Search This Blog
Thursday, May 20, 2010
Hizbut Tahrir. MyKhilafah
Soalan:
Askum Ustaz. Kami pernah mendengar satu golongan yang agak kasar cara mereka. Yang saya maksudkan adalah Hizbu Tahrir. Saya pernah mendengar mereka ini bersama golongan Wahabi untuk mendakyah ditengah masyarakat kita di Malaysia. Kami dari persatuan pelajar universiti-universiti Malaysia (namanya dirahsiakan) amat risau dengan gerakan Hizbut Tahrir ini. Minta ustaz jelaskan mengenai Hizbu Tahrir ini ustaz.
Jawapan:
Wa'alaikumsalam.
Em..sebenarnya saya kurang berminat menyatakan perihal gerakan-gerakan ini lebih-lebih lagi gerakan atau ajaran yang baru tetapi demi beramal dengan sabda Nabi maka ia perlu dijelaskan. Berkenaan Hizbu Tahrir you all boleh baca dibawah ini:
Selain kesesatan al-Wahhabiyyah al-Mujassimah yang sedang berleluasa di tanah air kita Malaysia dan seluruh dunia, ada satu lagi pertubuhan sesat yang amat perlu diperhatikan juga iaitu Hizbut Tahrir. Hizbut Tahrir adalah satu pertubuhan yang diasaskan oleh Taqiyyuddin al-Nabhani al-Falistini (meninggal pada tahun 1400 H) di Lubnan. Penyelewengan dan kesesatan pertubuhan ini ditentang oleh para ulama Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah sedunia. Antara penyelewengan dan kesesatan Hizbut Tahrir ialah:
1. Menghukum Orang Yang Meninggal Dunia Tanpa Bay^ah Seorang Khalifah Sebagai Mati Jahiliyyah
Antara kesesatan Hizbut Tahrir dan bukti terkeluarnya kelompok ini dari majoriti umat Islam ialah pernyataan mereka bahawa orang yang meninggal dunia tanpa membay^ah seorang khalifah, maka matinya adalah mati jahiliyyah[1]. Ini bermakna - menurut mereka - kematian orang tersebut seperti matinya orang-orang yang menyembah berhala. Bahkan, ini bermakna - menurut mereka - bahawa seluruh orang Islam dalam tempoh seratus tahun terakhir ini mati dalam keadaan mati jahiliyyah. Ini berlaku sejak saat dunia Islam kehilangan khalifah. Apatah lagi, khilafah Islamiyyah tertinggi yang mengurus keperluan seluruh umat Islam telah terputus sejak sekian lama. Umat Islam yang pada masa sekarang tidak mengangkat khalifah, sesungguhnya mereka mempunyai uzur (alasan yang diterima). Yang dimaksud dengan umat Islam di sini adalah rakyat, kerana terbukti rakyat tidak memiliki kemampuan untuk mendirikan khilafah dan mengangkat seorang khalifah. Lantas berdosakah mereka jika memang tidak mampu!?. Bukankah Allah taala berfirman:
لاَيُكَلِّفُ اللهُ نَفْسًا إِلاَّ وُسْعَهَا
Maknanya: “Allah ta’ala tidak membebankan terhadap satu jiwa, kecuali apa yang ia sanggup melakukannya”. (Surah al Baqarah: 286)
2. Berakidah Dengan Aqidah Muktazilah Atau Qadariyyah
Lebih sesat lagi, Hizbut Tahrir menyatakan bahawa seorang hamba adalah pencipta perlakuan ikhtiyari (perbuatan yang dilakukan atas dasar kemahuannya). Menurut mereka bahawa perkara yang diciptakan oleh Allah hanya perlakuan manusia yang bersifat idtirari (perbuatan yang di luar inisiatifnya seperti degupan jantung, takut, menggigil kerana kedinginan dan lain-lain)[2]. Dengan pernyataannya ini, Hizbut Tahrir telah menyalahi firman Allah taala:
