untuk menyampaikan ilmu agama dengan mengajar dan berzikir, seorang yang zuhud sehingga susah untuk melihat beliau dalam satu masa dia tidak menggunakan masanya melainkan menyempurnakan masa tersebut untuk mengajar atau zikir atau membaca atau menyampaikan nasihat. Kuat berpegang dengan Kitab [al-Quran] dan Sunnah, mempunyai ingatan dan kecerdasan akal yang kuat dengan hujah dan dalil yang teguh, sangat adil dalam munghukumkan sesuatu, sentiasa memerangi terhadap siapa sahaja yang melanggar syarak, mempunyai kekuatan dan semangat yang tinggi dalam amal makruf dan nahi munkar hinggakan golongan bidah berhasad dan menfitnahnya, tetapi Allah memberkati amalannya dan memelihara manhaj Ahlus Sunnah hinggakan telah lahir beribu-ribu anak muridnya bertebaran di muka bumi ini dari Negara Arab, Eropah, Afrika, Australia dan juga Asia.



Penulisannya:
Syeikh Abdullah al-Harary sebenarnya tidak mempunyai waktu yang mencukupi untuk mengarang banyak kitab kerana beliau amat sibuk dengan pengajaran dan memperbetulkan akidah-akidah manusia, di samping menentang golongan sesat yang mereka cipta perkara baru dalam agama. Walaubagaimanapun dalam kesibukan itu beliau tetap juga menulis pelbagai karangan dan risalah-risalah antaranya ialah :

1. Syarah Alfiah As-Suyuthi.
2. Qosidah Fil I’tiqodi.
3. As-Shirothul Mustaqiim.
4. Ad-Dalilul Qawim ‘Ala As-Shirothil Mustaqiim.
5. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Asy-Syafii.
6. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Al-Imam Malik
7. Mukhtasar Abdillah Al-Harary Al-kafil Bi ‘Ilmi Ad-Din Ad-Dharury ‘Ala Mazhabi Abi Hanifah.
8. Bughyah At-Tholib li Ma’rifatil Ilmi Ad-Deenil Wajib.
9. At-Ta’aqqub Al-Hatsits ‘Ala Man Tho’ana fi Ma Sohha Minal Hadis.
10. Nashratul Ta’aqqubil Hatsits ‘Ala Man Tho’ana Fima Sohha Minal Hadis
11. Ar- Rawa-ihuz Zakiyyah fi Maulidi Khairil Bariyyah.
12. Syarah Aqidah An- Nasafiyyah.
13. Syarah Al-fiyah Al-Zubad fi fiqhi Asy- Syafii.
14. Syarah Matan Abi Syujaa’ Fi Fiqhi Asy Syafii
15. Syarah As-Shirothil Mustaqiim.
16. Syarah Matnil ‘Ashmawiyyah.
17. Syarah Mutammimah Al-Aa jurumiyah fin Nahu.
18. Syarah Al-Baiquniyyah.
19. Shorihul Bayan fi Roddi ‘Ala Man Khalafal Quran.
20. Al-Maqoolaat As-sunniyyah fi Kasyfi Dhalalaat Ahmad bin Taimiyah.
21. Kitab Ad-Durrin Nadhidi Fi Ahkamit Tajwid.
22. Idzhar Al-‘Aqidah As-Sunniyyah bi Syarah al-‘Aqidah At- Thohawiyah.
23. At-Tahzir al-Wajib
24. Mandzumah “Nasihat At-Thullab”.
25. Risalah Fi Buthlan Da’wa Awwaliyyatil An-Nurul Muhammady.
26. Risalah Fi Roddi ‘ala Qaulil ba’dhi Innar Rasula ya’lamu kulla Syai’in ya’lamuhumullah.
27. Ad-Durarul Bahiyyah Fi Halli Alfadz Al-‘Aqidah At-Tahawiyah.
28. Al-Ghaaratul Imaniyyah Fi Roddi Mafasidi At-Tahriryyah.
29. Syarah Mandzumah As-Shibyan fil ‘Arudh
30. Syarah As-Sifat Ats-Salats ‘Asyarata Al-Wajib Lillah
31. Al’Aqidah Al-Munjiyyah
32. Syarah At-Tanbih
33. Syarah Manhaj At-Tullab.
34. Syarah Kitab Sullamit Taufiq ila Mahabbatillah ‘Ala Tahqiqi Lil Syeikh Abdillah Ba’lawi

