Search This Blog

Tuesday, May 12, 2009

Pandangan Mengenai ESQ




Apa ada pada ESQ

SOALAN:
Salam. Ust... saya seorang petugas di salah sebuah syarikat. Kami pernah mengikut progranm yang di susun oleh ESQ Leadership Center Sdn. Bhd. Seorang yang bernama Ary Ginanjar Agustian dari Indon sebagai Pengasas, Pemegang Paten dan Penulis buku ”ESQ” dan ”ESQ Power”. Bukan masaalah syarikat atau kenegaraan yang merunsingkan kami tetapi cara-cara, kaedah dan isi kandungan kursus yang dibuat oleh ESQ itu banyak membimbangkan kami terutama aqidah kami. Bolehkah Ustaz menjelaskan sedikit mengenai isi kandungan dan dakyah yang di sebarkan oleh ESQ ini?

JAWAPAN:
Wa'alaikumsalam...syukran kerana bertanya. Setahu saya ESQ Leadership Center Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat latihan yang mahukan pembinaan Modal Insan berteraskan Kepimpinan. Saya tidak pernah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh ESQ tetapi saya lihat terdapat beberapa program yang mengunakan nama MOTIVASI mereka menggunakan sebahagian kaedah-kaedah yang dikatakan diambil dari ESQ.

Melalui beberapa pembacaan saya mengenai ESQ yang diketua oleh Dr Ary Ginanjar Agustian terdapat beberapa perkara pada mereka atau pengasasnya yang bertentangan dengan Aqidah dan Ahli Sunnah Wal Jama'ah Al-Asy'irah itu sendiri bahkan bertentangan dengan Islam secara syumuli. Terutama pada permasaalah Agama dan Para Nabi.
Mereka (ESQ) kelihatan tidak atau kurang cermat dalam hal ini sehingga mereka mengambarkan seolah-olah para nabi terdahulu menyembah selain Allah dan para nabi dahulunya masih mencari-cari akan tuhan sebenar. Dalam Islam perkara ini tidak berlaku kerana para Nabi sepertimana yang diceritakan dalam banyak ayat al-Quran dan al-Hadith mereka tidak berkeadaan sebegitu rupa. Para nabi diberi kecerdikan dalam pemilihan agama dan kesemuanya memilih agama Islam sejak awal lagi dan tidak pernah tercari-cari dimana tuhan sebenar dan tidak pernah para nabi ragu-ragu akan ketuhanan Allah.

Kita perlu mengetahui bahawa banyak ayat al-Quran dan al-Hadith perlu difahami secara benar melalui para ahlinya yang muktabar bukan diterjemahkan atau ditafsirkan sendiri oleh kita sehingga membuatkan kita mengada-adakan sesuatu fakta yang tidak benar.

Ya, terlalu banyak 'ahli motivasi' tidak cermat dalam hal ilmu dan fakta islam sebenar. Ianya berlaku dek mentafsirkan nas secara otak sendiri tanpa merujuk kepada ahlinya yang muktabar. Maka kita perlu berjaga-jaga dengan mereka yang seperti ini agar tidak terbatal Islam kita hanya kerana menghadiri majlis beberapa jam yang bertopengkan nama Islam dengan pelbagai gaya dan bahasa.

Nasihat saya agar kita semua mengambil langkah berjaga-jaga dan jangan cepat terpengaruh dengan orang jahil bertopengkan agama.

Wassalam.

5 comments:

Mc Doll said...

astagfirullah...

saya alumni esq angkatan 8 mahasiswa.
saya sgt terkilan membaca blog ini, saya rasa alhamdullilah dgn limpah kasih syg Allah.. saya mendapat sesuatu yg sgt beharga dr esq, yg sy mencari selama ini..tahniah pd esq, esq bukan lah satu motivasi, bukan kursus kepimpinan program atau oganisasi tapi satu medium pemahaman konsep ruh dan pemahaman akidah berasakan iman, ihsan dan islam.saya syorkan umat manusia, tidak kira islam atau tidak untuk menghadiri esq dan mengalami serta memahami sendiri apa yg cuba di sampaikan. subhanallah subhanallah subhanallah, sesungguhnya hanya Allah mampu mengzahirkan dan meng-ghaib kan sesuatu.masyallah, kami pulang kami pulang Ya Allah!

Tuan Rumah said...

Yang peliknya anda kata ESQ memberi fahaman akidah padahal dilihat ESQ memberi akidah sebaliknya yang bertentangan dengan akidah Islam.

Ayat anda mujamalah yang 'terbaik'. 'Syabas' penyokong kuat ESQ!.