اللهُ خَالِقُ كُلِّ شَىْءٍ
Maknanya: “Allah adalah Pencipta segala sesuatu”. (Surah al-Zumar: 62)
Segala sesuatu (shay') dalam ayat ini mencakupi diri makhluk dan segala perbuatannya. Selain itu, mereka juga menyalahi firman Allah:
هَلْ مِنْ خَالِقٍ غَيْرُ اللهِ
Maknanya: “Adakah pencipta selain Allah?” (Surah Fatir: 3)
Ertinya tidak ada Pencipta atau yang mengadakan sesuatu dari tidak ada menjadi ada kecuali Allah. Seterusnya, mereka juga menyalahi firman Allah:
قُلْ إِنَّ صَلاَتِى وَنُسُكِى وَمحْيَاىَ وَمَمَاتِى للهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ. لاَ شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ
Maknanya: “Katakanlah (wahai Muhammad) sesungguhnya solatku dan nusukku (sembelihan yang dilakukan untuk mendekatkan diri kepada Allah seperti al-Hady dan korban 'Id al-Adha), hidupku dan matiku adalah milik Tuhan semesta alam. Tidak ada sekutu bagi-Nya” (Surah Al-An^am: 162-163)
Ayat di atas jelas menyatakan bahawa solat dan amalan ibadat korban yang merupakan perbuatan ikhtiyari, serta kehidupan dan kematian yang bukan perbuatan ikhtiyari kesemuanya adalah ciptaan Allah, tidak ada yang menyekutui-Nya dalam hal ini. Sesungguhnya hanyalah Allah yang menciptakan kesemuanya itu; yang mengadakannya daripada tidak ada kepada ada.
Ayat-ayat tersebut semuanya menunjukkan bahwa segala apa yang ada di dunia ini adalah ciptaan Allah. Segala benda (zat-zat) dan sifat-sifatnya seperti bergerak, diam, warna, fikiran, rasa sakit, rasa nikmat, mengerti, lemah dan lain-lain, semuanya tidak lain adalah ciptaan Allah. Manusia hanyalah berbuat (yaf^al –Kasb-), tidak menciptakan (la yakhluq) perbuatannya sendiri. Ini adalah akidah yang telah menjadi ijmak (kesepakatan) para sahabat dan majoriti umat Islam hingga kini.
Al-Imam Abu Hanifah radiyaLlahu ^anhu berkata dalam kitabnya al-Wasiyyah:
وَالْعَبْدُ مَعَ أَعْمَالِهِ وَإِقْرَارِهِ وَمَعْرِفَتِهِ مَخْلُوقٌ, فَإِذَا الْفَاعِلُ مَخْلُوقٌ فَأَفْعَالُهُ أَوْلَى أَنْ تَكُونَ مَخْلُوقَةً
Maknanya: “Dan si hamba itu bersama-sama segala perbuatannya, pengakuannya dan pengetahuannya adalah makhluk ciptaan Allah. Oleh itu, apabila si pelaku itu suatu makhluk maka perlakuannya lebih utama sebagai makhluk ciptaan Allah”.
Inilah yang diyakini oleh majoriti umat Islam, baik mereka para ulamak Salaf (mereka yang hidup pada 300 tahun pertama hijriyyah; iaitu zaman sahabat Nabi, tabi’in dan tabi’it tabi’in) mahupun ulama Khalaf (pasca zaman salaf hingga kini). Pendapat yang menyalahi akidah ini bererti telah menyalahi al-Quran dan hadis Nabi. Dalam sebuah hadis riwayat Ibn Hibban diriwayatkan bahawa Rasulullah sallaLlahu ^alayhi wa-sallam bersabda:
إِنَّ اللهَ صَانِعُ كُلِّ صَانِعٍ وَصُنْعَتِهِ
Maknanya: “Sesungguhnya Allah pencipta setiap pembuat dan perbuatannya”.