Kewafatannya:
Beliau kembali ke Rahmatullah pada fajar hari selasa 2 Ramadhan 1429 Hijrah bersamaan 2 September 2008 Masihi di rumahnya di Beirut pada usia 105 tahun, disembahyangkan oleh jutaan umat Islam di Masjid Burj Abi Haidar Beirut dan di makamkan berdekatannya.

Beliau adalah ulama yang hebat dan dikenali dengan gelaran Al-Muhaddith (ulama pakar Hadith, Syeikhul Islam dan sebagainya dari gelaran yang mulia. Rahimakallahu Ya Syeikh Abdullah Al-Harari.

www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Wednesday, January 21, 2009

Boleh Mengata Orang Sesat?

Soalan:
Adakah kita diharuskan mengatakan kesalahan orang lain terutama kesalahan itu makin tersebar dikalangan masyarakat? Contoh; di blog-blog ada mengatakan orang ini dan itu salah kerana menyebarkan fahaman itu dan ini. Harap penjelasan.

____________

Jawapan
:
Ya. kita diharuskan menyebut kesalahan orang lain atas dasar untuk memberi peringatakan kepada masyarakat agar tidak terpengaruh dengan kesesatan yang disebarkan oleh orang itu. Tiada masaalah dengan kita menyebut nama si fulan bin si fulan yang menyebarkan fahaman Musyabbihah yang menyamakan Allah dengan makhluk bertujuan agar umat Islam berjaga-jaga dengan kesesatan yang disampaikan oleh orang tersebut. Dan seeloknya sertakan bukti dan penjelasan serta hujjah yang rapi.

Dalilnya, pernah dinyatakan bahawa Fatimah Binti Qoisin bertanya kepada Rasulullah: “Wahai Rasulullah! Mu’awiyah dan Abu Jahm telah datang meminangku” Maka Rasulullah bersabda: “Perihal Abu Jahm beliau adalah seorang yang tidak meletakkan rotan dari bahunya, dan perihal Mu’awiyah pula miskin tidak mempunyai harta, maka bernikahlah dengan Usamah” . Riwayat Muslim dalam Sohihnya: Kitab At-tolaq: Bab Al-Mutallaqoh Thalathan La Nafaqota Laha dan juga diriwayat oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (juzuk 6/ms:412).

Jelas didapati bahawa Rasulullah sendiri mengawasi Fatimah dari kedua sahabat tadi dan baginda menyebut nama keduanya dibelakang mereka tanpa keberadaan keduanya, kemudian baginda menjelaskan pula perihal keduanya iaitu Mu’awiyah merupakan seorang yang teramat fakir tidak mampu memenuhi nafkah manakala Abu Jahm pula adalah seorang yang kerap memukul wanita.

Nah! Bagaimana dengan hal insan-insan yang menipu dirinya berilmu dan menipu orang ramai serta menukar hukum yang kufur itu menjadi hukum Islam! Maka, lagilah perlu untuk kita menjelaskan bahaya fahaman si fulan yang dibawa dan ia satu perkara yang amat penting.

Kerana inilah kita dapati Imam Asy-Syafi’e menolak fahaman seorang lelaki yang berakidah Mu’tazilah bernama Hafsy Al-Fard dihadapan khalayak ramai lantas beliau mengatakan kepada Hafsy tadi: “Kamu telah jatuh kafir kepada Allah Yang Agong” .
Rujuk: Manaqib Asy-Syafi’e oleh Imam Al-Baihaqy (juzuk 1/ms:407).

Dihadapan khalayak ramai Imam Asy-Syafi'e menghukum kufur terhadap Hafsy tadi dan menjelaskan kesesatannya dihadapan orang ramai. Ini juga membuktikan kita harus menyatakan perihal seseorang yang sesat itu adalah sesat walaupun secara terang-terangan.

Wallahu 'alam.
www.ustaz-rasyiq.blogspot.com

Laman Utama