Anonymous said...

salam,apa khabar ustaz!~

sy tidaklah mahu menjadi hero di sini tetapi sy kurang bersetuju apabila ustaz cuba menjawab tanpa menyertainya terlebih dahulu.

walaubagaimanapun,setahu sy,sudah 3 org mufti menyertai esq iaitu mufti perak,kedah dan pulau pinang,malah mereka turut bersama ketika majlis penutupan esq mahasiswa penang serta berkongsi pengalaman masing2.

sy cuma berharap agar ustaz berhati2 dalam hal sebegni kerana ustaz org yg berpengaruh,maka tulisan ustaz juga sangat kuat pengaruhnya kepada para pembaca.

jika benar esq sesat maka,ustaz perlulah bertindak segera bagi menghalang penularan prog ini yg diadakan hampir setiap bulan di seluruh negara.

10 jari mohon maaf sekiranya terkasar bahasa dalam komen sy ini,tiada yg dipohon melainkan redhaNya jua :)

Tuan Rumah said...

Mari kita renung sejenak.
Adakah Nabi Muhammad pergi ke program keibadatan agama lain baru menghukum agama itu salah?! adakah Nabi Muhammad mesti pergi ke tempat yang salah baru menghukum benda itu salah?! Nabi tidak pergi pada setiap tempat untuk baru menghukum sesuatu itu bahkan kekadang itu memadai berita yang boleh dipercayai.

Saya pula, berita yang saya terima dari sahabat yang boleh dipercayai BERSAMA kajian pada kursus ESQ yang dijalankan dengan isi-isi dalaman didapati terdapat perkara yang bercanggah dengan Islam terutama akidah dan disamping itu dari beberapa kenyataan pengasasnya juga bertentangan dengan akidah Islam serta perjalanan kursus tidak kiralah digunakan nama Islam atau bukan Islam atau 'pembuka fikiran' atau'mengurus hati' dan sebagainya ia tetap mengandungi perkara yang bertentangan dengan syarak. Matlamat tidak menghalalkan seluruh cara.

Mari renung sejenak. Ada seorang (A) pergi ke disko kemudian dia melihat kejijikan dalam hatinya dalam Disko lantas dia pulang terus istiqomah dalam banyak ibadah kerana merasakan maksiat amat jijik.
Nah! adakah dengan berlakunya kebaikan kepada si A itu menjadi amalan dalam Disko itu halal harus tidak boleh dihukum salah?! Hidayah adalah pemberian Tuhan bukan kesemua sebab kepada rasa hidayah itu dihalalkan 'ainnya.

Seorang(B)yang pergi ke Jalan TAR lantas melihat pondan-pondan yang menjual diri terus dalam hatinya benci dengan maksiat itu. Adakah kita nak katakan halal dan tidak salah bagi pondan-pondan itu menjual diri kerana berlaku kebaikan pada si B tadi iaitu benci kepada maksiat tersebut?!

Hidayah adalah anugerah Allah bukan kesemua sebab kepada rasa penganugerahan itu adalah halal.

Saya setuju dengan siapa yang mahukan program motivasi atau apa2 program tetapi janganlah bertentangan dengan syarak.

Wassalam

Anonymous said...

* Istilah itu sendiri mendorong salah faham, khususnya apabila ia diterjemahkan menjadi : "TITIK TUHAN". Apa yang tergambar dari istilah ‘Titik Tuhan'? Pastinya ada yang akan memahaminya bahawa disitu letaknya tuhan dalam diri diri anda. Atau tuhan berada di otak manusia, Atau mungkin akan wujud yang mengatakan, istilah itu memberi indikasi bahawa tuhan mempunyai tempat tertentu.

* Saya faham, ini semuanya adalah kefahaman dan andaian salah berkenaan isu God Spot, namun anda tidak dapat mengelak orang ramai yang tersilap faham, ia berpunca dari nama yang tidak betul. Boleh sahaja saraf itu dinamakan dengan nama lain seperti ‘Good Spot' ( dengan dua huruf ‘o') atau saraf naluri agar hilang kontroversinya,

* Tidak ada keperluan untuk kita mempertahankan istilah God Spot, yang direka cipta oleh individu bukan Islam yang langsung tiada senstiviti hukum Islam. Tiada juga keperluan untuk diletakkan di dalam model utama ESQ.

* Istilah itu God spot seolah perkara utama dan asas dalam model pembangunan diri dan kepimpinan ESQ. Padahal inti kandungan kursus ESQ adalah merujuk kepada Islam, Iman dan Ihsan atau pengabdian kepada Allah.

Laman Utama