Hadis di atas jelas menyatakan bahawa manusia sama sekali tidak menciptakan perbuatannya.
3. Beberapa Pegangan Sesat Yang Lain
Selain itu, ada lagi beberapa pegangan mereka yang menyeleweng dari pegangan Ahlis Sunnah wal Jama^ah. Antaranya:
1) Mereka mengatakan bahawa sifat ^ismah atau maksum para nabi dan rasul itu hanya berlaku selepas mereka menjadi nabi atau rasul, manakala sebelum kenabian atau kerasulan maka sesuatu dosa yang boleh terjadi ke atas manusia biasa lain boleh berlaku ke atas mereka kerana sifat maksum itu adalah kerana kenabian dan kerasulan[3].
2) Mereka juga mengatakan bahawa perjalanan dengan tujuan zina tidak haram kerana yang haram hanya perbuatan zina[4].
3) Mereka juga membolehkan cumbuan lelaki dengan perempuan ajnabiyyah[5].
4) Mereka juga membolehkan seseorang lelaki berjabat tangan dengan perempuan ajnabiyyah[6].
5) Mereka juga mendakwa bahawa semua manusia boleh berijtihad terutamanya selepas mereka dapat membaca kitab-kitab yang berbahasa Arab dan yang berkaitan syariat Islam[7].
Oleh itu, jauhilah Hizbut Tahrir kerana mereka mengancam akidah umat Islam! Sebarkan maklumat ini kepada orang lain! AWAS! Mereka sedang mencari pengaruh di kalangan masyarakat Islam di Malaysia terutama golongan siswazah dan profesional yang tidak kuat asas akidah Islam dan ilmu fardu ain bagi memudahkan lagi pergerakan mereka.
[Risalah ini telah siap disusun oleh Abu Nur al-Dununiyy al-Ash^ariyy pada 28 Jumadal-Awwal 1427 H dan diedarkan di sebahagian negeri Johor bersama dengan doa: "Ya Allah! Jadikanlah risalah kecil ini sebagai RIBUT PETIR yang melanda HIZBUT TAHRIR!".]
________________________________
[1] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 13, 15 dan 29. (2) Al-Khilafah, hlm. 3, 4 dan 9. (3) Al-Dawlah al-Islamiyyah, hlm. 179. (4) Mudhakkirah Hizb al-Tahrir ila al-Muslimin fi Lubnan, hlm. 4.
[2] Sila rujuk penulisan-penulisan mereka seperti berikut: (1) Al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 71, 72 dan 74. (2) Nizam al-Hukm fi al-Islam, hlm. 22.
[3] Sila rujuk penulisan pengasas dan ketua Hizbut Tahrir iaitu Taqiyyuddin al-Nabhani al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 1, bahagian 1, hlm. 120.
[4] Perkara ini telah ditulis dan disebarkan dalam kertas edaran mereka di Tripoli, Syam pada tahun 1969 dan masih disebut sehingga sekarang oleh penduduk Tripoli dan mendapat tentangan daripada kebanyakan penduduk.
[5] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 24 Rabi^ul-Awwal 1390, dan edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 21 Jamadil-Awwal 1400/ 7 April 1980.
[6] Sila rujuk edaran soal jawab terbitan Hizbut Tahrir pada 8 Muharram 1390, dan buku mereka al-Khilafah, hlm. 22 – 23, serta buku ketua mereka al-Shakhsiyyah al-Islamiyyah, juzuk 2, bahagian 3, hlm. 22 – 23, dan juzuk 3, hlm. 107 – 108.
[7] Sila rujuk kitab mereka al-Tafkir, hlm. 149.
___________________________________________________________
HIZBUT TAHRIR (HT) Merupakan satu angkatan @ ajaran baru yang bertopengkan politik islam tetapi pada hakikatnya TIDAK menerima pakai hukum islam antaranya isu bersalaman, bercium laki perempuan ajnabiyah bukan muhrim dan bukan suami isteri & yang berjalan menuju zina merupakan tidak haram bahkan harus lagi HALAL bagi Hizbut Tahrir.
HT sering menyebarkan ajaran mereka kepada persatuan2 islam dimalaysia termasuk JAKIM demi merialisasikan impian mereka iaitu kesemua manusia didunia ini WAJIB ikut dan sertai HT.Dengan bertopengkan penegakan sistem Khilafah Islamiyah HT turut bertindak kurang ajar dengan menghukum seluruh umat islam yang bersemangat wataniyah sebagai KAFIR halal darahnya dan juga menghukum KUFUR terhadap semua umat islam di Malaysia dan Indonesia yang beramal dengan demokrasi.
Selainya HT tidak mengutamakan ilmu agama HT turut menerapkan nilai2 penghinaan terhadap para nabi antaranya HT menyandarkan perbuatan syirik terhadap Nabi Ibrahim serta HT turut menghukum nabi Yusuf BERKEHENDAK DAN BERNIAT MELAKUKAN ZINA dengan ZULAIKAH.Dan..dan..dan banyak lagi beribu-ribu kesongsangan ajaran baru Hizbut Tahrir yang tidak sempat diutarakan kesemuanya disini...
Umat islam tidak habis lagi dengan ajaran Mujassimah Moden( yang mengatakan Allah Duduk & Membid'ah-bid'ahkan umat islam )kini umat islam terpaksa menghadapi dengan pelbagai ajaran baru yang bertopengkan islam atau politik islam pula.
Dibawah ini saya menyatakan beberapa kesongsangan dan Hubbut Takfir ( HT ) iaitu gemar&suka menkafirkan umat islam yang wujud dalam ajaran Hizbut Tahrir ( HT ) merujuk kepada kitab asal atau risalah asal puak ajaran baru Hizbut Tahrir yang dipetik dari laman web HT sendiri dan ini bukanlah satu fitnah dan tuan2 boleh rujuk sendiri dari website HT sendiri.
( http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf )
1- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN UMAT ISLAM.
Hizbut Tahrir Semakin Kurang Ajar Terhadap Islam dan UmatnyaHizbut Tahrir ( HT ) merupakan satu angkatan perpaduan baru yang bertopengkan dengan nama politik islam.
Umat islam memang sedari bahawa Khalifah adalah perlu dan kerja kearah mewujudkan khalifah islam sebenar sememangnya diusahakankan oleh umat islam dan ulamanya dengan cara yang cukup rapi tanpa menghukum kafir terhadap umat islam lain tanpa hak.
HT Mengharamkan Patriotisme Bahkan Mengkafirkan Sesiapa sahaja yang menubuhkannya dan menganggotainya.Dalam kitab mereka ini
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Pada mukasurat 3 jelas HT mengharamkan bahkan MENGKAFIRKAN sesiapa sahaja yang menubuhkan, menganggotai dan menyokong serta bersemangat Patriotisme.
Ini bererti HT telah menghukum KUFUR terhadap semua umat islam di Malaysia dan diluar Malaysia yang mencintai negara sendiri (berbatasan syariat), maka tiada yang muslim di dunia ini bagi HT kecuali puak mereka sahaja.Hari kemerdekaan merupakan hari kekufuran bagi semua umat islam ( inilah tanggapan HT berdasarkan dalam kitab mereka tersebut ).
Nampak gayanya berasa lega sungguh puak HT ini bila dah kafirkan umat islam.
2- HIZBUT TAHRIR MEWAJIBKAN KEATAS UMAT ISLAM MENGIKUT DAN MENGANGGOTAI MEREKA ( walaupun kekadang mereka menafikannya tetapi kitab mereka membuktikannnya).
Wahai umat islam...lihatlah cara pendekatan HT ini dan saya berharap anda jangan tertipu dengan HT yang memang kurang ajar..dahlah tidak berhukum dengan hukum islam bila HT menghalalkan ciuman diantara lelaki dan perempuan dan persalaman antara mereka dalam risalah edaran HT di Tripoly.
Lihat pada perenggan pertama pada mukasurat 6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf
Jelas! bahawa HT mewajibkan anda semua menganggotainya dan siapa yang tidak melakukan perkara yang wajib maka dia telah melanggar perintah 'islam' dan akan diazab dalam api neraka Allah.
3- HIZBUT TAHRIR MENGKAFIRKAN SESIAPA YANG BERAMAL,BERSETUJU DAN BERKAITAN DENGAN DEMOKRASI.
Lihat http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf mukasurat 17 jelas bahawa HT gemar menghukum umat islam sekarang ini adalah kafir yang islam hanya HT sebab itu HT mewajibkan ikut mereka..rujuk semula m/s 6
http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Hizb-ut-Tahrir.pdf.
4- HIZBUT TAHRIR MENGANGGAP bahawa NABI&RASUL TIDAK MAKSUM ( TIDAK TERPILIHARA DARI KEKUFURAN ).
Mungkin yang maksum disisi HT hanya Taqiyuddin Nabhani.
Ketahuilah bahawa disisi agama islam yang dipelopori oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah berpegang bahawa para Nabi dan Rasul mereka adalah maksum( terpelihari) dari kekufuran,
dosa besar & dosar kecil yang buruk pada SEBELUM kenabian dan kerasulam mereka serta SESUDAH kenabian dan kerasulan mereka. Inilah aqidah islam.
Malangnya HT beranggapan bahawa kemaksuman Nabi & Rasul dari kekufuran dan dosa besar HANYALAH SELEPAS dilantik oleh Allah sebagai nabi atau rasul.
Ini bermakna HT mengharuskan kekufuran berlaku pada Nabi dan Rasul sebelum kenabian sedangkan Allah tidak akan mengutuskan manusia sekeji itu ( iaitu yang melakukan kekufuran).
Laman Hizbut Tahrir membuktikan perkara tersebut
:http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyah1.pdf
Lihat pada m/s 137 diakhir perenggan jelas HT mengatakan bahawa para Nabi dan Rasul tidak maksum dan harus melakukan seperti mana manusia lain melakukan ( dari perkara kufur,dosa besar dan selainnya).nak tanya pada HT..taqiyuddin nabhani yang menentang ikhwan muslimin tu maksum ke tak?.
5- HIZBUT TAHRIR MENYANDARKAN SIKAP SYIRIK TERHADAP NABI IBRAHIM.
Saudara seislam sekalian…tidak cukup HT menafikan kemaksuman Anbya' dari kekufuran sebelum kenabian, kini HT sanggup menyandarkan sikap seakan syirik terhadap nabi Ibrahim.Ketahuilah bahawa Nabi Ibrahim tidak pernah bersikap seakan bulan itu tuhan!
Dan Nabi Ibrahim tidap pernah mengadap matahari seolah-olah bersetuju dengan cara pemikiran org musyrik! Tidak dan tidak pernah!Akan tetapi HT telah menyandarkan perkara yang jelek itu terhadap Nabi Ibrahim…subhanallah..Ini juga bukan satu fitnah terhadap HT tapi anda boleh rujuk pada website HT ( http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf )Pada risalah mereka SAUTUN NAHDHAH SN652406 mukasurat 2 & 3.
Tidak pernahkan HT memahami firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67 Allah ta'ala menafikan nabi Ibrahim dari kalangan musyrikin!.
6- DALIL GANJIL HIZBUT TAHRIR MENGHALALKAN MAKAN KHINZIR DEMI UNTUK MENGELAK KEMUDARATAN.
Saya nasihatkan kepada HT agar terus mempelajari ilmu agama dari ahli ilmu agama dan bukannya dari Taqiyuddin Nabhani! Agar anda dapat meletakkan dalil syarak ditempatnya dan bukan pakai tibai saja!Pada website http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf& risalah Hizbut Tahrir SAUTUN NAHDHAH SN652406 di mukasurt 3,
Apabila HT menghalalkan makan khinzir untuk mengelak kemudaratan, HT telah mengunakan ayat yang dipesongkan terjemahannya dan tafsirannya.
Cuba lihat bahawa ayat 106 dalam surah An-Nahl cukup panjang, malangnya HT yang tiada amanah dengan ayat Alquran telah meringkaskanya mengikut hawa nafsu mereka.
Kerja meringkaskan ayat Al-quran (sehingga terkeluar dari maksudnya) tidak dilakukan melainkan hanyalah kerja org jahil!Ayat tersebut menyatakan mengenai hukum kekufuran dan org islam yang dipaksa untuk kufur tiada kaitan dengan halal makan khinzir!
Demikian terjemahan sebenar ayat tersebut :
"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan atau melafazkan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah dan mereka pula beroleh azab yang besar".
Qias yang digunakan oleh HT sering menyimpang kerana kejahilan mereka!
Adakah HT mahukan sistem khilafah ala meringkaskan ayat-ayat alquran dan dipotong-potong serta memutarbelit ayat-ayat Allah?!!
7- HIZBUT TAHRIR MENYATAKAN NABI YUSUF BERMAKSUD MELAKUKAN ZINA.
Tabarakallah!...apa ini?!Subhanallah…Kejahilan mentafsir Alquran membuatkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat keinginan melakukan zina terhadap zulaikha.
Saya menyeru agar HT memerangi kejahilan dan pergi belajar balik cara tafsir Alquran sebenar kerana HT telah melakukan jutaan kesilapan dalam Alquran. Adakah kejahilan Alquran asas Hizbut Tahrir bagi menyokong sistem khilafah?!.
Dalam website HT http://www.mykhilafah.com/sautun_nahdhah/pdf/sn200615_istimewa_maulidur_rasul_1427_hijrah_mengapa_kita_perlukan_rasul_allah.pdf pada risalah mereka SAUTUN NAHDHAH SN652406 di mukasurt 4, HT telah menerangkan ayat Alquran dengan salah sehingga menyebabkan HT menyandarkan terhadap nabi Yusuf sifat hendak melakukan seks dengan wanita itu.
Tabarakallah allazi 'assoma ambiyaahu.
8- HIZBUT TAHRIR MENGATAKAN BAHAWA AGAMA PARA NABI TERDAHULU BUKAN AGAMA ISLAM.
Dalam kitab HT berjudul Syakhsiyah Islamiah Juzuk Tiga Usul Fiqh di Mukasurat 406 & 407, http://www.hizb-ut-tahrir.org/PDF/AR/ar_books_pdf/Shakhsiyyah3.pdf
HT telah menafikan Islam sebagai agama para nabi-nabi terdahulu.Ketahuilah bahawa seluruh para Nabi beragama Islam berdalilkan banyak ayat dan bukti lain..antaranya firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 67.Firman Allah bermaksud :
"Bukanlah Nabi Ibrahim itu seorang pemeluk agama Yahudi dan bukanlah dia seorang pemeluk agama Kristian, tetapi dia seorang yang tetap di atas dasar Tauhid sebagai seorang MUSLIM (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah) dan dia pula bukanlah dari orang-orang musyrik".
Cuma syariat iaitu hukum-hakam para rasul sahaja yang berbeza, manakala agama adalah sama iaitu agama Islam yang beriman dengan Allah sebagai Tuhan yang disembah.
Demikianlah beberapa cebis penerangan mengenai bahayanya ajaran Hizbut Tahrir.
Semoga Allah memelihara umat islam dari terpengaruh dengan ajaran Hizbut Tahrir. amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
Fitnah ke atas Hizbut Tahrir. Perjuangan kami diatas muka bumi ini akan tetap diteruskan walau apa pun halangan sehingga tertegaknya Daulah Khilafah dan setelah berdirinya Daulah Khilafah. Amin.. Insya Allah.
fitnah semata-mata...
Hehehe...
Nampak macam sendiri tanya sendiri jawab jerrr...
Dasar puak ashbash. Fitnah fitnah dan fitnah jer kerjanya...
Nak jumpa penakut... emmm...
Semoga ada hujah depan Allah kelak bila tiba hari pembalasan nanti dgn fitnah yang dilemparkan...
:-)
hizbu tahrir & wahabi tak payah komen kat sini... hangpa semua puak sesat....!!! Bodoh tak sedar diri...
Yang menjawab tu bukan anggota HT, jadi jawapannya bukan original. Mungkin dia lupa bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang jelas dan apa yang tersembunyi. Semoga penjawab, penyiar fitnah ini bertaubat sebelum pintunya tertutup, amin.
ouh wahabi rupanya...selama ini saya menyokong mereka kerana menolak sekularisme dan kapitalisme yg ternyata salah....seperti politik di Malaysia...mereka ini sebernarnya gerakan yg salah dan radikal....sesat...ALLAHuakbar..
Ini je lah kerja umat Islam sesatkan sana sesatkan sini. Fitnah sana fitnah sini.
Malu la sikit.
Islam bukan semata2 agama.
Islam adalah cara hidup.
Hizbut Tahrir adalah persatuan yang menolak sekularisme, yang berjuang menegakkan semula khilafah.
Terima kasih kepada ustaz ejen Amerika/Israel berfahaman Islam sekularisme yang x sesat ni kononnya kerana fitnah lapuk korang ni.
Ustaz, Apa yang korang perjuangkan untuk umat Islam?
Nothing. Declare sana sesat sini sesat.
Kerana runtuhnya Khilafah umat Islam huru-hara jadi pak turut sistem sekular.
Umat yg dah lemah dan bengap kena la dikasari dengan perkataan untuk membuka minda mengkaji sejarah pemerintahan khilafah dan membadiingkan dengan sistem yang ada sekarang.
Ustaz mungkin terer dalam bab2 agama tapi bukan politik Islam (Ingat Islam bukan semata2 agama). Link di bawah ada info mengenai khaifah kaji le sejarah dan perlaksanaannya.
http://www.caliphate.eu/
Hentikan fitnah terhadap Hizbut Tahrir
Arena politik terlalu luas untuk anda huraikan dengan pandangan sempit anda.
Jatuhnya Khilafah menyebabkan nasib umat Islam tak terbela. Ditambah pula dengan anasir2 yang sedang mengakari umat Islam.
Salah satu produknya adalah anda.
Fitnah sesama umat. Kononya anda lah yang hebat anda lah yang benar.
Hizbut Tahrir selalu membuat perjumpaan pergilah berdebat jika ustaz rasa ustaz @ ASWJ lah yang benar.
Blog Ustaz amat memalukan.
"Allah leaves whoever He will to stray and guides whoever He will."
[al-Faatir, 35:8]
‘Let there arise from amongst you group(s) who call to the khair, enjoin maaroof and forbid munkar. They are those who are successful.’ [al-Imran, 3:104]
http://www.khilafah.eu/kmag/
Ustaz,
Kenapa komen kat topik GAGASAN SATU MALAYSIA kena dapat approval dari pemilik blog dulu???
Cakap jer la bukan xberminat nak menjawab tapi takut sebab berkerja dengan gomen.
Hahaha x sangka Ustaz lagi takut Gomen dari Allah S.W.T.
Usah bertopengkan slogan "amal makruf nahi mungkar".
renung2kan lah Ustaz.
Post a Comment